Kerana iman, walaupun kuantiti iman sebesar biji sesawi, 10 orang yang berpenyakit kusta, apabila mereka datang bertemu dengan Yesus Mesias, mendengar firman-Nya dan mentaati-Nya, mereka sembuh! Tetapi kerana iman juga, kualiti iman yang berfokus kepada sumber kesembuhan, iaitu Yesus Mesias, hanya 1 orang Samaria mendapat keselamatan! Mendapat kesembuhan itu baik tetapi adakah kamu lebih lagi ingin mendapat keselamatan? #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas...
Aug 25, 2024β’47 minβ’Season 7Ep. 116
Mendengar ajaran-ajaran Yesus Mesias yang mencabar (Lukas 17:1-4), para rasul berkata kepada-Nya: "Kuatkanlah iman kami" (v.5). Ini kesedaran dan permintaan yang baik π Namun begitu, anggapan disebalik kata-kata mereka ini kurang tepat. Iman TIDAK boleh dimuat turun secara automatik atau diperolehi serta-merta. Melalui respon para rasul ini (dan ramai daripada kita sekarang), iman harus ekspres! β Tetapi melalui respon Yesus (v.6-10), iman ialah suatu proses! βοΈ Mari saya terangkan π #ServeToL...
Aug 20, 2024β’42 minβ’Season 7Ep. 115
lanya memerlukan iman untuk Yairus "sujud pada kaki Yesus dan memohon kepada-Nya supaya datang ke rumahnya kerana anak perempuan tunggalnya... hampir mati" (Lukas 8:41-42). Tetapi apabila orang ramai dan seorang wanita yang menghidap penyakit melambatkan perjalanan Yesus, iman dan kesabaran Yairus diuji. Namun begitu, iman Yairus mungkin dibangkitkan semula apabila dia mendengar Yesus berkata kepada wanita yang telah disembuhkan itu, "Anak-Ku, imanmu telah menyembuhkanmu..." (v.48). Tetapi sekal...
Aug 03, 2024β’26 min
Dalam petikan ini, Yesus Mesias memberi amaran keras kepada sesiapa yang menyebabkan kanak-kanak kecil melakukan dosa, iaitu, menjadi batu sandungan (Lukas 17:1-3) dan pesanan tegas kepada para murid-Nya untuk mengampuni orang yang melakukan dosa kepada mereka (v.3-4). Ini ialah firman yang mencabar! π Siapakah "kanak-kanak kecil" dalam petikan ini? Bagaimana kita boleh menjadi batu sandungan kepada orang lain - dan apakah hukumannya? Kenapa dan bagaimana caranya kita boleh mengampuni dosa oran...
Jul 25, 2024β’47 min
Sudah 10 tahun seorang wanita ini menghidap penyakit pendarahan yang berhubungan dengan haidnya yang tidak normal. Ditambahkan pula "walaupun dia telah menghabiskan harta bendanya untuk mendapatkan rawatan daripada beberapa orang tabib, dia tidak dapat disembuhkan oleh sesiapa pun" (Lukas 8:43). Tiada kesembuhan. Tiada harta lagi. Seolah-oleh tiada harapan. Tetapi pada suatu hari, Yesus Mesias datang ke tempatnya. Wanita ini terus mengambil peluang! Kali ini atau tidak lagi. Seperti wanita ini, ...
Jul 25, 2024β’29 min
Tentang orang kaya dan Lazarus dalam Lukas 16 ini, Yesus Mesias mula-mula membandingkan kehidupan mereka di dunia (v.19-21). Kemudian, kematian mereka di antara dunia dan akhirat (v.22). Akhirnya, Dia menyatakan kesudahan mereka di akhirat (v.23-26) dan bagaimana situasi di akhirat berkaitan dengan respon orang di dunia (v.27-31) π Adakah petikan ini suatu ibarat atau kisah benar? Apakah perbezaan dan persamaan di antara mereka? Apakah empat (4) kebenaran tentang dunia akhirat? Apakah tiga (3) ...
Jul 20, 2024β’1 hr 3 minβ’Season 7Ep. 113
Secara ringkas, dalam Lukas 16, Yesus Mesias mengajar tentang bagaimana untuk menggunakan kekayaan dunia (v.1-12) dan bagaimana untuk TIDAK digunakan oleh kekayaan, iaitu menjadi hamba kekayaan (v.13-15). Kemudian, Dia mengajar tentang topik Hukum Taurat dan perkahwinan-perceraian (v.16-18). Apakah kaitannya diantara topik kekayaan, Hukum Taurat dan perceraian? Bagaimana firman Yesus ini mencabar orang Farisi (v.14) yang ada di sana? π€ Sebenarnya, ianya sangat relevan untuk kita juga pada masa ...
Jul 17, 2024β’40 minβ’Season 7Ep. 112
βSeorang hamba tidak mungkin mengabdi diri kepada dua orang tuan. Dia akan membenci yang seorang dan mengasihi yang lain; atau akan setia kepada yang seorang dan mencela yang lain. Demikianlah, kamu tidak dapat menjadi hamba Allah dan juga hamba kekayaan" (Lukas 16:13). Dalam petikan sebelum ini, Yesus Mesias berfirman tentang bagaimana untuk "menggunakan kekayaan" (v.9) π° Di sini, Dia memberi peringatan untuk TIDAK digunakan oleh kekayaan πΈ Bagaimana untuk menggunakan kekayaan tetapi tidak me...
Jul 11, 2024β’33 minβ’Season 7Ep. 111
Yesus Mesias bertanya kepada orang yang dirasuki itu, "Siapakah namamu?" Dia (atau mereka) menjawab, "Legion" kerana dia telah dirasuk oleh "ramai roh iblis" (Lukas 8:30). "Legion" ialah bukan nama tetapi bilangan. Kerana Yesus ialah Anak Allah Yang Maha Tinggi (8:28), mereka harus menjawab. Tetapi kerana roh-roh Iblis ialah roh-roh memberontak dan intimidasi, mereka ingin mencabar-Nya dengan menyatakan bilangan mereka. Namun begitu, Yesus tetap menang! πͺ Untuk mendengar episod podcast berkaita...
Jul 09, 2024β’39 min
Ramai orang berkata bahawa ibarat dalam Lukas 16 ini sangat sukar untuk ditafsirkan. Contohnya, ada yang tertanya-tanya kenapa Yesus Mesias seakan-akan memuji tindakkan "pengurus yang tidak jujur" (v.8)? π€ Dan kenapa Dia menambah dengan berkata perbuatannya "cerdik"? π€¨ Tetapi sebenarnya, ia agak mudah untuk ditafsirkan apabila kita tahu tiga (3) hal ini: 1) KARAKTER PENCERITA, iaitu, Yesus sendiri βοΈ 2) PARA PENDENGAR utama ibarat ini βοΈ dan 3) KESIMPULAN AKHIR yang memberi fokus kepada mesej ...
Jul 07, 2024β’1 hrβ’Season 7Ep. 110
Anak bongsu dalam Lukas 15 sudah "mati" dan "hilang" apabila dia pergi menjual harta pusaka bapanya dan merantau ke negeri yang jauh (v.13). Tetapi apabila dia bertaubat dan kembali semula, bapanya berkata, "Anakku ini telah mati dan hidup kembali; dia telah hilang dan ditemukan kembali" (v.24 dan 32) π Tetapi tahukah kamu bahawa anak sulung juga sudah "mati" dan "hilang" walaupun dia masih bersama dengan bapanya? π€ Wataknya diperkenalkan apabila dia sedang "bekerja di ladang" (v.25) iaitu di ...
Jun 30, 2024β’49 minβ’Season 7Ep. 109
Yesus Mesias ialah GURU yang genius. Dia menceritakan suatu ibarat dengan sangat menarik dan penuh dengan kebenaran π Yesus ialah PENYELAMAT yang tulus. Dia mahu agar melalui ibarat ini para 'pendengar' iaitu para pendosa diselamatkan dan para guru agama bergembira apabila seorang yang berdosa bertaubat π« Yesus ialah ANAK ALLAH yang menunjukkan hati Bapa. Sebagaimana anak bongsu yang telah 'mati' dan 'hilang' dalam ibarat ini mencerminkan keadaan kita (dahulu atau) sekarang, Bapa rindu agar ki...
Jun 24, 2024β’59 minβ’Season 7Ep. 108
Dalam Kitab Mazmur, apabila orang "berseru kepada TUHAN (YHWH) dalam kesusahan mereka, [Dia akan] membawa mereka keluar daripada segala keazaban mereka. Dia menenangkan ribut; maka laut tidak bergelora lagi. Maka mereka bersukacita kerana telah tenang..." (107:28-30a). Yesus Mesias juga melakukan hal yang sama. Yesus "mengherdik angin dan ombak yang bergelora itu. Ribut itu pun berhenti dan segalanya tenang" (Lukas 8:24) π² Ini soalan Yesus kepada para murid-Nya - dan kepada kita juga - "Dimanak...
Jun 19, 2024β’28 min
Yesus Mesias bukan hanya ingin menyelamatkan orang berdosa secara amnya tetapi juga orang hipokrit β€οΈ Kepada orang Farisi dan ahli-ahli Taurat, Dia mahu mereka berfikir: "Jika seorang antara kamu mempunyai 100 ekor domba lalu kehilangan 1, apakah yang akan dilakukannya?" (Lukas 15:4); "Atau... mempunyai 10 keping wang perak kehilangan 1, apakah yang akan dilakukannya?" (v.8) π€ Kepada para pemungut cukai dan orang yang berdosa pula, Dia mahu mereka sedar bahawa TUHAN dan para malaikat-Nya akan b...
Jun 18, 2024β’56 minβ’Season 7Ep. 107
Apabila Yesus Mesias menyatakan kebenaran, Dia tidak hanya berkata tentang hal-hal yang indah tetapi juga realiti yang disebaliknya. Contohnya, Dia berfirman tentang menikmati hidup kekal atau menanggung hukuman kekal; bertaubat dan diselamatkan atau enggan dan binasa; masuk ke dalam kerajaan syurga atau dihumban ke neraka; dianiaya kerana mengikuti-Nya atau disukai kerana menyangkal-Nya. Semua ini bergantung kepada respon kita kepada-Nya βοΈ Oleh itu, sebelum kamu - yang berada di hujung-hujung ...
Jun 14, 2024β’57 minβ’Season 7Ep. 106
Lukas 8:19-21, "Ibu Yesus dan saudara-saudara-Nya datang tetapi mereka tidak dapat bertemu dengan-Nya kerana kesesakan orang ramai. Yesus diberitahu, 'Ibu dan saudara-saudara-Mu ada di luar dan hendak bertemu dengan-Mu.' Yesus menjawab kepada mereka, 'Ibu-Ku dan saudara-saudara-Ku ialah mereka yang mendengar firman Allah dan melaksanakannya.'" Untuk mendengar episod podcast berkaitan dengan petikan ini, PERGI KE π https://open.spotify.com/episode/5VxERDKYpXpEiB6cMueFAH?si=rXpSIUoCSHuCQM6tgz6hOg...
Jun 14, 2024β’22 min
Ada seorang, setelah mendengar kata-kata Tuhan Yesus Mesias, berkata dengan lantang: "Diberkatilah orang yang akan dijamu dalam kerajaan Allah" (Lukas 14:15). Kenyataan ini benar dan Alkitabiah tetapi adakah dia - malah kamu dan saya - pasti atau benar-benar yakin akan berada di sana? π€ Apakah yang dimaksudkan dengan "jamuan dalam kerajaan Allah"? Siapakah orang yang dijemput? Bagaimana orang (dahulu dan sekarang) meresponi jemputan itu? Akhirnya siapa yang akan pergi dan "dijamu"? Dan lebih pe...
Jun 10, 2024β’54 minβ’Season 7Ep. 105
Jika kamu pergi ke kitab Injil Lukas bab 8, kamu akan melihat ada tajuk yang diberikan "Ibarat tentang Seorang Penyemai" atau "Perumpamaan tentang Seorang Penabur." Mungkin kamu tidak tahu atau tidak sedar atau kadang-kadang lupa bahawa tajuk itu ialah bukan sebahagian daripada firman Allah. Ia diberikan supaya kita boleh mengetahui gambaran besar tentang petikan firman itu. Apabila saya mengkaji petikan dalam Lukas 8:4-15, sebenarnya ia BUKAN ibarat tentang "Seorang Penabur" atau "Benih yang Di...
Jun 07, 2024β’45 min
"Apabila mengadakan suatu majlis makan... janganlah jemput [orang] yang kaya kerana mereka akan menjemputmu pula dan itulah sahaja balasan atas perbuatanmu. Apabila mengadakan suatu jamuan, jemputlah orang miskin, orang kudung, orang tempang dan orang buta" (Lukas 14:12-13) π€¨ Strategi yang kurang bijak β tetapi mendapat berkat dan balasan daripada Allah! βοΈ Dalam era media sosial, publisiti dan sikap mementingkan diri pada masakini, adakah firman Yesus Mesias ini masih relevan? Ada tiga pengaja...
May 29, 2024β’34 minβ’Season 7Ep. 104
Yesus Mesias penah berkata kepada orang ramai: "Ketika Anak Manusia datang, Dia makan dan minum lalu kamu berkata, 'Lihatlah Dia ini... kawan kepada pemungut cukai dan orang berdosa'" (Lukas 7:34). Ini ialah tanggapan orang ("kamu berkata") yang negatif dan TIDAK BENAR kalau mereka berfikir bahawa Yesus meluangkan banyak masa, memiliki carahidup, dan mengeyakan dosa mereka β Tetapi, tanggapan ini lama-kelamaan menjadi panggilan yang positif kerana MEMANG BENAR bahawa Yesus mengasihi, mendekati d...
May 26, 2024β’39 min
Lukas 14:1 dikatakan "orang terus memerhatikan Yesus dengan teliti" seperti burung helang atau anjing yang mengintai mangsanya! Ayat 7 pula dikatakan "Yesus melihat bagaimana tetamu memilih tempat duduk yang terbaik" atau tempat-tempat kehormatan dalam jamuan. Kedua-dua pihak sedang melihat tetapi Yesus lebih 'bahaya' lagi! Manusia hanya boleh melihat luaran dan membuat anggapan, tetapi Yesus boleh mengetahui isi hati (Lukas 11:17) dan fikiran (5:22, 6:8) manusia. Mata Yesus lebih 'bahaya'! Oleh...
May 22, 2024β’41 minβ’Season 7Ep. 103
Untuk mengkaji petikan ini dengan lebih mendalam lagi, dengar episod podcast berikut: Beriman Tetapi Ada Keraguan (Lukas 7 ayat 18 hingga 23) π https://open.spotify.com/episode/6D30hVLbwfL5zuI0i7bdrp?si=x9OyiKDMQy-PT4IbAifeRg Yang Terkecil dalam Kerajaan Allah Lebih Besar daripada Yohanes Pembaptis (Lukas 7 ayat 24 hingga 28) π https://open.spotify.com/episode/603UnWJbwlYwu5gARLhGFu?si=94vwlyAzTom95dda3rhZUA Orang-Orang Pada Generasi Ini Seperti... (Lukas 7 ayat 29 hingga 35) π https://open.s...
May 21, 2024β’39 min
"Pada hari Sabat Yesus pergi makan di rumah seorang Farisi yang terkemuka" (Lukas 14:1a). Kemudian kita diberitahu: "Orang terus memerhatikan Yesus dengan teliti" (v.1b). Mereka mengamati dan mengawasi setiap perbuatan dan perkataan Yesus seperti burung helang - atau anjing! - yang mengintai mangsanya π§ Mereka tidak peduli tentang mukjizat kesembuhan yang boleh dilakukan oleh Yesus tetapi peduli samada Dia akan melakukannya pada hari Sabat! Bagi mereka - dan sekarang juga - hukum Allah (seperti...
May 18, 2024β’34 minβ’Season 7Ep. 102
Untuk mengkaji petikan ini, Lukas 7:1-17, dengan lebih mendalam lagi, dengar episod podcast ini: Iman Yang Mengagumkan Yesus Mesias (Lukas bab 7 ayat 1 hingga 10) π https://spoti.fi/3qSKZqk Yesus Mesias Membangkitkan Orang Mati (Lukas bab 7 ayat 11 hingga 17) π https://spoti.fi/3PkOj6N #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
May 16, 2024β’38 min
"Yerusalem, Yerusalem!" keluh Yesus Mesias, "Kamu membunuh nabi dan merejam utusan Allah. Sudah berapa kali Aku ingin mengumpul anak-anakmu seperti seekor ibu ayam mengumpul anak-anaknya di bawah sayapnya, tetapi kamu tidak mahu" (Lukas 13:34) π Ini kerinduan Yesus "Aku ingin" tetapi ini keengganan mereka - dan yang menolak Mesias sekarang juga - "tidak mahu" β Berapa kali Yesus "ingin" mengumpulkan mereka? Kenapa Yesus memanggil Herodes "si musang" dan diri-Nya seperti "seekor ibu ayam"? Apaka...
May 15, 2024β’57 minβ’Season 7Ep. 101
Ini ialah siri video perbincangan bersama dengan beberapa ahli persekutuan pengajian Alkitab #DugDownDeep dimana kami tentang apa yang telah kami pelajari, renungan peribadi, dan hal yang boleh diaplikasi melalui Injil Lukas. Dalam video ini, kita akan melihat Lukas bab 6 ayat 43 hingga 49: β’ Klip pendek dari The Gospel of Luke (LUMO) versi TB 0:00 β’ Melalui pengalaman kamu sendiri atau melalui pemerhatian kamu, bagaimana kenyataan Yesus, "yang diluahkan mulutnya meluap daripada hatinya" benar? ...
May 14, 2024β’46 min
Ketika Yesus Mesias dalam perjalanan ke Yerusalem dan sedang mengajar, ada seorang bertanya kepada-Nya, "Tuan, adakah segelintir sahaja yang akan diselamatkan?" (Lukas 13:23) atau "Tuhan, sedikit sajakah orang yang diselamatkan?" (TB) π€ Isu keselamatan ialah salah satu topik teologi yang seringkali dibincangkan oleh para rabbi pada ketika itu. Orang ini bertanya tentang teologi tetapi Yesus menjawab secara realiti π₯ Apakah maksud "diselamatkan" dalam Alkitab? Apakah beberapa kebenaran yang bes...
May 10, 2024β’1 hr 1 minβ’Season 7Ep. 100
Ini ialah siri video perbincangan bersama dengan beberapa ahli persekutuan pengajian Alkitab #DugDownDeep dimana kami tentang apa yang telah kami pelajari, renungan peribadi, dan hal yang boleh diaplikasi melalui Injil Lukas. Dalam video ini, kita akan melihat Lukas bab 6 ayat 27 hingga 42: β’ Klip pendek dari The Gospel of Luke (LUMO) versi TB 0:00 β’ Berdasarkan, ayat 27-38. Apa yang masih mengejutkan, mencabar & memberi harapan kepada kamu tentang mengasihi musuh? 3:33 β’ Berdasarkan ayat 39...
May 06, 2024β’50 min
Apabila Yesus Mesias menyembuhkan "seorang perempuan yang dirasuk oleh sesuatu roh yang melemahkannya [nanti Yesus berkata, "dibelenggu Iblis"] selama 18 tahun" yang "belakangnya bongkok lipat dua dan tidak dapat berdiri tegak" (Lukas 13:11), respon ketua saumaah ialah "marah" atau "geram"! π‘ Kenapa? "...kerana Yesus menyembuhkan orang pada hari Sabat" (v.14). Ini missing the point! Mari saya terangkan - apa sebenarnya yang terjadi kepada perempuan itu, kenapa ketua saumaah itu bertindak sedemi...
Apr 29, 2024β’1 hrβ’Season 7Ep. 99
Salah satu isu yang tidak dijelaskan oleh Yesus Mesias dalam Lukas 13:1-5 ialah tentang 'the problem of evil.' Kenapa ada orang Galilea dibunuh semasa mereka sedang mempersembahkan korban kepada Allah? Kenapa hanya 18 orang mati ditimpa oleh menara Siloam dan tidak lebih atau kurang? Kenapa orang baik menderita kesengsaraan dan orang jahat sihat sejahtera? Kenapa ada yang ditimpa malapetaka tetapi yang lain tidak? Adakah Tuhan itu baik dan adil? Kenapa Dia tidak bertindak? Dalam episod ini, saya...
Apr 24, 2024β’49 minβ’Season 7Ep. 98