Puisi Pilihan - Langkah Kanan - karya Rizal Hassn - Rizal+ Pramana Arthi Kata Episod 29, 18 April 2020 (Muzik Donk Gedank)
Apr 18, 2020•2 min•Season 1Ep. 30
Episode description
Langkah Kanan
Dalam dua juta
Ada satu
Yang mencari
Ada Satu
Yang dicari
Ada sesuatu
Yang bakal ditemui
Dalam empat juta langkah
Dan seribu satu doa
Ada seribu juta rahsia
Yang tidak mampu dicerita
Khalifah-khalifah manusia
Menapak dan berlari anaklah
Merendah diri dan berdoa
Lalu melontarlah
Dalam ihrammu
Bunuh jiwa-jiwa alpa
Lalu bercukur
Dan bersyukur
Mendermalah
Kerana sesungguhnya
dengan bersaksikan
Kaabah dan Arafah
Kita perlu bekal di sana
Dengan izinNya
Rizal Hassn 2005
For the best experience, listen in Metacast app for iOS or Android
Open in Metacast