Rizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado) - podcast cover

Rizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)

Putting A Plus, All Ways
Last refreshed:
Follow this podcast in the Metacast mobile app to refresh it and see new episodes.
Download Metacast podcast app
Podcasts are better in Metacast mobile app
Don't just listen to podcasts. Learn from them with transcripts, summaries, and chapters for every episode. Skim, search, and bookmark insights. Learn more

Episodes

Puisi Pilihan - Bakar Kelambu! - karya Rizal Hassn - Rizal+ Pramana Arthi Kata Episod 20, 23 Mac 2020 (Muzik Donk Gedank)

Bakar Kelambu! Jam sepuluh kosong satu Aku dah layu menunggu Kaku membatu Punggung keras kematu Tunggu dan tunggu macam dungu Bas Rapid lepas satu, satu Sampai susun waktu Jalan tak menentu Lepas satu, satu Sampai susun waktu Jalan belum tentu Kalbu Pasrah bertukar marah Aku dah berbulu Macam kena rasuk hantu Rasa nak baling batu! Bas Rapid, satu persatu Dah lebih sejam aku menunggu Macam tunggul kayu Drebar lepak ikut mahu Ayuh kita bakar kelambu! Rizal Hassn 2012...

Mar 22, 20202 minSeason 1Ep. 20

Puisi Pilihan - Paku Bisu - karya Rizal Hassn - Rizal+ Pramana Arthi Kata Episod 18, 23 Mac 2020 (Muzik Donk Gedank)

Paku Bisu Sidam Mulut terpaku Kaku Apabila syaitan hitam Turun mengcengkam kuku Legam Wajah kelam berbalam Aku kira kawan Jenguk memberi salam Walaupun janggal maha acuan Aku kira jenaka menjadi pembuka acara Aku yang mati kutu Diam membatu Kaku Sepuluh minit berlalu Aku seperti nampak hantu Membisu Sidam Sehari sudah berlalu Aku masih buntu Rizal Hassn 2012...

Mar 22, 20202 minSeason 1Ep. 18

Puisi Pilihan - Malam Ini Penyu Menangis... Lagi - karya Rizal Hassn - Rizal+ Pramana Arthi Kata Episod 17, 22 Mac 2020 (Muzik Donk Gedank)

Malam Ini Penyu Menangis... Lagi Malam ini penyu menangis lagi Taman liburan sudah kontang Lalat-lalat sudah terbang pulang Kumbang pujaan hilang tak datang-datang Aku yang gersang kasih dan sayang Bagaikan gila bayang Menari terhoyong-hayang Lara jiwa tak tertayang Nyilu hati bukan kepalang Kasihku jauh pergi bersama-sama sayang! Terbang meninggalkan sarang... rizal hassn 2004...

Mar 22, 20201 minSeason 1Ep. 17

Kerajaan Malaysia Tanpa DAP, Keluh Kesah Etnik Cina - Rizal+ Boleh! Episod 4, Bahagian 2, 17 Mac 2020

Setelah terkeluarnya Parti Tindakan Demokratik, DAP, daripada tampuk pemerintahan kerajaan Malaysia Baharu, dengan berpecahnya Pakatan Harapan, disebabkan oleh pergelutan kuasa sesama sendiri, khasnya dikalangan beberapa tokoh-tokoh parti komponen. Apa yang pada awalnya dilihat sebagai satu gagasan yang terhasil daripada ‘marriage of convenient’ untuk menjatuhkan pemerintahan Barisan Nasional, kini tersungkur di tengah jalan. Apa yang jelas, ramai pengundi-pengundi Pakatan Harapan menyatakan ban...

Mar 16, 202037 minSeason 1Ep. 4

Kerajaan Malaysia Tanpa DAP, Keluh Kesah Etnik Cina - Rizal+ Boleh! Episod 4, Bahagian 1, 17 Mac 2020

Setelah terkeluarnya Parti Tindakan Demokratik, DAP, daripada tampuk pemerintahan kerajaan Malaysia Baharu, dengan berpecahnya Pakatan Harapan, disebabkan oleh pergelutan kuasa sesama sendiri, khasnya dikalangan beberapa tokoh-tokoh parti komponen. Apa yang pada awalnya dilihat sebagai satu gagasan yang terhasil daripada ‘marriage of convenient’ untuk menjatuhkan pemerintahan Barisan Nasional, kini tersungkur di tengah jalan. Apa yang jelas, ramai pengundi-pengundi Pakatan Harapan menyatakan ban...

Mar 16, 202047 minSeason 1Ep. 4

Puisi Pilihan - Ilham - karya Rizal Hassn - Rizal+ Pramana Arthi Kata Episod 16, 9 Mac 2020 (Muzik Donk Gedank)

Ilham ilham sejak perut ini kenyang dan dada ini bisa kenal lapang kau sudah jarang-jarang bertandang mengapa dulu bisa kencang kau datang? sekarang langsung tiada berbayang alahai ilham tika aku berdondang sayang dan hidup aduh manisnya bukan kepalang aku masih mahu bermain dalang masih mahu memahami hati orang-orang masakan amanah bisa aku buang? ilham biar jelas, nyata dan terang alang-alang menyeluk pekasam biar busuknya sampai ke tulang! aduhai ilham aku harap kau bisa faham... Rizal Hassn ...

Mar 09, 20202 minSeason 1Ep. 16

Puisi Pilihan - Indonesiar! - karya Rizal Hassn - Rizal+ Pramana Arthi Kata Episod 14, 9 Mac 2020 (Muzik Donk Gedank)

Indonesiar! Indonesia meletup lagi mereka yang tak berdosa bertabur, bergelimpangan di depan pintu Arash anak-anak kecil yang tak mengerti dijemput Tuhan lebih awal yang lain biar sesat air mata sesal mengalir buntu di hujung telinga ada orang meniup seruling propaganda! anak-anak tua masih berkira-kira jalan azali pagi sudah mati, dan malam tak mahu-mahu pergi Singa tak bergigi makan tak henti-henti coolie-coolie hanya mampu tersengih sendiri bagaikan sekam berapi cinta sudah meruap benci Tuhan...

Mar 09, 20202 minSeason 1Ep. 14

Anwar Ibrahim & Kemelut Politik Malaysia Pasca Perlantikan Perdana Menteri ke-8 - Rizal+Boleh! Episod 3, 7 Mac 2020

Perlantikkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-8 oleh Duli Yang Maha Muli Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah diharap akan dapat menghentikan kemelut politik yang melanda negara lebih seminggu. Dikala negara dikatakan berdepan dengan ekonomi yang merudum setahun dua kebelakangan ini dan ditambah pula dengan wabak COVID-19, perlantikan tersebut dikatakan perlu disegerakan kerana ketidak-tentuan yang melanda negara bakal menjerumuskan neg...

Mar 06, 202048 minSeason 1Ep. 3

Puisi Pilihan - Kau Dan Aku - karya Rizal Hassn - Rizal+ Pramana Arthi Kata Episod 12, 2 Mac 2020 (Muzik Donk Gedank)

Kau Dan Aku ku jauhkan diriku dari kelibatmu supaya aku dekat dengan jiwamu ku basahi debu di matamu supaya jelas rasamu padaku ku bisikkan marah pada nalurimu supaya kau kenali emosiku ku laungkan kelu padamu supaya aku dan kau dapat bersatu tanpa diganggu seperti sejoli yang ramai itu supaya dapat aku simpan bengis jantanku dari berkenalan dengan jerkah betinamu Rizal Hassn 2004...

Mar 02, 20202 minSeason 1Ep. 12

Puisi Pilihan - Anak-Anak Yang Hilang - karya Rizal Hassn - Rizal+ Pramana Arthi Kata Episod 10, 23 Feb 2020 (Muzik Donk Gedank)

Anak-Anak Yang Hilang Sajak ini aku tujukan kepada anak-anak yang hilang Yang dijemput Tuhan diperbetulkan jiwanya Yang diambil kerajaannya dibentuk jati warganya Yang trauma terkenangkan nasib saudaranya Yang dirobek maruahnya diruang-ruang kejam sunyi Yang dikerah dayanya sehingga terpercik keringat naifnya Yang berolok-olok dengan senjata di medan permainannya Yang dicuri hidupnya terutamanya, sepanjang usianya Selamanya... Rizal Hassn 2005...

Feb 22, 20202 minSeason 1Ep. 10

Puisi Pilihan - Suara Anak Tangga - karya Rizal Hassn - Rizal+ Pramana Arthi Kata Episod 9, 22 Feb 2020 (Muzik Donk Gedank)

Suara Anak Tangga dari jauh tujuh anak tangga aku melihat mereka ketawa, berjenaka dan gembira asyik bercerita tentang duka... mereka dan semuanya dari tujuh anak tangga dekatnya aku dengan mereka aku cuba memahami getar suara kata-kata di kota janji terlaksana perihal pucuk-pucuk ranum dan bunga-bunga dosa dosa; menjalar berbunga dari rengek tangis tujuh anak tangga akibat dihentak tapak-tapak kaki merah hitam marah tiada mahu padam aku memandang dari luar cuba memahami makna dalam-dalam aku ya...

Feb 22, 20202 minSeason 1Ep. 9

Puisi Pilihan - Tamu - karya Rizal Hassn - Rizal+ Pramana Arthi Kata Episod 8, 22 Feb 2020 (Muzik Donk Gedank)

Tamu tamu setengah abad baru bisa aku ketemu rupanya kau simpan rapi khianat di kalbumu terbuku, tahun demi tahun sejuk membeku membatu, bergerutu tamu, nah! gamkan saja aku di dinding ruang tamumu ya, kelibat tubuh ini susuk sawo matang berdaki ini penyekkan saja hidung melayuku, di situ atau leperkan saja punggung busukku dengan kerah tenagamu itu pandang bila kau jemu cemuh supaya senyum hinggap diwajahmu agar lapang dadamu dan senang hatimu tamu hari ini, selepas setengah abad bertamu aku na...

Feb 22, 20202 minSeason 1Ep. 8

Puisi Pilihan - Sunflower Surga - karya Rizal Hassn - Rizal+ Pramana Arthi Kata Episod 7, 20 Feb 2020 (Muzik Donk Gedank)

Sunflower Surga adakah kamu yang datang mengetuk pintu ketika aku sedang nyenyak beradu dan memadu? ketika perut sokosong jiwa dan mata hanya mahu melihat apa yang mampu dirasa, kau hanya mampu ketawa, berkira-kira mahu memotong telinga! apa yang kau nampak dalam bunga matahari si Van Gogh, semalam? dua belas kerusi kosong di malam natal, apa yang kau tahu? atau kau hanya melihat kata-kata mereka yang pandai bersuara yang pandai menyusun cerita menjadi berita yang janji tiada mahu dikota! apa ya...

Feb 20, 20202 min

Halatuju Politik Malaysia : Pandangan Dr Kamarul Zaman Yusoff - Rizal+ Boleh! Episod 2, Bahagian 2, 16 Feb2020

Dr Kamarul Zaman Yusuf mantan Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM) berbicara ringkas tentang trend politik tempatan yang sedang menguak di tanahair. Mampukah Muafakat Nasional kelak mengalahkan kerajaan Pakatan Harapan dalam PRU akan datang? Atau adakah sebulan dua ini kita bakal melihat barisan gabungan baharu mendepani jemaah Menteri dan kerajaan Malaysia? Boleh! adalah siaran podcast dwi bahasa yang suka membincangkan apa saja Malaysia untuk rakyat...

Feb 15, 202046 minSeason 1Ep. 2

Halatuju Politik Malaysia : Pandangan Dr Kamarul Zaman Yusoff - Rizal+ Boleh! Episod 2, Bahagian 1, 16 Feb2020

Dr Kamarul Zaman Yusuf mantan Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM) berbicara ringkas tentang trend politik tempatan yang sedang menguak di tanahair. Mampukah Muafakat Nasional kelak mengalahkan kerajaan Pakatan Harapan dalam PRU akan datang? Atau adakah sebulan dua ini kita bakal melihat barisan gabungan baharu mendepani jemaah Menteri dan kerajaan Malaysia? Boleh! adalah siaran podcast dwi bahasa yang suka membincangkan apa saja Malaysia untuk rakyat...

Feb 15, 202029 min

Puisi Pilihan - Kekasih Satu- karya Rizal Hassn - Rizal+ Pramana Arthi Kata Episod 6, 12 Feb 2020 (Muzik Donk Gedank)

Kekasih Satu pada-Mu ku didihkan bunga-bunga nafsu yang siang tadi ku kutip di jalan-jalan sumbang tak berkiblat ketika debu-debu noda menyapa kulit wajahku aku mendengus menarik nafas dalam atas nama-Mu, cuba menenun songket kesabaran mata melihat pencinta hati mengingat Pencipta aku gagahi pengembaraan ini di jalan-jalan yang meletihkan minda dan membakar-bakar nafsu lelakiku namun sesungguhnya Kau pun tahu hanya Kau-lah Satu Rizal Hassn 2005...

Feb 12, 20202 minSeason 1Ep. 7

Puisi Pilihan - Tanya dan Janji - karya Rizal Hassn - Rizal+ Pramana Arthi Kata Episod 5, 8 Feb 2020 (Muzik Donk Gedank)

Tanya dan Janji Emak bertanya lagi, sesudah aku habis mengaji mana bakal menantu yang bisa aku jadikan isteri? Aku janji satu hari, pasti! Emak bertanya lagi, mana? Aku hanya bisa tabur janji Emak bertanya lagi, bila? Aku hanya bisa tabur janji Emak bertanya lagi, siapa? Aku hanya bisa tabur janji Kataku lagi; Segala percaturan dan perjanjian hidup manusiawi aturan Tuhan, Maha Rabbi, hanya Dia sajalah yang Maha Mengetahui... Emak bertanya lagi, dan aku hanya mampu tersengih putih gigi... Emak bi...

Feb 08, 20203 minSeason 1Ep. 5

Puisi Pilihan - Aku Nampak Kamu - karya Rizal Hassn - Rizal+ Pramana Arthi Kata Episod 3, 7 Feb 2020 (Muzik Donk Gedank)

Aku Nampak Kamu Aku nampak kamu Ya aku nampak kamu Ketika kau tersenyum di gerbang McD Di Bukit Bintang Di dataran yang penuh binatang Dan jalang-jalang Aku nampak kamu Ketika kau tidak nampak aku Aku nampak kamu Ketika kau asyik mengubah merdu Menyusun lagu Mengait bait-bait rindu Cuba menanam tebu dibibirmu Leka berdakwah tentang candu Aku nampak kamu Aku nampak kamu Ketika kau cuba lari itu Aku nampak kelibat mu Apa kau cuba bersembunyi daripada ku? Ya aku nampak kamu Aku nampak kelibatmu Jel...

Feb 07, 20202 minSeason 1Ep. 3

Puisi Pilihan - Hawa Mu - karya Rizal Hassn - Rizal+ Pramana Arthi Kata Episod 2, 3 Feb 2020 (Muzik karya Donk Gedank)

Hawa Mu berbaringlah di tepi ku wahai kekasih dengan wajah suntimu menagih kasihanku dan kemudiaannya kasihku dengan manis senyummu dan pujuk suaramu penenang gemuruh jiwaku yang sering meracau dan merayau sendirian dalam taman indah indah lagi dengan kelibatmu namun kemudiaannya layu sunyi ditinggalkan kita yang terpisah kerna rajuk nafsumu dan degil sayangku mahukan yang terlarang buah musibah kita! kini dan di sini di pulau indah ini ketika hati ini masih merindu akan bau kulitmu dan mata ini...

Feb 03, 20203 minSeason 1Ep. 2

Puisi Pilihan - Rawan - karya Rizal Hassn - Rizal+ Pramana Arthi Kata Episod 1, 1 Feb 2020 (Muzik karya Donk Gedank)

Rawan Cinta.Sita.Cita-cita. aku mahu berjalan di atas awan memijak buih wap yang tersejat dari sejuta laksa manusia keringat.dan air mata juga dari ludah-ludah mungkin juga dari hancing kencing dan hamis darah di bawah berantakkan hari-hari anak-anak manu berperang.seharian dengan senjata.dan adu domba hidup sudah jauh lari daripada manuskrip asal.arahant dharma menuju Tuhan Hyang Maha Esa yang disembah.awatara.dan dewa Lanka di lapis langit yang terbawah saujana dengan kehijauan sawah jauh dari...

Feb 01, 20204 minSeason 1Ep. 1

Buka Panggung - Pramana Arthi Kata - Rizal+ Trailer, 1 Feb 2020

Pramana Arthi Kata adalah siaran podcast bahasa Melayu yang suka membincangkan pandangan sarwa bangsa Melayu, jaguh maritim dan pengasas puluhan negara di dunia, melalui apa saja hasil karya Melayu. Pramana Arthi Kata akan cuba mengupas dan memahami falsafah dan corak berfikir bangsa Melayu melalui karya-karya penulisan, seni pembuatan, seni reka bangunan, busana sehinggalah kepada perbincangan resipi makanan, seantaro Nusantara dan di mana saja terdapat saki-baki peninggalan tradisi bangsa Mela...

Feb 01, 20202 min

Sekolah Vernakular: Saman Buzze Azam -Rizal+Boleh! Episod 1, 18 Jan 2020

Mohd Khairul Azam ‘memohon deklarasi bahawa Parlimen tiada kuasa menggubal Seksyen 17 dan Seksyen 28 Akta Pendidikan 1996 yang menubuhkan sekolah vernakular kerana bertentangan dengan Perkara 152(1)(a) Perlembagaan.’ Boleh! adalah siaran podcast dwi bahasa yang suka membincangkan apa saja Malaysia untuk rakyat Malaysia. Boleh! percaya usaha membina negara adalah tanggungjawab semua rakyat, khasnya dalam mendukung Perlembagaan Persekutuan yang sebenarnya boleh menjadi titik temu kepada kepelbagai...

Jan 23, 202022 minSeason 1Ep. 1
For the best experience, listen in Metacast app for iOS or Android