LEGASI.tv Podcast - podcast cover

LEGASI.tv Podcast

Richard Angelusyoutube.com
LEGASI.tv Podcast komited untuk memberitakan Firman Allah (2 Timotius 4:2) melalui eksposisi Alkitab dari bab ke bab, ayat ke ayat dalam Bahasa Malaysia supaya para pendengar boleh mengenal Yesus Kristus dan datang kepada-Nya sebagai Tuhan dan Juruselamat #ServeToLead FOLLOW, LIKE, SUBSCRIBE 🤳 FB: https://facebook.com/LEGASI.tv/ IG: https://www.instagram.com/legasi.alkitab YouTube: https://youtube.com/c/LEGASItv TikTok: tiktok.com/@legasi.tv Blog: https://legasitv.blogspot.com/
Last refreshed:
Follow this podcast in the Metacast mobile app to refresh it and see new episodes.
Download Metacast podcast app
Podcasts are better in Metacast mobile app
Don't just listen to podcasts. Learn from them with transcripts, summaries, and chapters for every episode. Skim, search, and bookmark insights. Learn more

Episodes

Lukas 3:3-14 Mesej Baptisan & Buah Pertaubatan oleh Yohanes Pembaptis

Yohanes Pembaptis "pergi ke seluruh daerah Sungai Yordan mengkhabarkan satu baptisan pertaubatan untuk pengampunan dosa" (Lukas 3:3). Diantaranya dia berkata, "Buktikanlah dengan perbuatan bahawa kamu telah bertaubat!" (3:8a). Siapa Yohanes menurut Alkitab? Kenapa dia memilih Sungai Yordan? Apakah yang dimaksudkan dengan baptisan pertaubatan? Untuk mengetahui semua ini dan banyak lagi, dengar episod ini 🤳 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas

Apr 15, 202352 min

Luke 3:3-20 Yohanes Pembaptis, Seeker-Sensitive & Positive-Thinking Church

Kita memerlukan kebijaksanaan dan pimpinan Roh Kudus untuk melakukan apa yang Yohanes Pembaptis lakukan dan katakan dalam Lukas 3 ini. Kita tidak semestinya mencontohinya dalam setiap perkara senantiasa. Namun begitu, ada beberapa prinsip tentang memberitakan Firman Allah yang kita harus contohi daripada Yohanes ✔️ Prinsip-prinsip ini bertentangan dengan beberapa gereja yang dipengaruhi oleh 'seeker-sensitive movement' masakini. Ingin tahu perbezaannya? Dengar episod podcast ini ✔️ #ServeToLead ...

Apr 09, 202342 min

Lukas 3:1-2 Keadaan Politik Semasa Kedatangan Yesus Mesias

Apabila keadaan politik berkucar-kacir dan para pemimpin berebut-rebut untuk mendapatkan kuasa, "pada masa ini, firman Allah datang..." (Lukas 1:2). Apa yang kita boleh perhatikan dan belajar daripada keadaan ini? Kenapa Yesus Mesias datang? Siapa Dia? 💫 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas

Apr 08, 202331 minSeason 7Ep. 20

Perbincangan E.19 Siapa Yesus yang Sebenarnya Menurut Alkitab?

Ini ialah siri video perbincangan bersama dengan beberapa ahli persekutuan pengajian Alkitab #DugDownDeep dimana kami berkongsi tentang apa yang telah kami pelajari, renungan peribadi, dan hal yang boleh diaplikasi melalui Injil Lukas. Dalam video ini, kita akan melihat Lukas bab 1 ayat 31 hingga 35: 0) Ringkasan untuk petikan ini 1:17 1) Penyelamat 3:34 2) Kemanusiaan-Nya 10:00 3) Anak Allah 16:06 4) Mesias/ Kristus/ Anak Daud 22:56 5) Raja segala raja 30:10 6) Anak Manusia (Gelaran) 31:37 7) A...

Apr 02, 202356 min

Lukas 2:39-52 Yesus Budak Bertambah Kuat, Membesar & Bijaksana

Setelah menyatakan bahawa Yesus "semakin membesar dan bertambah kuat serta penuh dengan kebijaksanaan" (Lukas 2:40), Alkitab terus memberi contoh tentang satu peristiwa yang terjadi ketika Dia masih berusia 12 tahun. Apa yang kita boleh pelajari tentang model ibubapa yang ditunjukkan oleh Yusuf dan Maria? Dan model seorang anak yang ditunjukkan oleh Yesus dalam kemanusiaan-Nya? Apakah yang dimaksudkan oleh Yesus apabila Dia memanggil TUHAN sebagai "Bapa-Ku"? #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLuk...

Mar 31, 202351 min

Allah di Syurga, Allah di Bumi

Kalau Yesus ialah TUHAN Allah yang datang ke dunia, siapa yang bertakhta di syurga? #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas

Mar 31, 202321 min

Lukas 2:36-38 Nabiah Hana Sampai Tua Menunggu Kedatangan Mesias

Jika Hana anak Fanuel berkahwin pada usia lebih kurang 13 tahun seperti kebanyakkan orang Israel pada ketika itu, dan dia "berkahwin selama 7 tahun" dan "kemudian menjadi balu sehingga berumur 84 tahun" (rujuk Lukas 2:36-37a), maka, umurnya bila melihat Yesus Mesias ketika Dia masih anak kecil lagi, ialah lebih kurang 104 tahun! Walaupun umur Hana sudah lanjut dan kehidupannya tidaklah seindah mana (ingat, dia menjadi balu lebih lama daripada menjadi isteri!), dia tidak mensia-siakan umurnya unt...

Mar 21, 202332 minSeason 7Ep. 17

Lukas 2:25-35 Simeon, Roh Kudus & Masa Depan Mesias

Roh Kudus telah memberitahu Simeon "bahawa dia tidak akan meninggal dunia sebelum dia melihat Kristus [atau Mesias] yang dijanjikan oleh Tuhan" (Lukas 2:26) 😲 Kita tidak tahu berapa lama dia menunggu untuk firman ini digenapi tetapi kita tahu apabila dia melihat Yesus, dia memuji Tuhan lalu berkata: “Ya Tuhan, sekarang biarlah hamba-Mu pergi dengan sejahtera, menurut firman-Mu: kerana mataku telah melihat penyelamatan-Mu..." (Lukas 2:29-30) FAKTA KEBENARAN: Hidup dan mati Simeon ditentukan oleh...

Mar 19, 202343 min

Perbincangan E.18 Bagaimana Maria Mengajar Kita untuk Taat kepada Tuhan? (Lukas 1:26-38)

Ini ialah siri video perbincangan bersama dengan beberapa ahli persekutuan pengajian Alkitab #DugDownDeep dimana kami berkongsi tentang apa yang telah kami pelajari, renungan peribadi, dan hal yang boleh diaplikasi melalui Injil Lukas. Dalam video ini, kita akan melihat Lukas bab 1 ayat 26 hingga 38: 1) Ringkasan untuk petikan ini 2) Apa kemungkinan perubahan dari segi emosi atau fikiran Maria ketika malaikat itu muncul sampai malaikat itu pergi? 3) Bagaimana respon Maria dalam ayat 38 boleh men...

Mar 19, 202341 min

Lukas 2:21-24 Anak Allah Dilahirkan di Bawah Hukum Taurat

Salah satu sebab, pada pendapat saya, ramai orang tidak mengkaji Lukas 2:21-24 dengan lebih teliti ialah kerana petikan ini banyak berkata tentang "mengikut Hukum Taurat Musa"; "tersurat dalam Hukum Tuhan"; "mengikut apa yang ditetapkan dalam Hukum Tuhan." Ayat "Hukum" menjadikan ramai orang - termasuk orang Kristian sendiri - kurang selesa dan asing bagi mereka. Tetapi kita harus sedar bahawa Yesus Mesias apabila Dia datang ke dunia menjadi manusia, Dia dilahirkan dalam kalangan orang Israel se...

Mar 18, 202335 min

Lukas 2:8-20 Berita Baik (Injil) Kepada Seluruh Umat Manusia

Membawa Berita Baik atau Injil (euangelizomai, Yunani) biasanya diterjemahkan dalam Bahasa Inggeris sebagai to bring Good News, Gospel, Good Tidings. Pada masa Perjanjian Baru, ia digunakan untuk mengumumkan 1) Menang perang; 2) Titah atau pemberitahuan atau kedatangan raja; dan 3) Kelahiran seorang raja atau kerabat diraja. Pada malam kelahiran Yesus, TUHAN Allah melalui seorang malaikat mengumumkan kepada para gembala tentang hal ke-3) itu: "Aku membawa kepadamu Berita Baik (Injil) yang akan m...

Mar 14, 202359 minSeason 7Ep. 14

Perbincangan E.17 Bagaimana Tuhan Mengubah Hidup Zakharia & Elisabet? (Markus 1:5-25)

Ini ialah siri video perbincangan bersama dengan beberapa ahli persekutuan pengajian Alkitab #DugDownDeep dimana kami berkongsi tentang apa yang telah kami pelajari, renungan peribadi, dan hal yang boleh diaplikasi melalui Injil Lukas. Dalam video ini, kita akan melihat Lukas bab 1 ayat 5 hingga 25: 1) Ringkasan untuk petikan ini; 2) Bayangkan kamu berada dalam situasi Zakharia & Elisabet ketika itu bagaimana kemungkinan respon kamu?; 3) Apa tentang Yohanes yang dinyatakan oleh Gabriel yang ...

Mar 13, 202349 min

Perbincangan E.16 Kenapa Mencari Kebenaran tentang Alkitab Itu Penting? (Lukas 1:1-4)

Ini ialah siri video perbincangan bersama dengan beberapa ahli persekutuan pengajian Alkitab #DugDownDeep dimana kami berkongsi tentang apa yang telah kami pelajari, renungan peribadi, dan hal yang boleh diaplikasi melalui Injil Lukas. Dalam video ini, kita akan melihat Lukas bab 1 ayat 1 hingga 4: 1) Ringkasan untuk petikan ini; 2) Bagaimana latarbelakang setiap kita boleh mempengaruhi panggilan kita untuk bersaksi tentang Kristus?; 3) Kenapa proses mencari kebenaran ini penting bagi setiap kit...

Mar 06, 202336 min

Lukas 2:1-7 Yesus Raja & Kaya Rela Menjadi Miskin & Hamba

Ketika Yesus Mesias lahir, Dia dibedung lalu dibaringkan "di dalam sebuah palung kerana tidak ada tempat bagi [Yusuf dan Maria] di rumah tumpangan" (Lukas 1:7). Kisah kelahiran Mesias sangat ringkas dan mudah. Tidak ada unsur-unsur yang pelik seperti mitos atau lagenda. Ini kisah benar dan sahih. Begini ialah cara Dia datang ke dunia... dengan kerendahan hati ✔️ Firman Allah menjelaskan: "Kamu tahu tentang kasih kurnia Tuhan kita Yesus Mesias. Dia kaya, tetapi kerana kamu Dia telah menjadikan di...

Mar 06, 202355 minEp. 13

Lukas 1:67-80 Segala Puji bagi Tuhan, Allah Isreal

Bukti yang jelas seseorang dipenuhi dengan Roh Kudus ialah apabila dia menggunakan mulutnya (jika tiada mulut, maka, seluruh tubuh yang ada akan digunakan) untuk meninggikan Tuhan, memuji Allah, dan bersaksi tentang Yesus Mesias! Menjerit-jerit seperti orang gila, bergembar-gembur tanpa kawalan, dan mulut yang tertutup kerana malu mengakui Yesus ialah BUKAN manifestasi Roh suci dan benar. Contohnya, Alkitab menyatakan apabila Zakharia dipenuhi dengan Roh Kudus, dia bernubuat, "Segala puji bagi T...

Mar 04, 202344 minSeason 7Ep. 12

Lukas 1:57-66 Tangan Tuhan Memimpin Yohanes Pembaptis

Diawal Injil Lukas, kita diberitahu bahawa Elisabet "mandul dan... telah lanjut usia" (1:7). Harapan untuk mendapatkan zuriat sudah lama terkubur dan tidak terlintas daripada fikirannya lagi. Namun begitu, TUHAN Allah ada rencana yang indah bagi dia dan suaminya. Allah berfirman kepada Zakharia, "Isterimu Elisabet akan melahirkan seorang anak lelaki bagimu. Kamu hendaklah menamainya Yohanes" (1:13). Sejak daripada itu sampailah Elisabet mandul dan melahirkan Yohanes Pembaptis, banyak hal yang me...

Feb 28, 202341 minSeason 7Ep. 11

Lukas 1:46-56 Jiwaku Meninggikan Menyelamatku

Salah satu hal yang saya sangat kagum dengan Maria dari Nazaret ialah dia mengasihi TUHAN Allah dengan segenap jiwanya dan memiliki pengetahuan akan Firman Allah dalam hatinya. Nyanyian (atau puisi) yang dinyanyikannya untuk Allah sangat padat dengan latarbelakang Firman Perjanjian Lama ❤️ Memang tidak dinafikan, Allah telah memilih dan melayakkannya - dan dia layak! - untuk menjadi ibu kepada Mesias. Oleh itu Maria bernyanyi, “Jiwaku meninggikan Tuhan; rohku bergembira kerana Allah, Penyelamatk...

Feb 28, 202337 minSeason 7Ep. 10

Perbincangan E.15 Apakah Kaitannya diantara Teologi, Iman & Etika? (Ibrani 13, Akhir)

Teologi harus ada Aplikasi yang dihubungkan melalui Iman. Secara ringkas, Surat Ibrani bab 1 hingga 10 menekankan Teologi Kristian lebih-lebih lagi tentang Kristologi dan bab 13 menekankan Aplikasi atau Etika Kristian. Bab 11 hingga 12 pula menekankan Iman yang menghubungkan Teologi dengan Aplikasi. Teologi tanpa Aplikasi hanya pengetahuan; Aplikasi tanpa Teologi hanya pendidikan moral; Teologi dan Aplikasi melalui Iman ialah Kristianiti yang sebenar 💪 Bila kita sudah memahami konteks dan kaita...

Feb 26, 202358 minEp. 15

Perbincangan E.14 Kenapa Disiplin daripada Allah Bapa Sangat Penting Bagi Kita? (Ibrani 12)

"Tuhan mengajari orang yang dikasihi-Nya, dan menghukum sesiapa yang diterima-Nya sebagai anak" (Ibrani 12:5). "Sesungguhnya, berbahagialah orang yang ditegur Allah. Maka janganlah kaupandang rendah didikan Yang Maha Kuasa" (Ayub 5:17). "TUHAN menegur orang yang dikasihi-Nya, seperti seorang bapa terhadap anak yang dikasihinya" (Amsal 3:12). Apakah persamaan diantara ketiga-tiga petikan ini? TUHAN Allah Bapa "mengajari" atau "menegur" atau - ayat yang lebih sesuai dengan maknanya - "mendisiplin"...

Feb 24, 202355 minEp. 14

Lukas 1:39-45 Pertemuan diantara Maria, Elisabet dan Roh Kudus

Alkitab menyatakan: "Apabila Elisabet mendengar salam Maria, anak dalam kandungannya bergerak-gerak dan Elisabet dipenuhi Roh Kudus" (Lukas 1:41). Ini mungkin bukan kali pertama mereka berjumpa tetapi ini kali pertama mereka mengalami keadaan dan situasi yang sama: 1) TUHAN Allah telah bersuara; 2) Anak dalam kandungan mereka luar biasa; dan 3) Mereka menunjukkan iman percaya. Mari kita melihat apa yang terjadi kepada mereka dan menjawab dua soalan utama ini: Bagaimana kita boleh mengenalpasti s...

Feb 18, 202330 minSeason 7Ep. 9

Perbincangan E.13 Bagaimana Iman Menurut Alkitab Harus Ditunjukkan? (Ibrani 11)

Dalam video ini, berdasarkan Ibrani bab 11, kami berkongsi tentang: • Salah satu atau beberapa definasi iman (faith) yang telah dipelajari dan difahami setakat ini • Siapakah karakter atau watak yang menarik minat dan kenapa • Apakah beberapa pemerhatian atau kesimpulan tentang iman dalam bab ini dan apa yang cuba diketengahkan oleh penulis - relevannya dan aplikasi - pada masakini Untuk menonton pengajian Surat Ibrani yang lain, KLIK DI SINI 🤳 https://bit.ly/3D3cLDN Untuk belajar dengan lebih ...

Feb 07, 202352 minEp. 13

Lukas 1:30-37 Yesus Mesias, Anak Allah Yang Maha Tinggi

Sebelum Yesus Mesias datang ke dunia, sudah dinyatakan dari awal lagi tentang kenapa dan siapa Dia. Kepada Maria, malaikat Gabriel berkata: "Engkau akan hamil dan melahirkan seorang anak lelaki. Engkau hendaklah menamai-Nya Yesus. Dia akan menjadi mulia dan Dia akan digelar Anak Allah Yang Maha Tinggi. Tuhan Allah akan mengurniakan takhta Daud, nenek moyang-Nya itu kepada-Nya. Dia akan merajai keturunan Yakub selama-lamanya; dan kerajaan-Nya berkekalan... Roh Kudus akan turun ke atasmu, dan kuas...

Feb 05, 202352 minSeason 7Ep. 8

Perbincangan E.12 Kenapa Kita ada Keberanian untuk Tampil ke Hadirat TUHAN Allah? (Ibrani 10)

Oleh kerana segala perbuatan yang telah dilakukan dan siapa Yesus Kristus - Imam Besar, Korban Sempurna, Ketaatan Sepenuhnya (rujuk Ibrani 10:1-18) - firman Allah menyatakan bahawa "kita telah mempunyai KEBERANIAN untuk masuk ke Tempat Yang Maha Suci melalui darah Yesus..." (Ibrani 10:19-20)🩸Wow! Melalui Yesus, kita mempunyai "KEBERANIAN" untuk datang "ke hadapan takhta kasih kurnia" (Ibrani 4:16) dan "beribadat kepada Allah yang hidup" (9:14). Kerana KEBERANIAN ini, ada tiga (3) perkara yang p...

Feb 03, 202345 minEp. 12

Lukas 1:28-38 Maria, Ibu kepada Mesias, Tuhan dan Penyelamatnya

"Dari sekarang hingga selama-lamanya," Maria berdoa, "orang akan berkata aku diberkati, kerana Yang Maha Kuasa telah melakukan perkara yang besar untuk aku." Kemudian dia berseru, "Sucilah Nama-Nya!" (Lukas 1:48-49). Memang benar Maria seorang yang sangat diberkati, dirahmati, dan "amat diredai" Allah (1:28). Dia akan menjadi ibu kepada Yesus, iaitu Mesias, Tuhan dan Penyelamat umat manusia - dan bagi dirinya sendiri juga. Mungkin ada yang berfikir sebagaimana respon Maria pada mulanya, "Bagaima...

Jan 30, 202347 minSeason 7Ep. 7

Lukas 1:26-49 Maria menurut Alkitab &/vs. Dogma Gereja

Salah satu watak penting dalam Perjanjian Baru ialah Maria ibu Yesus Kristus. Menurut Alkitab, tiada yang kontroversi dan kontradiksi tentangnya. Tetapi menurut sejarah gereja - setelah sekian lama - Maria menjadi watak yang sangat kontroversi sehinggakan ramai yang lebih keliru tentang Maria berbanding dengan Yesus! Jadi apa yang harus kita lakukan? Kembali kepada Alkitab Firman TUHAN! Dalam episod ini, saya ingin berkongsi Tujuh (7) Perkara tentang Maria dalam Injil Lukas (sebenarnya ada banya...

Jan 26, 202358 minSeason 7Ep. 6

Perbincangan E.11 Ada Apa Dengan Darah Yesus Kristus? (Ibrani 9)

Dalam sistem korban Perjanjian Pertama, para imam harus melakukan korban berulang-ulang kali (Ibrani 7:27; 9:25), setiap hari dua kali sehari membakar dupa di mazbah (Keluaran 30:7-8), setiap hari dua kali sehari menyalakan pelita menorah (Keluaran 27:20-21), setiap minggu menukar persembahan roti (Imamat 24:5-8), dan sebagainya. Ini mengingatkan kita juga tentang perbuatan atau pekerjaan agama yang berulang-ulang kali masakini. TETAPI dalam Perjanjian Baru, Yesus Kristus "tidak perlu mempersemb...

Jan 22, 202344 minEp. 11

Lukas 1:26-27 Nazaret, Yusuf & Maria: Allah Memilih Yang Kecil

Kepakaran TUHAN Allah ialah Dia boleh menjadikan sesuatu yang kecil, sederhana dan biasa kepada sesuatu yang besar, mulia dan luar biasa! "Allah memilih yang bodoh di dunia untuk memalukan yang bijak. Allah memilih yang lemah di dunia untuk memalukan yang kuat. Allah memilih yang rendah dan dihina di dunia bahkan yang tidak ada untuk meniadakan yang ada" (1 Korintus 1:27-28). Pemberitahuan tentang kelahiran Yesus Mesias - Anak Allah Yang Maha Tinggi dan Anak Daud yang akan memerintah kerajaan-Ny...

Jan 17, 202350 minSeason 7Ep. 5

Perbincangan E.10 Bagaimana Perjanjian Baru LEBIH BAIK daripada Perjanjian Lama? (Ibrani 8)

"Dengan menyebut 'perjanjian baru,' Tuhan telah menjadikan perjanjian pertama dahulu tidak terpakai lagi. Sesuatu yang kian tidak terpakai dan usang sudah sampai masanya untuk lenyap" (Ibrani 8:13). Ini suatu kenyataan yang radikal bagi orang Yahudi pada ketika itu. Jadi, bagaimana Perjanjian Baru LEBIH BAIK daripada Perjanjian Pertama? Bagaimana iman kita boleh dikuatkan oleh kebenaran ini? Ini perkongsian dan perbincangan kami 😊☕💡#ServeToLead #PreachTheWord #SuratIbrani Untuk menonton pengaj...

Jan 15, 202338 minEp. 10

Perbincangan E.9 Imam Besar Menurut Peraturan Melkisedek? (Ibrani 7)

Yesus Kristus memiliki Tiga (3) Jawatan dalam Satu Peribadi yang hanya ada pada-Nya: 1) Dia NABI kerana Dia ialah Firman yang hidup yang diutus oleh Bapa; 2) Dia RAJA kerana Dia ialah Anak Daud dari keturunan Yehuda; dan 3) Dia IMAM BESAR. Tetapi yang ini ada masalah... Yesus bukan daripada keturunan Harun 😅 Jadi, bagaimana Yesus boleh menjadi imam besar? Baca Ibrani 7 😊 dan apakah implikasinya kepada kita pada masakini? Ikuti perbincangan ini ☕ #ServeToLead #PreachTheWord #SuratIbrani Untuk m...

Jan 09, 202344 minEp. 9

Lukas 1:13-17 Yohanes Pembaptis, Nabi Allah Yang Maha Tinggi

Malaikat Gabriel bernubuat: "Janganlah takut, hai Zakharia, kerana permohonanmu telah dikabulkan. Isterimu Elisabet akan melahirkan seorang anak lelaki bagimu. Kamu hendaklah menamainya Yohanes" (Lukas 1:13). Selepas kelahiran Yohanes, Zakharia yang dipenuhi Roh Kudus pula bernubuat: "Engkau, anakku, akan digelar Nabi Allah Yang Maha Tinggi kerana engkau mendahului Tuhan demi menyediakan jalan-Nya..." (1:76). Tidak dinafikan, tugas dan panggilan Yohanes sangat penting dalam perancangan TUHAN unt...

Jan 09, 202357 minSeason 7Ep. 4
For the best experience, listen in Metacast app for iOS or Android