Para murid Yesus Mesias "bertengkar sesama sendiri tentang siapa antara mereka yang terbesar" (Lukas 9:46). Ini bukan kali yang pertama kerana nanti dikatakan "satu perselisihan timbul dalam kalangan murid itu tentang siapa antara mereka yang dianggar terbesar" (22:24). Adakah ini hanya terjadi kepada para murid Yesus DAHULU sahaja? Tidak! Kamu dan saya tahu bahawa SEKARANG juga hal yang sama sedang terjadi π₯²Pada pandangan saya dan melalui pemerhatian Alkitab, saya mendapati ada 4οΈβ£ empat sikap...
Jan 08, 2024β’41 minβ’Season 7Ep. 70
Yesus berkata kepada para murid-Nya dengan sangat jelas: "Anak Manusia akan diserahkan ke tangan manusia" (Lukas 9:44). Kita tahu maksud kata-kata Yesus ini - Dia akan dibunuh! (rujuk Lukas 9:22). Tetapi kenapa respon mereka ialah "tidak mengetahui maksud kata-kata itu" dan "tidak memahaminya" (9:45)? Ada tiga sebab utama, tetapi mari saya berfokus kepada sebab ketiga 3οΈβ£ iaitu konsep atau idea mereka tentang Mesias (atau Kristus) itu kurang tepat atau tidak secara menyeluruh β jadi, Yesus ialah...
Jan 04, 2024β’35 minβ’Season 7Ep. 69
Di atas bukit, tiga orang murid Yesus Mesias melihat kemuliaan, kesucian dan kebesaran-Nya (Lukas 9:28-36). Tetapi selepas turun dari bukit, mereka bertemu dengan sembilan orang murid yang lain sedang berdepan dengan roh jahat, kekotoran dan ketidakpercayaan (v.37-40). Saya bayangkan Yesus melihat semua orang yang ada di sana apabila Dia berkata: "Hai, kamu generasi yang tidak percaya dan sesat! Berapa lama lagi Aku harus tinggal bersamamu dan bersabar terhadap kamu?" (v.41, AYT). Jika Yesus mel...
Dec 30, 2023β’39 minβ’Season 7Ep. 68
Apabila Petrus melihat Yesus bersama Musa dan Elia, dia berkata: "Tuan, baik sekali kami di sini. Biarlah kami dirikan tiga buah khemah: satu untuk Engkau [Yesus], satu untuk Musa dan satu lagi untuk Elia" (Lukas 9:33). Motif Petrus sangat baik (mungkin juga berkaitan dengan perayaan Pondok Daun) tetapi anggapannya salah. Dengan ingin mendirikan tiga khemah, dia beranggapan bahawa Yesus, Musa dan Elia setara. Ini salah β Sebab itu, Allah Bapa 'mengganggu' tindakkan Petrus dengan meliputi mereka ...
Dec 27, 2023β’42 minβ’Season 7Ep. 67
Salah satu tujuan transfigurasi Yesus di atas bukit adalah supaya (beberapa) murid-murid-Nya dapat memperoleh pemahaman yang lebih besar lagi tentang siapa Dia yang sebenarnya. Selama ini, mereka hanya mengenal Yesus dalam kemanusiaan-Nya, sekarang, mereka melihat keilahian-Nya buat seketika sebelum kematian-Nya. Bagaimana mungkin - kemanusiaan dan keilahian, kematian dan kemuliaan Yesus - boleh terjadi kepada seorang peribadi? Ini sebabnya: identiti Yesus π Mari saya terangkan... π #ServeToLe...
Dec 25, 2023β’31 minβ’Season 7Ep. 66
Bayangkan wajah Yesus Mesias yang seperti manusia biasa dan berpakaian seorang Yahudi yang tinggal di Galilea, Israel, tiba-tiba "wajah-Nya berubah dan pakaian-Nya menjadi putih berkilau-kilauan" (Lukas 9:29). Dalam kitab-kitab Injil yang lain ada menerangkan juga bahawa "wajah-Nya bersinar seperti matahari" (Matius 17:2) dan "pakaian-Nya menjadi putih berkilau-kilauan laksana salji, tiada siapa di bumi ini dapat memutihkan kain sehingga seputih itu" (Markus 9:3) π― Boleh kamu bayangkan bagaiman...
Dec 19, 2023β’43 minβ’Season 7Ep. 65
"Jika seseorang hendak mengikut-Ku," firman Yesus Mesias, "dia harus menyangkal dirinya, memikul salib setiap hari, dan mengikut-Ku" (Lukas 9:23). Ada satu perkataan yang penting dalam petikan ini, iaitu, "jika" atau "if." Ini memberi gambaran bahawa mengikuti Yesus ialah bukan suatu paksaan tetapi sukarela; kerana kasih kurnia-Nya bukan takut masuk neraka. "Jika" kita hendak mengikuti-Nya barulah kita "harus" begini begitu βοΈ Kenapa Yesus menceritakan tentang kematian-Nya (v.22) selepas Petrus ...
Dec 12, 2023β’45 minβ’Season 7Ep. 64
"Menurut orang ramai," tanya Yesus kepada para murid-Nya, "siapakah Aku?" Mereka menjawab bahawa ada yang menyangkakan Dia ialah Yohanes Pembaptis, Elia atau salah seorang nabi (dalam Perjanjian Lama) telah bangkit semula. Jika ditanya kepada orang ramai sekarang, mungkin ada yang menjawab: Nabi Isa Al-Masih, Guru New Age, reinkarnasi Krisna, dan sebagainya. Tetapi Yesus bertanya soalan yang lebih penting lagi kepada mereka. Malah, kepada semua kita sekarang, "Menurut kamu," tanya Yesus. Ya kamu...
Dec 04, 2023β’38 minβ’Season 7Ep. 63
Sebenarnya ada lebih kurang 10 hingga 15 ribu orang yang datang untuk bertemu dengan Yesus Mesias (rujuk Lukas 9:14 & Matius 14:21). Apabila hari mulai malam, sedang Yesus mengajar dan melayani, para murid menyuruh-Nya mengarahkan orang ramai untuk balik dan mencari makanan sendiri. Tetapi Yesus berkata, "Kamulah memberi mereka makanan" (Lukas 9:13) π«΅ Tahukah kamu, akhirnya, firman Yesus ini benar-benar terjadi iaitu para murid-Nya yang akan memberi orang ramai makan? Bagaimana mukjizat ini...
Dec 01, 2023β’56 minβ’Season 7Ep. 62
Dalam pelayanan misi dan penginjilan, satu kebenaran yang asas ialah ini: TUHAN yang memanggil kita akan memberikan kebolehan dan kuasa untuk kita (dengan iman) melakukan panggilan-Nya - dan apabila kita boleh melakukannya, kita harus memberikan segala kemuliaan kepada TUHAN kerana Dialah yang telah membolehkan kita βοΈ Untuk mengetahui di mana saya belajar tentang kebenaran ini π dan enam (6) prinsip pelayanan misi, dengar episod ini! #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
Nov 30, 2023β’49 minβ’Season 7Ep. 61
Ianya memerlukan iman untuk Yairus "sujud pada kaki Yesus dan memohon kepada-Nya supaya datang ke rumahnya kerana anak perempuan tunggalnya... hampir mati" (Lukas 8:41-42). Tetapi apabila orang ramai dan seorang wanita yang menghidap penyakit melambatkan perjalanan Yesus, iman dan kesabaran Yairus diuji. Namun begitu, iman Yairus mungkin dibangkitkan semula apabila dia mendengar Yesus berkata kepada wanita yang telah disembuhkan itu, βAnak-Ku, imanmu telah menyembuhkanmu..." (v.48). Tetapi sekal...
Nov 26, 2023β’45 minβ’Season 7Ep. 60
Sudah 10 tahun seorang wanita ini menghidap penyakit pendarahan yang lama yang berhubungan dengan haidnya yang tidak normal. Ditambahkan pula "walaupun dia telah menghabiskan harta bendanya untuk mendapatkan rawatan daripada beberapa orang tabib, dia tidak dapat disembuhkan oleh sesiapa pun" (Lukas 8:43). Tiada kesembuhan. Tiada harta lagi. Seolah-oleh tiada harapan π Tetapi suatu hari, Yesus Mesias datang ke tempatnya. Wanita ini terus mengambil peluang! Kali ini atau tidak lagi. Seperti wanit...
Nov 10, 2023β’54 minβ’Season 7Ep. 59
Firman Allah menyatakan ketika Yesus Mesias sampai ke daerah Gerasa, Dia didekati oleh seorang lelaki yang telah dirasuki oleh roh-roh iblis. Dia tidak berpakaian, tinggal di gua kubur, dan ada kesan-kesan luka pada tangan serta kakinya kerana dia seringkali dirantai tetapi berjaya diputuskannya. Selepas Yesus menyembuhkan dan membebaskan dia π―, lelaki itu "duduk di kaki Yesus... berpakaian dan sudah siuman" (Lukas 8:35). Ini hal yang sepatutnya memberi sukacita tetapi kenapa orang ramai di dae...
Nov 08, 2023β’45 minβ’Season 7Ep. 58
Yesus Mesias bertanya kepada orang yang dirasuki itu, "Siapakah namamu?" Dia (atau mereka) menjawab, "Legion" kerana dia telah dirasuk oleh "ramai roh iblis" (Lukas 8:30). "Legion" ialah bukan nama tetapi bilangan. Kerana Yesus ialah Anak Allah Yang Maha Tinggi (8:28), mereka harus menjawab. Tetapi kerana roh-roh Iblis ialah roh-roh memberontak dan intimidasi, mereka ingin mencabar-Nya dengan menyatakan bilangan mereka. Namun begitu, Yesus tetap menang! πͺ Apakah ciri-ciri orang yang dirasuki ol...
Nov 06, 2023β’58 minβ’Season 7Ep. 57
Ini ialah siri video perbincangan bersama dengan beberapa ahli persekutuan pengajian Alkitab #DugDownDeep dimana kami berkongsi tentang apa yang telah kami pelajari, renungan peribadi, dan hal yang boleh diaplikasi melalui Injil Lukas. Dalam video ini, kita akan melihat Lukas bab 5 ayat 12 hingga 26: β’ Klip pendek dari The Gospel of Luke (LUMO) versi Indonesia 0:00 β’ Pengenalan & Ringkasan 3:48 β’ Apa beberapa pemerhatian tentang dua kisah penyembuhan ini yang menarik minat kamu? Kenapa? 5:11...
Nov 05, 2023β’40 min
Dalam Kitab Mazmur, apabila orang "berseru kepada TUHAN (YHWH) dalam kesusahan mereka, [Dia akan] membawa mereka keluar daripada segala keazaban mereka. Dia menenangkan ribut; maka laut tidak bergelora lagi. Maka mereka bersukacita kerana telah tenang..." (107:28-30a). Yesus Mesias juga melakukan hal yang sama. Yesus "mengherdik angin dan ombak yang bergelora itu. Ribut itu pun berhenti dan segalanya tenang" (Lukas 8:24) π² Ini soalan Yesus kepada para murid-Nya - dan kepada kita juga - "Dimanak...
Oct 25, 2023β’49 minβ’Season 7Ep. 56
Alkitab menyatakan bahawa "Ibu Yesus dan saudara-saudara-Nya datang tetapi mereka tidak dapat bertemu dengan-Nya" (Lukas 8:19). Siapa "ibu Yesus"? Kita tahu, Maria (Lukas 1-2). Tetapi siapa "saudara-saudara-Nya" ("brothers")? Sekurang-kurangnya ada tiga (3) kemungkinan siapa mereka βοΈ Kenapa mereka "datang" dan "mahu bertemu" dengan Yesus? Kenapa Dia tidak berkata "bapa-Ku"? Menurut Yesus, siapa pula ibu dan saudara-saudara-Nya SEKARANG? π€ #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
Oct 23, 2023β’32 minβ’Season 7Ep. 55
Iman Kristian ialah iman yang EKSKLUSIF. βKamu," firman Yesus Mesias kepada para murid-Nya, "telah diberi anugerah untuk mengetahui rahsia kerajaan syurga, tetapi orang lain diberitahu melalui ibarat, supaya mereka terus melihat tetapi tidak nampak, mereka terus mendengar tetapi tidak mengerti" (Lukas 8:10) π Tetapi pada masa yang sama, ia juga ialah iman yang INKLUSIF seperti apa yang Yesus firmankan melalui ibarat tentang pelita dalam Lukas 8:16. Apakah maksud ibarat ini? Kenapa Yesus berkata...
Oct 21, 2023β’28 minβ’Season 7Ep. 54
Ini ialah siri video perbincangan bersama dengan beberapa ahli persekutuan pengajian Alkitab #DugDownDeep dimana kami berkongsi tentang apa yang telah kami pelajari, renungan peribadi, dan hal yang boleh diaplikasi melalui Injil Lukas. Dalam video ini, kita akan melihat Lukas bab 5 ayat 1 hingga 11 dan ayat 27 hingga 32: β’ Klip pendek dari The Gospel of Luke (LUMO) versi Indonesia 0:00 β’ Pengenalan & Ringkasan 1:56 β’ Kenapa Yesus melakukan mukjizat SELEPAS Dia menyampaikan firman Allah? 3:35...
Oct 20, 2023β’40 min
Jika kamu pergi ke kitab Injil Lukas bab 8, kamu akan melihat ada tajuk yang diberikan "Ibarat tentang Seorang Penyemai" atau "Perumpamaan tentang Seorang Penabur." Mungkin kamu tidak tahu atau tidak sedar atau kadang-kadang lupa bahawa tajuk itu ialah bukan sebahagian daripada firman Allah. Ia diberikan supaya kita boleh mengetahui gambaran besar tentang petikan firman itu. Apabila saya mengkaji petikan dalam Lukas 8:4-15, sebenarnya ia BUKAN ibarat tentang "Seorang Penabur" atau "Benih yang Di...
Oct 19, 2023β’49 minβ’Season 7Ep. 53
Apabila orang ramai datang kepada Yesus Mesias, Dia menceritakan suatu ibarat atau perumpamaan (Lukas 8:4). Ini pelik kerana, jika Dia mahu orang memahami apa yang Dia ajar dan ramai orang yang datang mungkin kurang pengertian, bukankah lebih logik untuk Dia mengajar secara terus terang tanpa berselindung? π€ Apa itu perumpamaan? Bagaimana untuk mentafsir perumpamaan dengan jelas atau dekat dengan maksud petikan yang sebenar? Kenapa Yesus mengajar dengan menggunakan perumpamaan? Bagaimana semua ...
Oct 17, 2023β’44 minβ’Season 7Ep. 52
Ini ialah siri video perbincangan bersama dengan beberapa ahli persekutuan pengajian Alkitab #DugDownDeep dimana kami berkongsi tentang apa yang telah kami pelajari, renungan peribadi, dan hal yang boleh diaplikasi melalui Injil Lukas. Dalam video ini, kita akan melihat Lukas bab 4 ayat 31 hingga 44: β’ Klip pendek dari The Gospel of Luke (LUMO) versi Indonesia 0:00 β’ Pengenalan & Ringkasan 2:34 β’ Apa yang kamu perhatikan dalam pertembungan diantara Yesus dan roh Iblis yang menarik perhatian ...
Oct 10, 2023β’42 min
Dahulu, apabila saya membaca kitab-kitab Injil, saya menyangka bahawa Yesus Mesias hanya ada 12 orang murid. Tetapi sebenarnya Yesus ada para murid lain yang turut bersama-Nya yang terdiri daripada "ramai perempuan" juga (Lukas 8:3). Ini tidak unik tetapi mengejutkan! Pada zaman itu, budaya patriarki sangat tinggi tetapi Dia telah melakukan sesuatu yang baru πͺ Kenapa para murid Yesus sangat berbeza? Apa pandangan - asas dan spesifik - Alkitab tentang perempuan? Bagaimana martabat perempuan sang...
Oct 09, 2023β’46 minβ’Season 7Ep. 51
Yesus Mesias penah berkata kepada orang ramai: "Ketika Anak Manusia datang, Dia makan dan minum lalu kamu berkata, 'Lihatlah Dia ini... kawan kepada pemungut cukai dan orang berdosa'" (Lukas 7:34). Ini ialah tanggapan orang ("kamu berkata") yang negatif dan TIDAK BENAR kalau mereka berfikir bahawa Yesus meluangkan banyak masa, memiliki carahidup, dan mengeyakan dosa mereka β Tetapi, tanggapan ini lama-kelamaan menjadi panggilan yang positif kerana MEMANG BENAR bahawa Yesus mengasihi, mendekati d...
Oct 07, 2023β’54 minβ’Season 7Ep. 50
Kitab-kitab Injil, kalau ditulis oleh orang yang berfikir secara duniawi, akan meninggikan orang yang nampak benar tetapi merendahkan orang yang dianggap jahat. Tetapi kitab-kitab Injil ditulis oleh orang yang diilhami oleh Roh Kudus dan mengenali kebenaran kerana orang yang nampak benar sebenarnya jahat dan orang yang dianggap jahat tetapi beriman akan diperbenarkan oleh TUHAN Allah. Inilah bezanya para pemungut cukai dengan orang Farisi dan ahli-ahli Taurat dalam petikan ini βοΈ Kemudian Tuhan ...
Oct 06, 2023β’53 minβ’Season 7Ep. 49
Ini ialah siri video perbincangan bersama dengan beberapa ahli persekutuan pengajian Alkitab #DugDownDeep dimana kami berkongsi tentang apa yang telah kami pelajari, renungan peribadi, dan hal yang boleh diaplikasi melalui Injil Lukas. Dalam video ini, kita akan melihat Lukas bab 4 ayat 16 hingga 30: β’ Klip pendek dari "Jesus Film Project" 0:00 β’ Pengenalan & Ringkasan 1:30 β’ Secara keseluruhan, apa tentang karakter Yesus yang menarik perhatian kamu? 3:10 β’ Apakah antara perkhabaran "khabar ...
Oct 02, 2023β’37 min
Apabila Yohanes Pembaptis bertanya tentang identiti Yesus Mesias ketika berada di penjara, orang ramai yang mendengar hal itu mungkin beranggapan bahawa Yohanes sudah mulai ragu-ragu atau hampir goyah iman (mungkin ya, mungkin tidak). Tetapi Yesus mempertahankan Yohanes dengan berkata tentang hal-hal yang mulia tentangnya kepada orang ramai πͺ "Aku berkata kepadamu bahawa Yohanes itu lebih besar daripada semua orang yang pernah dilahirkan. Akan tetapi, orang yang terkecil dalam kerajaan Allah le...
Oct 01, 2023β’55 minβ’Season 7Ep. 48
Pada pandangan saya, ketika Yohanes Pembaptis bertanya kepada Yesus Mesias melalui para muridnya, "Adakah Tuan ini orang yang akan datang itu atau perlukah kami menunggu seorang yang lain?" (Lukas 7:19), dia TIDAK semestinya 100% ragu-ragu tentang siapa Yesus. Sekurang-kurangnya ada dua sebab atau faktor lain lagi yang saya kongsikan dalam episod ini. Tetapi tidak dinafikan ada unsur-unsur keraguan dalam soalan Yohanes ini. Dia masih beriman tetapi juga ada keraguan. Kenapa keraguan timbul? Baga...
Sep 28, 2023β’58 minβ’Season 7Ep. 47
Salah satu bukti bahawa Yesus ialah Mesias Anak Allah ialah "orang mati dihidupkan semula" (Lukas 7:22). Tetapi membangkitkan orang mati ialah bukan hal yang pertama kali terjadi dalam Alkitab. Nabi Elia pernah membangkitkan anak seorang balu di Sarfat (1 Raja-Raja 17:7-24) dan begitu juga nabi Elisa membangkitkan anak seorang perempuan Sunem (2 Raja-Raja 4:8-37). Ada banyak persamaan tetapi ada juga banyak perbezaan yang ketara βοΈ Apa yang menjadikan Yesus unik daripada Elia dan Elisa? Apa lima...
Sep 01, 2023β’51 minβ’Season 7Ep. 46
Jika kamu membaca kitab-kitab Injil, kamu akan mendapati bahawa ramai orang kagum (amazed, marvelled) dengan Yesus Mesias. Mereka "kagum akan pengertian dan jawapan-Nya" (Lukas 2:47), "kagum dengan ajaran-Nya" (Lukas 4:32), selepas membangkitkan orang mati mereka "sungguh kagum" dengan-Nya (Markus 5:42) dan sebagainya. Semua respon ini sangat wajar kerana keperibadian, perbuatan dan firman Yesus memang mengagumkan! Tetapi dalam episod kali ini, Yesus pula yang kagum dengan orang lain π² khususny...
Aug 31, 2023β’55 minβ’Season 7Ep. 45