Dalam Lukas 6 ayat 45, Tuhan Yesus Mesias menggambarkan orang yang berkata-kata baik atau jahat sebenarnya datang daripada hatinya. "Yang diluahkan mulutnya, meluap daripada hatinya.” Tetapi dalam ayat 46 pula, Dia menggambarkan orang yang berkata-kata iman tetapi sebenarnya tidak datang daripada hatinya. “Mengapakah kamu memanggil Aku, ‘Tuhan, Tuhan,’ tetapi tidak mematuhi perintah-Ku?" Salah satu ciri pemimpin rohani ialah seorang yang menjaga hati dan perkataannya 😊 Mari saya menerangkan 2 (...
Aug 06, 2023•37 min•Season 7Ep. 44
Ada ramai orang alim dalam media sosial suka berkata: "Walaupun mulut saya jahat, hati saya baik." Adakah ini benar? Hmmm... 🤔 Memang benar ada kalanya orang yang berhati baik terlepas cakap hal-hal yang kurang menyenangkan. Dan ada kalanya juga, orang yang jahat pun boleh mengucapkan kata-kata yang baik dan suci. Tetapi selalunya - secara konsisten dan sifat yang zalim - orang yang bermulut jahat sebenarnya berhati jahat! Longkang tidak boleh menghasilkan taman ✖️ Tuhan Yesus Mesias sendiri be...
Aug 05, 2023•26 min•Season 7Ep. 43
"Mengapakah kamu perhatikan selumbar di mata saudaramu, sedangkan kayu balak di matamu sendiri tidak kamu sedari? Bagaimanakah kamu dapat berkata kepada saudaramu, ‘Biarlah aku keluarkan selumbar itu daripada matamu’ sedangkan kamu tidak nampak sebatang kayu balak terpampang di matamu sendiri? Hai munafik! Keluarkanlah dahulu kayu balak daripada matamu, barulah penglihatanmu terang untuk mengeluarkan selumbar daripada mata saudaramu" (Lukas 6:41-42) Isunya BUKAN tentang jangan mengeluarkan selum...
Jul 26, 2023•45 min•Season 7Ep. 42
Keluaran 34:6-7 menyatakan bahawa: “TUHAN, ya TUHAN, Allah penyayang dan pengasih, panjang sabar, serta berlimpah kasih dan setia; Allah mengukuhkan kasih abadi bagi beribu-ribu orang, mengampunkan kesalahan, pelanggaran, dan dosa, tetapi sekali-kali tidak membebaskan orang yang bersalah daripada hukuman, serta membalas kesalahan ayah kepada anak-anaknya dan cucu-cucunya, kepada keturunan yang ketiga dan yang keempat.” Menurut Yesus Mesias, TUHAN Allah itu BAIK dan BERBELAS KASIHAN (Lukas 6:35-3...
Jul 19, 2023•37 min•Season 7Ep. 41
Tiada ajaran kebenaran yang sangat bertentangan dengan sifat manusia daripada apa yang Yesus Mesias katakan ini: "Kasihilah musuhmu, berbuat baik kepada orang yang membenci kamu; berkatilah orang yang mengutuk kamu dan doakan orang yang menganiayai kamu" (Lukas 6:27-28). Ini ialah firman-Nya, jadi, kita harus mentaatinya ✔️ Tetapi kamu - dan saya - tahu ianya sangat sukar untuk ditaati 😅 Jadi, bagaimana kita BOLEH mentaatinya? Mengapa kita HARUS mengasihi musuh kita? Apa enam (6) hal yang menun...
Jul 17, 2023•52 min•Season 7Ep. 40
Dimana sahaja ada Yesus Mesias, samada melalui perbuatan-Nya atau firman-Nya, Dia memisahkan orang kepada dua pilihan sahaja: menerima atau menolak, percaya atau tidak percaya, keselamatan atau kebinasaan. Tiada pilihan yang netral. Dia berfirman, "Diberkatilah kamu yang miskin...✔️ Tetapi malangnya kamu yang kaya... ✖️" (Lukas 6:20, 24) Kenapa dan kepada siapa khutbah Yesus dalam Lukas 6 ini ditujukan? Siapa yang diberkati dan dikutuk dalam petikan ini? Apa maksud Yesus yang sebenarnya? 🤔 #Ser...
Jul 13, 2023•51 min•Season 7Ep. 39
Dalam Kitab Ulangan 18:18, TUHAN Allah telah berfirman kepada Musa: "Aku akan membangkitkan bagi mereka seorang nabi seperti engkau daripada kalangan saudara mereka. Aku akan memberitahukan kepadanya firman-Ku, dan dia akan menyampaikan kepada mereka semua yang Kuperintahkan kepadanya." Nabi yang seperti Musa itu ialah Yesus Mesias ✔️ Oleh itu, sebagaimana Musa memimpin 12 suku Israel, begitu juga, Yesus - Musa yang baru - memimpin 12 orang rasul 😊 Tetapi bezanya Musa ialah hanya hamba Allah, Y...
Jul 10, 2023•44 min•Season 7Ep. 38
Ini ialah siri video perbincangan bersama dengan beberapa ahli persekutuan pengajian Alkitab #DugDownDeep dimana kami berkongsi tentang apa yang telah kami pelajari, renungan peribadi, dan hal yang boleh diaplikasi melalui Injil Lukas. Dalam video ini, kita akan melihat Lukas bab 3 ayat 15 hingga 38: • Klip pendek dari "Jesus Film Project" 0:00 • Berdasarkan ayat 15 hingga 20, apa beberapa hal yang menarik perhatian kamu tentang Kristus (Mesias) menurut kesaksian Yohanes? 5:38 • Berdasarkan ayat...
Jul 07, 2023•43 min
Ini ialah siri video perbincangan bersama dengan beberapa ahli persekutuan pengajian Alkitab #DugDownDeep dimana kami berkongsi tentang apa yang telah kami pelajari, renungan peribadi, dan hal yang boleh diaplikasi melalui Injil Lukas. Dalam video ini, kita akan melihat Lukas bab 3 ayat 1 hingga 14: • Video pendek yang diambil dari filem 'Jesus of Nazareth' (1977) 0:00 • Berdasarkan latarbelakang ayat 1, bagaimana ayat 2 ini boleh memberi harapan kepada umat Israel pada ketika itu? 4:07 • Bagaim...
Jul 06, 2023•47 min
Saya pernah menonton dan membaca beberapa orang pendeta bersikap sangat kritikal (pada pandangan mereka sendiri kononnya 'Alkitabiah') terhadap seorang pendeta yang popular hanya kerana berbeza pendapat tentang doktrin-doktrin sekunder. Mereka langsung tidak peduli atau memandang ringan impak positif pendeta itu dalam memenangkan ramai jiwa bagi Yesus! Orang Farisi dan ahli-ahli Taurat tidak peduli samada Yesus Mesias boleh menyembuhkan orang daripada pelbagai penyakit. Mereka tidak melihat bela...
Jun 30, 2023•38 min•Season 7Ep. 37
Ada orang mengatakan bahawa: Oleh kerana Yesus ialah "Tuhan atas hari Sabat" (Lukas 6:5), Dia boleh melanggar hukum hari Sabat. Ini TIDAK BENAR dan ajaran yang PALSU ✖️ Yesus sempurna bukan hanya dari segi kemanusiaan-Nya dan karakter-Nya tetapi juga dari segi ketaatan-Nya. Dia tidak akan melanggar Hukum Taurat ✔️ Jadi, apa yang dimaksudkan oleh orang Farisi bila mereka menuduh dan bertanya: “Mengapakah kamu melakukan sesuatu yang dilarang pada hari Sabat?” (Lukas 6:2) 🤔 #ServeToLead #PreachThe...
Jun 28, 2023•39 min•Season 7Ep. 36
Beberapa orang Farisi* berkata: “Murid-murid Yohanes kerap kali berpuasa dan berdoa. Demikian juga murid orang Farisi. Tetapi murid-murid-Mu ini terus makan dan minum sahaja" (Lukas 5:33). Bukan hanya Yesus Mesias dan murid-murid-Nya makan dengan para pemungut cukai dan orang berdosa, malah, mereka seolah-olah tidak mengikuti disiplin keagamaan seperti orang Farisi pada ketika itu. Apa respon Yesus dengan kenyataan mereka ini? Siapa Yesus menurut Yesus sendiri? Kenapa para murid Yesus berbeza? �...
Jun 25, 2023•51 min•Season 7Ep. 35
Yesus Mesias berkata: “Orang sakitlah yang memerlukan tabib, bukannya orang sihat. Aku datang bukannya untuk memanggil orang benar, tetapi orang berdosa, supaya mereka bertaubat" (Lukas 5:31-32) 🙏 "Aku datang" kata Yesus dan inilah yang dilakukan-Nya apabila Dia yang datang memanggil Lewi yang "sedang duduk di tempat memungut cukai" (v.27). Kenapa pemungut cukai sangat dibenci oleh kebanyakkan orang Yahudi semasa Perjanjian Baru? Apa yang kita boleh belajar tentang pemuridan daripada Lewi? Sang...
Jun 21, 2023•53 min•Season 7Ep. 34
Ini ialah siri video perbincangan bersama dengan beberapa ahli persekutuan pengajian Alkitab #DugDownDeep dimana kami berkongsi tentang apa yang telah kami pelajari, renungan peribadi, dan hal yang boleh diaplikasi melalui Injil Lukas. Dalam video ini, kita akan melihat Lukas bab 2 ayat 41 hingga 52: • Video pendek yang diambil dari filem 'Jesus of Nazareth' (1977) 0:00 • Setelah apa yang mereka alami dan dengar tentang Yesus, pada pandangan kamu, bagaimana rasanya menjadi ibubapa-Nya? 5:08 • Si...
Jun 13, 2023•44 min
Jika kamu berdosa terhadap saya, saya boleh mengampuni dosa kamu: "Jika kamu mengampuni orang yang bersalah terhadapmu, Bapamu yang disyurga akan mengampunkan kesalahanmu juga" (Matius 6:14). Tetapi ada seorang yang lumpuh dibawa kepada Yesus Mesias - ini kali pertama dia berjumpa dengan Yesus dan tidak dinyatakan bahawa dia berdosa terhadap Yesus - dan Dia berkata kepada orang itu: "Saudara, dosamu telah diampunkan" (Lukas 5:20). "Tiada siapa boleh mengampunkan dosa kecuali Allah!" tegas orang ...
Jun 09, 2023•57 min•Season 7Ep. 33
Apabila seorang yang berpenyakit kusta melihat Yesus Mesias, dia meniarap atau bersujud atau tersungkur lalu merayu kepada-Nya, dan dia mengucapkan sesuatu yang akan mengubah hidupnya: “Tuan, jika Tuan mahu, Tuan dapat mentahirkanku" (Lukas 5:12) 🙏 Apa stigma, prejudis dan penganiayaan yang dialami oleh orang yang berpenyakit kusta pada masa itu? Bagaimana sikap dia datang kepada Yesus? Kita tahu Yesus boleh menyembuhkan atau mentahirkan kita, tetapi, adakah Dia baik? Adakah Dia mahu? 🤔 #Serve...
Jun 06, 2023•45 min•Season 7Ep. 32
Ini ialah siri video perbincangan bersama dengan beberapa ahli persekutuan pengajian Alkitab #DugDownDeep dimana kami berkongsi tentang apa yang telah kami pelajari, renungan peribadi, dan hal yang boleh diaplikasi melalui Injil Lukas. Dalam video ini, kita akan melihat Lukas bab 2 ayat 21 hingga 40: • Video pendek berdasarkan ayat 25 hingga 31 0:00 • Ringkasan 3:35 • Beberapa kali Alkitab menyatakan bahawa Yusuf dan Maria melakukan hal "menurut ketetapan Hukum Taurat." Apa yang menarik perhatia...
May 31, 2023•43 min
Simon Petrus pernah menyaksikan sendiri bagaimana Yesus Mesias mengajar Firman Allah dengan penuh wibawa, membentak demam, mengusir roh-roh jahat, dan menyembuhkan pelbagai penyakit. Tetapi ada sesuatu tentang mukjizat yang dilakukan oleh Yesus di dalam perahunya yang membuatkan dia berkata: “Tinggalkan hamba, ya Tuhan, kerana hamba seorang yang berdosa!” (Lukas 5:8) 🤔 Kenapa Simon berkata begitu? Apa respon Yesus kepadanya? Bagaimana kita - para pengikut Yesus - boleh "menjala manusia"? 🐟🫂📖...
May 31, 2023•59 min•Season 7Ep. 31
Yesus Mesias sangat sibuk mengkhabarkan Firman Allah dan seringkali Dia melayani ramai orang, contohnya: "[Semua] orang yang menghidap pelbagai penyakit dibawa kepada Yesus. Dia meletakkan tangan-Nya pada setiap orang dan menyembuhkan mereka" (Lukas 4:40). Tetapi Dia juga seringkali setiap awal pagi "pergi ke tempat sunyi" (4:42) 🔇 Dalam episod ini, kita akan melihat kepentingan Firman Allah dalam pelayanan, konsep kesembuhan yang Alkitabiah, dan keperluan untuk kita mengambil masa sunyi ✔️ Sem...
May 24, 2023•48 min•Season 7Ep. 30
Point utama dalam petikan Lukas 4:31-37 ialah ayat 36, orang ramai berkata: “Betapa hebat kata-kata-Nya! Dengan penuh wibawa dan kuasa Dia memerintah roh-roh jahat itu, mereka terus keluar.” Fokusnya BUKAN tentang orang yang dirasuki oleh roh jahat itu TETAPI kata-kata yang keluar daripada mulut Yesus Mesias yang penuh wibawa, kuasa dan autoriti 💪 Apa yang lebih mustahak lagi daripada menghalau roh-roh jahat dalam pelayanan Kristian? Kenapa kesaksian roh-roh jahat tidak penting walaupun ianya b...
May 23, 2023•49 min•Season 7Ep. 29
Dengan berkata, “Pada hari ini ayat Kitab Suci ini telah terlaksana ketika kamu mendengarnya" (Lukas 4:21), Yesus sebenarnya mengakui dan mengisytiharkan bahawa Dia ialah Mesias yang telah dinubuatkan dalam Firman Allah. Tentang perbuatan Yesus, orang Nazaret "menyanjung Dia"; tentang percakapan Yesus, mereka "mengagumi kata-kata indah yang diucapkan-Nya"; tetapi tentang pengakuan-Nya - Aku ialah Mesias! - mereka mulai meragui-Nya, “Bukankah Dia anak Yusuf?” (rujuk Lukas 4:22). Kenapa? 🤔 #Serve...
May 22, 2023•53 min•Season 7Ep. 28
Pada hari Sabat, Yesus membaca Kitab Suci TENTANG Mesias dan SEBAGAI Mesias: “Roh Tuhan ada pada-Ku kerana Dia telah mengurapi Aku untuk memberitakan khabar baik kepada orang miskin; Dia telah mengutus Aku untuk mengumumkan pembebasan kepada orang tawanan, penyembuhan kepada orang buta, kelepasan bagi orang yang tertindas, dan mengisytiharkan tahun keredaan Tuhan!” (Lukas 4:18-19, Yesaya 62:1-2a). Misi Yesus ialah kepada orang miskin, orang tawanan, orang buta dan orang yang tertindas. Apa yang ...
May 22, 2023•39 min•Season 7Ep. 27
"Yesus penuh dengan Roh Kudus, kembali dari Sungai Yordan dan dipimpin oleh Roh ke padang gurun. Selama empat puluh hari, Dia digoda oleh Iblis..." (Lukas 4:1-2). Apa yang berlaku selepas Yesus dibaptiskan? Dia dicubai. Siapa yang membawa Yesus ke padang gurun? Roh Kudus. Siapa yang menggodai Yesus? Iblis. Persoalannya ialah KENAPA? 🤔 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
May 08, 2023•59 min
Ini ialah siri video perbincangan bersama dengan beberapa ahli persekutuan pengajian Alkitab #DugDownDeep dimana kami berkongsi tentang apa yang telah kami pelajari, renungan peribadi, dan hal yang boleh diaplikasi melalui Injil Lukas. Dalam video ini, kita akan melihat Lukas bab 2 ayat 8 hingga 20: • Yesus telah lahir! 0:00 • Pengenalan untuk petikan ini 1:25 • Apa beberapa pemerhatian menarik yang kamu dapat melalui interaksi/dialog diantara sesama para gembala dan para malaikat ini? 2:48 • Ba...
May 07, 2023•55 min
Mungkin apabila kamu membaca banyak nama-nama dalam senarai nenek moyang atau silsilah keluarga Yesus Mesias dalam Lukas bab 3 ini kamu menjadi keliru, mulai bosan dan terus melangkau petikan ini? Jika ya, kamu seperti saya dahulu 🤭 Tetapi selepas saya mengkaji salsilah ini dengan lebih lagi, ternyata, ia sangat penting, menarik dan relevan untuk kita - orang Kristian - masakini 💪 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
May 03, 2023•55 min
Ini ialah siri video perbincangan bersama dengan beberapa ahli persekutuan pengajian Alkitab #DugDownDeep dimana kami berkongsi tentang apa yang telah kami pelajari, renungan peribadi, dan hal yang boleh diaplikasi melalui Injil Lukas. Dalam video ini, kita akan melihat Lukas bab 2 ayat 1 hingga 7: 0) Three Little Birds - cover by Rylyn Clark 0:00 1) Ringkisan untuk petikan ini 1:27 2) Bagaimana elemen Nubuat dan Sejarah dalam kelahiran Yesus Mesias boleh mendorong kamu untuk terus percaya kepad...
Apr 30, 2023•39 min
Ini ialah siri video perbincangan bersama dengan beberapa ahli persekutuan pengajian Alkitab #DugDownDeep dimana kami berkongsi tentang apa yang telah kami pelajari, renungan peribadi, dan hal yang boleh diaplikasi melalui Injil Lukas. Dalam video ini, kita akan melihat Lukas bab 1 ayat 57 hingga 80: 0) Children pray the Disciples' Prayer 0:00 1) Ringkasan untuk petikan ini 2:22 2) Apa beberapa pemerhatian yg menarik bagi kamu sekitar kisah kelahiran Yohanes Pembaptis dlm ayat 57-66? 4:20 3) Dar...
Apr 30, 2023•45 min
Kita telah diberitahu bahawa baptisan Yohanes ialah "satu baptisan pertaubatan untuk pengampunan dosa" (Lukas 3:3). Kita juga tahu bahawa Yesus Mesias "tidak melakukan dosa" (1 Petrus 2:22, Ibrani 4:15), "tidak mengenal dosa" (2 Korintus 5:21), dan "dalam diri-Nya tiada dosa" (1 Yohanes 3:5). Jadi, kenapa Dia mahu dibaptiskan oleh Yohanes di Sungai Yordan? Untuk mengetahui kenapa dan beberapa hal lagi tentang baptisan menurut Alkitab, dengar episod podcast ini ✔️ #ServeToLead #PreachTheWord #Inj...
Apr 28, 2023•42 min
Ini ialah siri video perbincangan bersama dengan beberapa ahli persekutuan pengajian Alkitab #DugDownDeep dimana kami berkongsi tentang apa yang telah kami pelajari, renungan peribadi, dan hal yang boleh diaplikasi melalui Injil Lukas. Dalam video ini, kita akan melihat Lukas bab 1 ayat 39 hingga 56: 0) I'm on the Winning Side oleh Dr. Curtis Hutson 0:00 1) Ringkasan untuk petikan ini 3:13 2) Apa beberapa pemerhatian kamu tentang hubungan, interaksi dan kata-kata yang diucapkan oleh Maria dan El...
Apr 18, 2023•41 min
"Aku ini membaptis kamu dengan air," kata Yohanes Pembaptis kepada orang ramai, "tetapi seorang yang lebih berkuasa daripadaku akan datang... Dialah yang akan membaptis kamu dengan Roh Kudus dan api" (Lukas 3:16). Kenapa orang ramai menyangka bahawa Yohanes ialah Kristus? Sejauh mana kekuasaan dan kerendahan hati Kristus berbanding dengan Yohanes? Dan apakah sebenarnya (menurut konteks) yang dimaksudkan dengan Kristus akan membaptis dengan Roh Kudus dan api? 🕊️🤔🔥 #ServeToLead #PreachTheWord #...
Apr 17, 2023•47 min