Rizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado) - podcast cover

Rizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)

Putting A Plus, All Ways
Last refreshed:
Follow this podcast in the Metacast mobile app to refresh it and see new episodes.
Download Metacast podcast app
Podcasts are better in Metacast mobile app
Don't just listen to podcasts. Learn from them with transcripts, summaries, and chapters for every episode. Skim, search, and bookmark insights. Learn more

Episodes

'Sabah for Sabahans' Dalam Kerangka Percaturan Geo-Politik Laut China Selatan - Rizal+Boleh! S2 Episod 1 Part 2, 11 Januari 2022

Sabah for Sabahan merupakan naratif popular yang menjadi tulang kepada PRN Sabah 2020. Malah parti Warisan, sebuah parti kelahiran Sabah yang dikepalai bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Shapie Apdal yang juga merangkap Ketua Menteri Sabah ketika itu, juga kuat berkempen atas naratif 'puak kenegerian' tersebut. UMNO dan Bersatu dilihat sebagai 'parti' Malaya (Semenanjung Malaysia) berbanding dengan Warisan yang asal Sabah, jadi seeloknya dipilih oleh Orang Sabah. Menarik untuk kita lihat bahawa kek...

Jan 11, 202241 minSeason 2Ep. 1

'Sabah for Sabahans' Dalam Kerangka Percaturan Geo-Politik Laut China Selatan - Rizal+Boleh! S2 Episod 1 Part 1, 11 Januari 2022

Sabah for Sabahan merupakan naratif popular yang menjadi tulang kepada PRN Sabah 2020. Malah parti Warisan, sebuah parti kelahiran Sabah yang dikepalai bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Shapie Apdal yang juga merangkap Ketua Menteri Sabah ketika itu, juga kuat berkempen atas naratif 'puak kenegerian' tersebut. UMNO dan Bersatu dilihat sebagai 'parti' Malaya (Semenanjung Malaysia) berbanding dengan Warisan yang asal Sabah, jadi seeloknya dipilih oleh Orang Sabah. Menarik untuk kita lihat bahawa kek...

Jan 11, 202243 minSeason 2Ep. 1

Masa Depan Politik Muafakat Nasional & Membedah Politik Belah Bambu Cina - Rizal+Boleh! Episod 5, 24 Ogos 2020

Setelah lebih 5 bulan kepimpinanTan Sri Muhyiddin Yassin di bawah kerajaan Perikatan Nasional menyaksikan wabak COVID-19 ditangani dengan tegas dan baik. Malah Malaysia yang sedang melalui fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan dianggap antara negara yang paling berjaya di dunia jauh meninggalkan beberapa negara maju lain. Pemerintahan yang dilihat responsif dan cakna dengan keperluan semasa rakyat membuatkan rakyat rata-rata berpuas hati dengan pendekatan demi pendekatan yang diambil keraja...

Aug 24, 20201 hr 22 minSeason 1Ep. 5

Puisi Pilihan - Koboi Amerika - karya Rizal Hassn - Rizal+ Pramana Arthi Kata Episod 44, 31 Mei 2020 (Muzik Donk Gedank)

Koboi Amerika Amerika! Ketika kau tewas Dengan mimpi basah kau dengan Katrina Tercungap lemas dengan tengit airnya Terkapai-kapai dengan kudrat dan amarah-Nya Dalam pada rakus Kau memperkosa Afghanistan dan Iraq Sambil sebelah mata setan kau Mengintai-intai mahu aibkan Iran Kami hantarkan kau Rita Supaya kau tidak lupa Walaupun dengan segala harta Teknologi Mahupun Viagra Tanpa izin-Nya Kau hanyalah seorang koboi tua yang sudah tidak mampu Lagi menjinakkan kuda liarnya Menguncup kecut Dikulum se...

May 31, 20202 minSeason 1Ep. 44

Puisi Pilihan - Aku Lagi - karya Rizal Hassn - Rizal+ Pramana Arthi Kata Episod 43, 31 Mei 2020 (Muzik Donk Gedank)

Aku lagi Mana mungkin Kau mampu sekat jiwa ini Yang dalam baring kakunya Menerawang melata Melilau ke empat penjuru fana Menagih kelibat-kelibat maya Yang memberontak Di setiap hela nafas Sambil dalam diamnya menjerit Menyanyi lagu-lagu mimpi Yang hanya kau tahu benarnya Mana bisa kau Menahannya jika Jarak kita berjuta Jauhnya Ketika aku sedih dan sepi Ditinggalkan kamu Terpencil Bertemankan pemuka-pemuka Mulut semanis gula Cerita aku tulisan kau Kau yang tahu penutupnya Aku hanya mampu menurut ...

May 31, 20202 minSeason 1Ep. 43

Puisi Pilihan - Puisi Utusan - karya Rizal Hassn - Rizal+ Pramana Arthi Kata Episod 41, 19 Mei 2020 (Muzik Donk Gedank)

Puisi Utusan Aku ini nak berutusan Dengan kamu-kamu semua Di luar sana Ada berita yang mahu aku sampaikan Ada cerita yang mahu aku canangkan Sudah lama aku pendamkan Utusan ini Entah apa nanti kesudahan? Entah apa nanti kesimpulan? Tembok besar menjadi penghalang Tebal Kebal Bebal Riak-riak wajah sukar diramal Gah megah Tiada bisa rebah Tanpa aku ada Ada aku juga ada Ah persetankan segala perutusan Aku sesat tak jumpa haluan Utusan terputus di tengah jalan Punah semua tidak keruan Resam anjing m...

May 18, 20202 minSeason 1Ep. 41

Puisi Pilihan - Senafas - karya Rizal Hassn - Rizal+ Pramana Arthi Kata Episod 40, 19 Mei 2020 (Muzik Donk Gedank)

Senafas Sebatang okok Seluas ata memandang Sejuta umat Sebidang tanah usang Aku memandang kiri kanan Depan belakang Melihat tanah penuh gersang Kering kontang Angin sarat berdebu Hati bernada sendu Ketika awan segan silu Malu-malu mahu mengangguk pilu Titis airmata kelu Beku membatu Secebis hidup Sekelumit belas kasihan Seribu satu harapan Setitik hujan Rizal Hassn 2005...

May 18, 20202 minSeason 1Ep. 40

Puisi Pilihan - Si Mahui - karya Rizal Hassn - Rizal+ Pramana Arthi Kata Episod 39, 19 Mei 2020 (Muzik Donk Gedank)

Si Mahui Terima Kasih Tuhan Atas Tanda Kasih Dan Kasihan Kepada Kami Bangsa Sederhana Yang Gemarkan Hiburan Dalam Sujud Tunduk Ingat Akan Peringatan Dan Pesanan Kau Lemparkan Senyum Dan Lapang Ke Jiwa Kami Dengan Seorang Lagi Insan Cerah Membawa Gembira Dan Sorakkan Ke Dalam Dunia Hiburan Setelah Sepuluh Tahun Bertemankan Cantik Seorang Perempuan Penuh Sopan! Rizal Hassn 2005...

May 18, 20201 minSeason 1Ep. 39

Puisi Pilihan - Doa - karya Rizal Hassn - Rizal+ Pramana Arthi Kata Episod 38, 29 April 2020 (Muzik Donk Gedank)

Doa Sembelihlah tengkok ini Yang aku persembahkan untuk kau Sambil tangan kananku Menggapai-gapai mahu menyentuh kakimu Dan tangan kiriku Aku hulurkan kepada mereka-mereka yang sudi Ketika aku asyik berputar laju Di atas bumi memuja kau Sambil rohaniku menari Di awangan bersama dikau Menagih kasih dan restumu Selalu Di setiap leleh peluhku Di setiap hela nafasku Dan di setiap kelibat pemandanganku Rizal Hassn 2005...

Apr 29, 20202 minSeason 1Ep. 38

Puisi Pilihan - Merah Padam - karya Rizal Hassn - Rizal+ Pramana Arthi Kata Episod 37, 29 April 2020 (Muzik Donk Gedank)

Merah Padam! Aku delusi, twisted Dan merah padam marah! Aku benci dengan wajah-wajah bodoh sombong Yang tidak pernah mahu memahami Bertanya dan beretorik semata! Bengang! Semakin lama Semakin terserlah keangkuhan mereka Menutup mata dan telinga Walaupun mulut sentiasa terbuka Berkata-kata Kata tak pernah dikota Janji tak akan terlaksana Buang masa dan asyik menekan saja Nekad! Aku tekad jihad ahad Hari ini tiada Hitler Yang mampu menandingi amarah ku Aku mahu pergi meletup! Rizal Hassn 2005...

Apr 29, 20202 minSeason 1Ep. 37

Puisi Pilihan - Layang Sayang - karya Rizal Hassn - Rizal+ Pramana Arthi Kata Episod 36, 29 April 2020 (Muzik Donk Gedank)

Layang Sayang Sayang Kau merangkak datang bila rindu Mula tersenyum memberi salam Bertandang dalam pekat malam Merengek dalam rintik hujan berbalam Tika aku sejuk Digigit dingin dan kepingin Kau tiupkan manismu Dengan butir kata-kata Yang tak pernah lupa menghangatkan Setiap telinga dan jiwa luka Yang senantiasa mendambakan Sejuta harapan masa depan Entah kapan? Kerna sedalam sayangku padamu Dan setinggi ingatku akan sendamu Kau hanya ku dakap Dalam seribu satu bayang-bayang Terkapai-kapai di aw...

Apr 29, 20202 minSeason 1Ep. 36

Puisi Pilihan - Sudah! - karya Rizal Hassn - Rizal+ Pramana Arthi Kata Episod 35, 29 April 2020 (Muzik Donk Gedank)

Sudah! Lihatlah semua ini Bersepah daging-daging saudara kita Bersepai dalam sekelip mata Mati dalam sehela nafas Apa yang kita mahu sebenarnya? Kebebasan ini akhirnya untuk siapa? Jika yang tinggal hanyalah derita semata-mata? Mana mungkin untuk kita! Jika semuanya nanti tiada! Jika harapan makin hari makin hilang Berkecai dengan jiwa-jiwa Korban kebebasan! Apa yang kita mahu tinggalkan Jika yang kita cambahkan Hanyalah Keganasan Kesengsaraan Kekecewaan Renungkanlah! Supaya nanti bisa Berputik ...

Apr 29, 20202 minSeason 1Ep. 35

Puisi Pilihan - Satu Sifu - karya Rizal Hassn - Rizal+ Pramana Arthi Kata Episod 33, 19 April 2020 (Muzik Donk Gedank)

Satu Sifu Bangkit dan naiklah daripada abu Menunggang phoenix jingga mu Sifu Dengan renung tajam dan kumis tebal mu Kau rupanya menyimpan jujur insan Anak seni Berjiwa besar Bersilau putih cahya mu Bersinar memenuhi setiap inci Pelusuk tanah ini Bangunkan pagi kami Dengan lunak ghazal mu Keroncongkan tidur kami Lagi, lagi Memuji dan memuja Yang di sini Dan yang di atas sana Berputarlah kau selaju sang sufi Dengar tangisan duniawi sang berber Rindukan tanahnya Tersenyum Dan berjogetlah Suarakan g...

Apr 19, 20202 minSeason 1Ep. 33

Puisi Pilihan - Malam Suram Niger- karya Rizal Hassn - Rizal+ Pramana Arthi Kata Episod 32, 19 April 2020 (Muzik Donk Gedank)

Malam Suram Niger Malam di Niger Sejuk, suram, sunyi Siang tadi sudah bising Dengan hiruk-pikuk Kasih Dan kasihan Ibu-ibu meminta makanan Bantuan UN entah kapan Yang ramai hanya wartawan Memancarkan tangisan Kini tubuh-tubuh letih Tertidur dalam kebuluran Malam ini Bayi-bayi tidak menangis lagi Entah hidup, entah mati Malam di Niger Banyak roh merewang malam Menanti-nanti akan keputusan Badan sudah kering menahan entah bila akan kesudahan Kenyang ganti kebuluran! Malam ini di Niger Bulan sembuny...

Apr 19, 20202 minSeason 1Ep. 31

Puisi Pilihan - Mahal - karya Rizal Hassn - Rizal+ Pramana Arthi Kata Episod 30, 18 April 2020 (Muzik Donk Gedank)

Mahal Mumtaj Secerah mentari Sesegar embun pagi Secantik pelangi Seasyik puisi Seharum kasturi Sewangi setanggi Aku Sambut paut kasihmu Ketika kita sama-sama basah Dan resah Bermandikan jutaan kilauan bintang Dengan berlampukan Bulan cukup cerah Menyelimuti kulit Ulit sensitif kita Lebam berbalam Tanda cerita kasih Masih utuh Tiada bisa runtuh Aduhai luluh jantung beta Kau rantai hati hamba Dan kau bawa bersama Ke barzakh kembaramu Entah ke mana? Sejuta askar beta Tidak mampu menjejaknya Duhai p...

Apr 18, 20203 minSeason 1Ep. 29

Puisi Pilihan - Langkah Kanan - karya Rizal Hassn - Rizal+ Pramana Arthi Kata Episod 29, 18 April 2020 (Muzik Donk Gedank)

Langkah Kanan Dalam dua juta Ada satu Yang mencari Ada Satu Yang dicari Ada sesuatu Yang bakal ditemui Dalam empat juta langkah Dan seribu satu doa Ada seribu juta rahsia Yang tidak mampu dicerita Khalifah-khalifah manusia Menapak dan berlari anaklah Merendah diri dan berdoa Lalu melontarlah Dalam ihrammu Bunuh jiwa-jiwa alpa Lalu bercukur Dan bersyukur Mendermalah Kerana sesungguhnya dengan bersaksikan Kaabah dan Arafah Kita perlu bekal di sana Dengan izinNya Rizal Hassn 2005...

Apr 18, 20202 minSeason 1Ep. 30

Puisi Pilihan - Peran Agung - karya Rizal Hassn - Rizal+ Pramana Arthi Kata Episod 27, 16 April 2020 (Muzik Donk Gedank)

Peran Agung! Meresaplah kau tinggi Ke kaki arash Melangit naik Dengan jutaan debu Dan asap-asap kelabu Hadiah semarak api-api Benci yang tak pernah padam Terbakar mekar Di pendiang hati-hati bangsa megah Kerap memandang rendah Akan kau pendatang Yang tak pernah berjemput Cuba melukut Dicelah-celah gerigi taring Penghisap darah licik Mencarik jiwa-jiwa lembut Yang mudah percaya Dengan lembut lidah Dan manis seribu satu kuntum senyum Peran-peran agung! Rizal Hassn 2005...

Apr 16, 20202 minSeason 1Ep. 27

Puisi Pilihan - Sayang - karya Rizal Hassn - Rizal+ Pramana Arthi Kata Episod 26, 2 April 2020 (Muzik Donk Gedank)

Sayang Sayang Di mana aku mencari aku Di situlah aku menjumpai kau ku dan kau tiada satu Namun kau selalu menjumpai aku Kita asing yang sama Kita sama dalam keterasingan Dimana kau berdiri, disitulah aku berpijak Dimana kau duduk, disitulah aku berlabuh Dimana kau makan, disitulah aku kenyang Dimana kau mandi, disitulah aku basah Dimana kau tidur, disitulah aku bermimpi Kau ketawa, aku gembira Kau sedih, aku menangis Sayang Kau sentiasa membayangi aku Walaupun pada bayangmu tiada kelibatku Ketah...

Apr 01, 20203 minSeason 1Ep. 26

Puisi Pilihan - Sebelum Kau Menengking - karya Rizal Hassn - Rizal+ Pramana Arthi Kata Episod 23, 1 April 2020 (Muzik Donk Gedank)

Sebelum Kau Menengking! Sebelum kau menengking Fikirkanlah dulu jeritan kasih yang bergema menyambut tangisan sulungmu Bayangkan dulu gegar-gegar katil, menahan perit hadiah daripadamu Kenangkan juga pertarungan nyawa berselisih bertegur sapa Nyawa dengan nyawa Nyawa untuk nyawa Sebelum kau bisa menengking Ingatlah dulu bubur lembut dan kepal halus roti yang pernah kau jamah Ingatkanlah tangan yang menyuapkannya, kakitangan yang mengerjakannya Jika tidak Cuba ingatkan susu badan yang kau hisap s...

Apr 01, 20203 minSeason 1Ep. 23

Puisi Pilihan - Malam Jahanam - karya Rizal Hassn - Rizal+ Pramana Arthi Kata Episod 22, 23 Mac 2020 (Muzik Donk Gedank)

Malam Jahanam! Jahanamlah kau bangsat Binatang jalang, terbuang; Sesat tak mahu-mahu pulang Asyik-asyik keluar malam Mencari kelam Meraba-raba dalam pekat malam Tekun menatang bulan Menilik bintang Bebal dengan dingin beku Membatu dengan jutaan titis embun Menusuk rusuk remuk Menunggu di atas kerusi-kerusi batu Kaku membiru Sambil berbumbungkan Jarang dahan-dahan rimbun; Sendu berduyun... Bulan sepanjang tahun Bermata suram Menyelimut badan-badan lebam Berbalam Rindu setalam Bertakung dalam Luka...

Mar 22, 20202 minSeason 1Ep. 22

Puisi Pilihan - Longlai - karya Rizal Hassn - Rizal+ Pramana Arthi Kata Episod 21, 23 Mac 2020 (Muzik Donk Gedank)

Longlai Ketika wajah ini tersembam ke tanah Dan seluruh tubuh mahu mereput lantas hilang Dari mata hitam duniawi Roh ini bisa pulang Bila yang datang sudah hilang baunya Ditiup bayu sebelum subuh Ketika yang gagah melangkah Hanyalah sepasang kaki longlai Malas dan letih dengan hidup Tubuh ini maju dengan sejuta doa Mengiringi perjalanan si jiwa kosong Yang sudah mahu berhenti Rizal Hassn 2004...

Mar 22, 20201 minSeason 1Ep. 21
For the best experience, listen in Metacast app for iOS or Android