Puisi Pilihan - Merah Padam - karya Rizal Hassn - Rizal+ Pramana Arthi Kata Episod 37, 29 April 2020 (Muzik Donk Gedank)
Apr 29, 2020•2 min•Season 1Ep. 37
Episode description
Merah Padam!
Aku delusi, twisted
Dan merah padam marah!
Aku benci dengan wajah-wajah bodoh sombong
Yang tidak pernah mahu memahami
Bertanya dan beretorik semata!
Bengang!
Semakin lama
Semakin terserlah keangkuhan mereka
Menutup mata dan telinga
Walaupun mulut sentiasa terbuka
Berkata-kata
Kata tak pernah dikota
Janji tak akan terlaksana
Buang masa dan asyik menekan saja
Nekad!
Aku tekad jihad ahad
Hari ini tiada Hitler
Yang mampu menandingi amarah ku
Aku mahu pergi meletup!
Rizal Hassn 2005
For the best experience, listen in Metacast app for iOS or Android
Open in Metacast