Ketua-ketua imam dan ahli-ahli Taurat "sedang mencari jalan untuk membunuh Yesus" (Lukas 22:2) dan pada masa yang sama "Iblis memasuki Yudas Iskariot" untuk mengkhianati Yesus, yang akhirnya bertujuan untuk membunuh Yesus juga! Dan apabila kita membaca petikan firman yang seterusnya, rancangan manusia dan Iblis benar-benar terjadi! Yesus mati di kayu salib! Jadi, adakah rancangan TUHAN Allah gagal? 🤔 Dengar episod ini 👍 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
Mar 15, 2025•41 min•Season 7Ep. 142
#InjilLukas
Feb 03, 2025•44 sec
Kemuncak nubuatan Yesus Mesias tentang akhir zaman dalam Lukas 21 ialah Anak Manusia akan datang semula! 🙌 Semua manusia "akan melihat Anak Manusia datang dalam awan dengan kekuasaan dan kemuliaan yang besar. Apabila segala perkara ini mula terjadi, teguhkanlah hatimu dan angkat kepalamu kerana masa penyelamatanmu telah hampir tiba" (v.27-28) 🙏 Apakah dua (2) tanda atau fenomena yang terakhir yang akan terjadi dahulu sebelum Anak Manusia datang? Dan apakah tiga (3) pesanan Yesus kepada para mu...
Jan 23, 2025•42 min•Season 7Ep. 141
Yesus Mesias berfirman: "Kota Yerusalem akan diinjak-injak oleh bangsa-bangsa asing sehingga tamat tempoh yang ditetapkan untuk mereka" (Lukas 21:24). Ternyata apa yang Yesus firmankan ini benar-benar TELAH berlaku kepada Yerusalem pada 70 masihi dan MASIH lagi berlaku sehingga sekarang, iaitu, hak pemilikan Yerusalem masih lagi menjadi debat dan konflik diantara Israel dan "bangsa-bangsa asing" ⏳ Realiti Yerusalem telah dan masih "diinjak-injak" sehingga sekarang membuktikan bahawa firman Yesus...
Jan 19, 2025•42 min•Season 7Ep. 140
Salah satu tanda-tanda akhir zaman ialah akan ramai mesias-mesias palsu muncul. Yesus, Mesias sebenar, berkata: “Awas, jangan terperdaya oleh sesiapa pun. Ramai orang akan datang dengan nama-Ku dan berkata, ‘Akulah dia,’ dan ‘Masanya sudah tiba.’ Janganlah kamu ikut mereka" (Lukas 21:8) ❌ Dalam episod ini, saya akan menjelaskan tentang tiga (3) tanda-tanda umum akhir zaman dan empat (4) galakkan dan janji Yesus Mesias kepada para murid-Nya pada masa itu dan masakini ✔️ #ServeToLead #PreachTheWor...
Jan 14, 2025•48 min•Season 7Ep. 139
Bait Suci di Yerusalem sangat besar, megah dan indah. Para murid Yesus Mesias kagum apabila melihat "batu dan bangunan yang luar biasa" di sana (Markus 13:1). Malah dikatakan Bait Suci itu "dihiasi dengan batu-batu permata yang indah serta barang-barang yang dipersembahkan kepada Allah" (Lukas 21:5). Ianya seperti melihat Piramid Giza di Mesir dan Angkor Wat di Kemboja! Namun begitu, Yesus mengejutkan mereka dengan berfirman: “Akan tiba masanya semua yang kamu lihat di sini tiada seketul batu pu...
Jan 08, 2025•39 min•Season 7Ep. 138
Yesus Mesias berfirman: “Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, balu yang miskin ini telah memasukkan lebih banyak daripada semua yang lain, kerana yang lain memasukkan persembahan daripada kemewahan masing-masing tetapi perempuan ini walaupun sangat miskin, telah memasukkan seluruh nafkahnya" (Lukas 21:3-4) Lihat, walaupun seorang balu ini "sangat miskin" dan dia memberi hanya "dua keping wang tembaga" (iaitu, 1.56% daripada nilai 1 hari bekerja), tetapi Yesus berkata bahawa dia memberi "lebih ban...
Jan 01, 2025•36 min•Season 7Ep. 137
Di hadapan orang ramai, Yesus Mesias memberi peringatan kepada para murid-Nya (itu termasuk kamu dan saya): “Berhati-hatilah dengan ahli-ahli Taurat yang suka ke sana sini berjubah labuh, suka diberi salam hormat di pasar, suka duduk di kerusi khas di saumaah dan tempat terhormat di majlis jamuan. Mereka merampas rumah balu tetapi kemudian pura-pura berdoa berjela-jela. Mereka ini akan menerima hukuman yang lebih berat" (Lukas 20:46-47) Siapakah "ahli-ahli Taurat" ini? Bagaimana kita boleh menge...
Dec 29, 2024•33 min•Season 7Ep. 136
"Yesus berkata kepada mereka, 'Bagaimana dikatakan bahawa Kristus (atau Mesias) itu anak Daud sedangkan Daud sendiri berkata dalam kitab Mazmur: ‘Tuhan berfirman kepada Tuanku: Duduklah di sebelah kanan-Ku sehingga Aku menjadikan musuh-Mu alas kaki-Mu.’ Daud menyebut Dia ‘Tuan’ bagaimana mungkin Dia anaknya pula?” (Lukas 20:41-44) 🤔 Mari saya kongsikan DUA (2) kepercayaan para rabbi and pemimpin agama, malah orang Israel secara amnya ketika itu; dan SATU (1) soalan retorik yang tidak memerlukan...
Dec 21, 2024•33 min•Season 7Ep. 135
Dalam buku Kisah Para Rasul 23:8, "Orang Saduki mengatakan bahawa tiada kebangkitan daripada kematian, tidak malaikat dan tiada roh; tetapi orang Farisi percaya akan semuanya." Besar kemungkinan orang Saduki banyak berdebat dengan orang Farisi (malah ahli-ahli Taurat) tentang doktrin kebangkitan tetapi mereka tidak boleh menjawab dan membuktikannya melalui Kitab Taurat Musa ❌ Jadi, apabila orang Saduki bertanya kepada Yesus - yang juga percaya kepada doktrin kebangkitan - mereka berfikir, ini so...
Dec 17, 2024•47 min
Soalan para guru dan pemimpin agama sangat bijak, "Wajarkah kami membayar cukai kepada Kaisar atau tidak?" Secara ringkas, jika Yesus menjawab YA ✔️ maka Dia akan dilihat sebagai berpihak kepada pemerintahan Rom dan menimbulkan ketidakpuasan hati orang Israel; tetapi jika Yesus menjawab TIDAK ❌ maka Dia akan dituduh memberontak terhadap pemerintahan Rom dan boleh mencetuskan ketidakstabilan Israel. Namun begitu, soalan mereka ini ditujukan kepada Yesus Mesias, personifikasi kebijaksanaan Allah �...
Dec 13, 2024•36 min•Season 7Ep. 133
Dalam Lukas 20:9-18, Yesus Mesias menceritakan Ibarat tentang Ladang Anggur 🍇 Besar kemungkinan, ibarat ini berlatarbelakangkan Yesaya 5:1-7 iaitu Nyanyian tentang Ladang Anggur. Namun begitu, Yesus menceritakannya sesuai dengan situasi dalam Lukas 20. Pertama, saya akan menerangkan kunci untuk mentafsir ibarat ini 🔑 Kemudian, saya akan menghuraikan tujuh (7) tafsiran penting berdasarkan konteks 🔐 dan satu aplikasi penting untuk kita semua masakini 📢 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
Dec 10, 2024•37 min•Season 7Ep. 132
Pada mulanya, para guru agama ingin memalukan Yesus Mesias di hadapan orang ramai dengan bertanya soalan. Tetapi Dia menjawab mereka dengan bertanya soalan pula, "Katakan kepada-Ku, baptisan Yohanes daripada syurga atau daripada manusia?" (Lukas 20:3-4) Mereka berbincang sesama sendiri kemudian menjawab, "Kami tidak tahu" (v.7). Sebagai guru agama, apabila ditanyakan soalan agama, dengan mereka mengakui "tidak tahu" - adalah sangat memalukan! Mulanya ingin memalukan Yesus tetapi akhirnya mereka ...
Dec 04, 2024•32 min•Season 7Ep. 131
Dari Lukas 19:28-48, saya melihat empat (4) emosi utama yang ditonjolkan - SUKACITA, apabila Yesus Mesias dalam perjalanan ke Yerusalem, "semua murid-Nya mula bersukacita dan memuji Allah dengan suara yang kuat" (v.37); SEDIH, apabila Yesus hampir sampai ke Yerusalem "melihat kota itu, Dia pun menangisinya" (v.41); MURKA, Yesus melihat apa yang terjadi di dalam Bait Suci lalu berkata, "Kamu telah menjadikannya 'sarang pencuri'" (v.46); dan BENCI, para pemimpin agama yang mendengar-Nya berkata be...
Nov 25, 2024•38 min•Season 7Ep. 130
Ini ialah petikan yang sedih kerana dikatakan bahawa Yesus Mesias "menangisi" Yerusalem (Lukas 19:41). Apabila orang ramai dan para murid-Nya "bersukacita dan memuji Allah dengan suara yang kuat" (v.37), Yesus menangis. Setiap kali kita membaca tentang Yesus sedih atau menangis, Yesus marah atau murka, malah Yesus bersukacita atau bergembira, perhatikan petikan firman itu dan konteksnya kerana ia menyerlahkan karakter dan keperibadian-Nya dengan lebih lagi 💯 Jadi, kenapa Yesus menangis? 😢 Mari...
Nov 22, 2024•31 min•Season 7Ep. 129
Apabila Yesus Mesias masuk ke Yerusalem dengan menunggang anak keldai muda, "semua murid-Nya mula bersukacita dan memuji Allah dengan suara yang kuat" (Lukas 19:37). Bunyi pujian ini pasti membangkitkan hati semua orang yang percaya kepada-Nya 🙌 Tetapi bunyi pujian ini pula pasti menyakitkan hati orang yang tidak percaya kepada-Nya 😡 Beberapa orang Farisi berkata kepada Yesus, "Guru, tegurlah murid-murid-Mu" (v.39) atau secara ringkas, "Suruh mereka diam!" 🤫 Yesus menjawab, "Aku berkata kepad...
Nov 19, 2024•29 min•Season 7Ep. 128
Yesus Mesias mengutus dua orang murid-Nya dengan berkata: "Pergilah ke kampung di hadapan itu. Apabila kamu masuk, kamu akan mendapati seekor anak keldai yang belum pernah ditunggang, tertambat di situ. Lepaskannya dan bawa ke sini. Jika ada orang bertanya kepadamu, ‘Mengapakah kamu melepaskan keldai?’ kamu hendaklah berkata kepadanya, ‘Tuhan memerlukannya'" (Lukas 19:30-34) Adakah ini perancangan Yesus atau mukjizat Yesus? 🙌 Kenapa sangat terperinci dan khusus - "anak keldai yang belum pernah ...
Oct 30, 2024•36 min•Season 7Ep. 127
Pada suatu hari semasa Yesus berdoa bersendirian, murid-murid-Nya datang kepada-Nya. Yesus bertanya kepada mereka, “Mengikut orang ramai, siapakah Aku?” Mereka menjawab, “Ada yang berkata Yohanes Pembaptis; ada yang berkata Elia; ada pula yang berkata salah seorang nabi telah hidup semula.” Yesus bertanya kepada mereka, “Apa kata kamu: Siapakah Aku pula?” Petrus menjawab, “Kristus daripada Allah" (Lukas 9:18-20) Untuk mendengar episode podcast berkaitan dengan petikan ini, "Yesus Ialah Mesias Tu...
Oct 28, 2024•21 min
Petikan ini dimulakan dengan "Yesus menceritakan sebuah ibarat kepada mereka yang mendengar-Nya" atau sementara orang masih mendengar-Nya berkata-kata (Lukas 19:11a). Apa yang Yesus "kata" dan apa yang orang "dengar" sebelum ini? "Anak Manusia datang untuk mencari dan menyelamatkan orang yang hilang" atau orang berdosa (v.10) 🙌 Ini benar untuk kedatangan Yesus kali pertama 👍 Tetapi untuk kedatangan-Nya kali kedua, kepada mereka yang "menyangka bahawa kerajaan Allah akan menjadi nyata tidak lam...
Oct 22, 2024•41 min•Season 7Ep. 126
Dalam Lukas 18, ada seorang pemimpin bangsa Yahudi yang menurut Hukum Taurat datang kepada Yesus Mesias tetapi akhirnya dia meninggalkan-Nya "kerana dia seorang yang amat kaya" (v.23). Kemudian Yesus berkata, "Alangkah susahnya bagi orang kaya memasuki kerajaan Allah!" (v.24). Tetapi dalam Lukas 19, Zakheus, seorang ketua pemungut cukai yang berdosa, yang juga "sangat kaya" (v.2), mendengar Yesus berkata, "Pada hari ini juga penyelamatan telah datang kepada seisi rumah ini kerana kamu [Zakheus] ...
Oct 17, 2024•48 min•Season 7Ep. 125
Salah satu hal yang menarik yang saya perhatikan dalam petikan ini ialah apabila orang ramai hanya melihat dan memanggil Yesus sebagai "orang Nazaret" (merujuk kepada tempat Dia dibesarkan), orang buta ini pula 'melihat' dan memanggil Yesus sebagai "Anak Daud!" (merujuk kepada identiti-Nya sebagai Mesias Tuhan) 👁️ Apakah tiga (3) bukti yang menunjukkan bahawa Yesus ialah Mesias? Apakah lima (5) pengajaran yang kita boleh belajar daripada orang buta ini? 🤔 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLuka...
Oct 08, 2024•36 min•Season 7Ep. 124
Penganiayaan, kematian dan kebangkitan Yesus Mesias ialah BUKAN suatu kemalangan, kekalahan atau kegagalan tetapi SEMUANYA telah diketahui-Nya dari awal lagi dan segalanya telah tersurat dalam Kitab Suci. Yesus sendiri telah bernubuat tentang diri-Nya sendiri ✔️ Namun begitu, para murid-Nya "tidak mengerti" dan "tidak memahami" apa yang dikatakan oleh Yesus 🥲 Kenapa? Dan, apakah aplikasinya kepada kita pada masakini? 🤔 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
Oct 01, 2024•39 min•Season 7Ep. 123
Ternyata ini ialah soalan yang sangat popular pada zaman Yesus Mesias, dua kali telah ditanyakan kepada-Nya dalam Kitab Injil ini: "Guru, apakah yang harus aku buat untuk mewarisi hidup yang kekal?" (Lukas 10:25, 18:18) 🤔 Sebenarnya ada dua (2) cara untuk kita beroleh atau mewarisi hidup yang kekal... mari saya terangkannya melalui respon Yesus dalam petikan ini 💪 (klu: dua cara tetapi satu mustahil kerana kekurangan kita dan satu lagi tidak mustahil kerana kasih kurnia Allah) 🙌 #ServeToLead ...
Sep 25, 2024•37 min•Season 7Ep. 122
Yesus Mesias berfirman: “Biarkan kanak-kanak kecil itu datang kepada-Ku. Jangan larang mereka kerana orang yang seperti itulah yang empunya kerajaan Allah. Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, sesiapa yang tidak menerima kerajaan Allah seperti seorang anak kecil, tidak akan masuk ke dalamnya" (Lukas 18:16-17) 🚼 Ini kenyataan yang sangat radikal: Jika "tidak" menerima, maka, "tidak" akan masuk! Ada TIGA (3) hal yang penting , menurut konteks, untuk "menerima kerajaan Allah seperti seorang anak ke...
Sep 19, 2024•27 min•Season 7Ep. 121
Ibarat Yesus Mesias dalam Lukas 18:9-14 ini sangat mudah untuk ditafsirkan (interpretation) kerana dari awal lagi sudah diberitahu kenapa Dia menceritakannya (baca ayat 9). Jadi, dalam episod ini, saya akan lebih berfokus kepada pemerhatian (observation) yang saya dapat dalam petikan ini 🔍 Ada empat (4) PERSAMAAN dan empat (4) PERBEZAAN diantara "orang Farisi" dan "pemungut cukai" - dan ada empat (4) PENGAJARAN bagi kita pada masakini 😊 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas...
Sep 17, 2024•45 min•Season 7Ep. 120
Petikan firman: Lukas 9:10-17 Setelah rasul-rasul itu kembali, mereka menceritakan kepada Yesus segala perkara yang telah dilakukan mereka. Yesus membawa mereka ke sebuah bandar yang bernama Betsaida. Tetapi orang ramai mendapat tahu akan hal itu lalu mengikut-Nya. Yesus menyambut mereka dan mengkhabarkan kerajaan Allah kepada mereka serta menyembuhkan orang yang memerlukan penyembuhan. Menjelang senja, dua belas murid itu datang kepada Yesus. Mereka berkata, “Suruhlah orang ramai ini pulang sup...
Sep 17, 2024•24 min
Secara amnya, ibarat Yesus Mesias dalam Lukas 18:1-8 ini sangat mudah untuk ditafsirkan ✔️ Terang-terang dikatakan bahawa ibarat ini diceritakan oleh Yesus untuk mengajar para murid-Nya untuk "sentiasa berdoa dan tidak putus asa" (v.1). Namun begitu, jika kita melihat beberapa klu dalam petikan ini, secara konteksual dan keseluruhan, ibarat ini ialah tentang bagaimana para murid Yesus, iaitu umat pilihan Allah, harus sentiasa berdoa untuk mendapatkan keadilan daripada TUHAN dan tidak berputus as...
Sep 10, 2024•39 min•Season 7Ep. 119
Petikan Firman: Lukas 9:1-10 Yesus memanggil murid-Nya yang dua belas itu lalu memberi mereka kuasa dan perintah untuk mengusir segala roh iblis dan menyembuhkan berbagai-bagai penyakit. Dia mengutus mereka untuk mengkhabarkan kerajaan Allah dan menyembuhkan orang sakit. Yesus berkata kepada mereka, “Jangan kamu bawa apa jua pun dalam perjalananmu, baik tongkat, baik beg, baik makanan, baik wang mahupun dua helai pakaian. Di rumah mana-mana pun kamu disambut, menetaplah di situ sehingga kamu ber...
Sep 10, 2024•26 min
Dalam Lukas 17:20-21, Yesus Mesias menjawab soalan beberapa orang Farisi tentang "bila kerajaan Allah akan datang"; dalam ayat 22-37 pula, Yesus berkata kepada para murid-Nya tentang "hari Anak Manusia." Apakah kaitannya diantara kerajaan Allah dengan Anak Manusia? Mudah... dimana ada hadirat Yesus Mesias, Anak Manusia, disitulah Kerajaan Allah ada! 🙌 Ada lima (5) pengajaran penting yang kita harus ambil tahu sementara menantikan kedatangan Anak Manusia dalam petikan ini ✔️ #ServeToLead #Preach...
Sep 05, 2024•45 min•Season 7Ep. 118
"Terdapat beberapa orang Farisi bertanya kepada Yesus bila kerajaan Allah akan datang dan Yesus menjawab..." (Lukas 17:20). Apa itu "kerajaan Allah"? Bagaimana Yesus menjawab mereka? Adakah kerajaan Allah sudah datang atau belum? 🤔 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
Aug 29, 2024•37 min•Season 7Ep. 117