Tuhan Yesus Mesias berkata kepada para murid-Nya: “Inilah perkara-perkara yang telah Aku katakan kepadamu semasa Aku masih bersamamu dahulu: Segala perkara yang tersurat tentang Aku dalam Taurat Musa, kitab-kitab nabi dan kitab Mazmur pasti akan berlaku" (Lukas 24:44). Bagi Yesus, Kitab Suci - termasuk kitab Mazmur - ialah tentang diri-Nya 📖 Siapa (para) penulis kitab Mazmur? Kenapa kitab ini revelan dan penting bagi kita? Bagaimana untuk membaca kitab Mazmur berdasarkan Mazmur? 🤔 #ServeToLead...
Aug 23, 2025•50 min•Season 8Ep. 1
Dalam episod yang terakhir untuk siri pengajian Injil Lukas, saya ingin menjawab - melalui Alkitab - soalan-soalan ini: Dimana Yesus Mesias berada sepanjang 40 hari diantara kebangkitan-Nya dan pengangkatan-Nya? Apa signifikan "Bukit Zaitun" dalam PL & PB tempat Yesus diangkat ke syurga? Kenapa lebih baik Yesus pergi? Adakah Yesus "Tuhan"? 🤔 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
Aug 20, 2025•1 hr 3 min•Season 7Ep. 170
Tuhan Yesus berkata kepada para murid-Nya: “Demikianlah yang tersurat: Bahawa Mesias harus menderita lalu bangkit semula daripada maut pada hari yang ketiga, dan perkhabaran tentang pertaubatan dan pengampunan dosa akan diisytiharkan demi nama-Nya kepada semua bangsa, mulai di Yerusalem" (Lukas 24:46-47) 📯 Benarkah Kitab Suci memberi kesaksian tentang Yesus? Apakah implikasi utama kematian dan kebangkitan Yesus? Bagaimana para murid Yesus - malah kita juga - boleh bersaksi demi nama-Nya? Ini da...
Aug 16, 2025•49 min•Season 7Ep. 169
Tuhan Yesus Mesias tiba-tiba berdiri di tengah-tengah para murid-Nya dan berkata kepada mereka, “Damai sejahtera kepada kamu!” Mereka terkejut dan berasa sangat takut kerana menyangka mereka melihat hantu. Tetapi Yesus berkata kepada mereka, “Apakah sebabnya kamu takut? Mengapakah hatimu ragu-ragu?" "Tengoklah tangan dan kaki-Ku. Inilah Aku. Sentuhlah Aku dan tengok. Hantu tidak berdaging dan bertulang sebagaimana yang kamu lihat ada pada-Ku.” Setelah Dia berkata demikian, Dia menunjukkan tangan...
Aug 11, 2025•52 min
Lukas 24:16 mengatakan: "Mereka nampak Yesus tetapi mereka tidak mengenali-Nya" (AVB) atau "ada sesuatu yang menghalangi mata mereka, sehingga mereka tidak dapat mengenali Dia" (TB). Tetapi selepas mendengar Tuhan Yesus menerangkan Kitab Suci dan membahagikan roti kepada mereka, ayat 31 menyatakan: "Pada ketika itu juga mata mereka dicelikkan dan mereka pun mengenali Dia" 👁️✨✝️ Kenapa mereka tidak mengenali Yesus pada mulanya? Dan bagaimana mata mereka dicelikkan? Apa dua (2) hal luar biasa yan...
Aug 07, 2025•47 min•Season 7Ep. 167
Dalam perjalanan ke kampung Emaus, Yesus Mesias menerangkan kepada dua orang murid-Nya apa yang tersurat tentang-Nya dalam seluruh Kitab Suci mulai kitab-kitab Musa sehingga semua kitab para nabi yang lain (Lukas 24:27). Tidak lama kemudian, Dia berkata kepada para murid yang lain juga: "Segala perkara yang tersurat tentang Aku dalam Taurat Musa, kitab-kitab nabi dan kitab Mazmur pasti akan berlaku" (v.44b) 📖 Menurut Yesus, segala yang tersurat dalam Kitab Suci (Tanakh) - Torah, Nevi'im & K...
Jul 28, 2025•40 min•Season 7Ep. 167
Ada dua orang antara murid Yesus Mesias sedang dalam perjalanan ke kampung Emaus. Mereka tidak percaya bahawa Yesus sudah bangkit semula dan menganggap berita itu sebagai 'karut.' Kedua-dua mereka berbual-bual tentang segala yang telah berlaku. Kemudian, Alkitab menyatakan, "Ketika mereka berbual-bual dan berbincang, Yesus sendiri menghampiri mereka lalu berjalan bersama-sama. Mereka nampak Yesus tetapi mereka tidak mengenali Dia" (Lukas 24:15-16) 😮 Kenapa mereka "tidak mengenali" Yesus? Apa ya...
Jul 23, 2025•42 min•Season 7Ep. 166
Ini kesaksian para malaikat kepada para perempuan setelah melihat makam Yesus Mesias kosong: “Mengapakah kamu mencari Dia yang hidup di antara orang mati? Dia tiada di sini. Dia sudah bangkit! Ingatlah apa yang telah dikatakan oleh-Nya kepadamu ketika Dia di Galilea: 'Anak Manusia harus diserahkan kepada orang berdosa. Dia akan disalib dan bangkit pada hari yang ketiga'" (Lukas 24:5-7) 🙌 Yesus tiada di makam dan tidak di antara orang mati; Dia sudah bangkit semula dan hidup selama-lamanya! 🆙 P...
Jul 19, 2025•38 min•Season 7Ep. 165
Sebenarnya Lukas 23:57 tidak wujud (periksa Alkitab kamu)... tetapi ayat ini sesuai untuk menimbulkan pertanyaan yang menarik: Dimana Yesus Mesias berada - lebih kurang 3 hari - selepas Dia mati di kayu salib dan sebelum Dia bangkit daripada kematian? 🤔 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
Jul 15, 2025•25 min•Season 7Ep. 164
Alkitab menyatakan bahawa Yesus Mesias "menghembuskan nafas-Nya yang terakhir" (Lukas 23:46) di kayu salib. Yesus sesungguhnya manusia, oleh itu, Dia sesungguhnya mati. Dia BUKAN hanya koma atau pengsan separuh mati seperti penjelasan 'The Swoon Theory' dan BUKAN terus diangkat dan tidak disalibkan seperti ajaran Al-Quran. Yesus sesungguhnya telah mati dan telah dimakamkan ✍️ Kenapa fakta tentang Yesus dimakamkan atau dikuburkan sangat penting? Apa yang kita boleh belajar daripada Yusuf dari Ari...
Jul 12, 2025•43 min•Season 7Ep. 163
Seluruh daerah Yudea diselubungi kegelapan kerana matahari berhenti bersinar. Tirai yang tergantung di dalam Bait Suci pun terbelah dua. Yesus Mesias berseru dengan kuat, “Ya Bapa, Aku menyerahkan roh-Ku ke dalam tangan-Mu!” Setelah Yesus berkata demikian, Dia pun menghembus nafas-Nya yang terakhir (Lukas 23:44-46)🩸 Kematian Yesus - rancangan orang jahat berjaya atau rencana TUHAN Allah terlaksana? Bagaimana mungkin tirai Bait Suci terbelah dua? Apakah implikasi kematian Yesus kepada orang yang...
Jul 09, 2025•45 min•Season 7Ep. 162
Seorang penjahat lagi berkata kepada Yesus Mesias, “Ya Yesus, ingatilah aku ketika Engkau menaiki takhta kerajaan-Mu.” Dia menjawab, “Sesungguhnya Aku berkata kepadamu, pada hari ini juga engkau akan bersama-Ku dalam Firdaus" (Lukas 23:42-43) 🙌 Injil Matius dan Markus menyatakan kedua-dua perompak mencela Yesus tetapi Injil Lukas menyatakan hanya seorang sahaja, jadi, kedua-dua atau seorang sahaja? Apakah empat (4) sebab seorang penjahat akhirnya bertaubat? Apa itu "Firdaus"? Dan, bilakah masa ...
Jul 03, 2025•49 min•Season 7Ep. 161
Bayangkan keadaan Yesus Mesias di kayu salib... sakit, seksa, sengsara, separuh mati... apa yang para pemimpin masyarakat lakukan? Bersimpati? Tidak! Malah, mereka mengejek-Nya! Mereka berkata, "Orang lain diselamatkan-Nya; biarlah Dia menyelamatkan diri-Nya sekarang jika Dia sesungguhnya Mesias yang dipilih Allah" (Lukas 23:35). Di Tempat Tengkorak (Golgota), mereka menganggap apa yang terjadi kepada Yesus seperti suatu komedi 🎭 Apa tiga (3) komedi dalam petikan ini? Apa respon Yesus terhadap ...
Jun 26, 2025•36 min
Dalam perjalanan ke tempat orang disalib, ada beberapa perempuan mengikuti Yesus Mesias sambil menangisi dan meratapi-Nya. Kenapa Dia berkata, "Kaum perempuan Yerusalem, janganlah tangisi Aku melainkan dirimu dan anak-anakmu sendiri"? (Lukas 23:28) 🤔 Bukan itu sahaja, Dia juga berkata, "Jika perbuatan begini dilakukan mereka terhadap pokok kayu yang masih hijau, apatal lagi terhadap pokok yang kering?" (v.31) 🤔 Apa maksud Yesus? Bagaimana semua ini sangat relevan untuk kita sekarang? 🤔 #Serve...
Jun 22, 2025•34 min•Season 7Ep. 189
Ketika askar-askar membawa Yesus Mesias ke tempat orang disalib iaitu Golgota ("Tempat Tengkorak"), mereka berjumpa dengan seorang lelaki yang bernama Simon. Dia berasal dari Kirene dan sedang dalam perjalanan ke kota. Askar-askar menangkapnya, memaksanya memikul salib Yesus dan berjalan di belakang-Nya (Lukas 23:16) ✝️ Bagaimana keadaan atau kondisi Yesus pada ketika ini? Apa yang askar-askar paksa Yesus lakukan? Kenapa mereka memilih Simon dari Kirene? Apa yang TUHAN Allah ingin sampaikan kepa...
Jun 20, 2025•27 min•Season 7Ep. 158
Jika Yesus Mesias berkuasa dan ada autoriti, kenapa Dia boleh ditangkap? Kenapa Pontius Pilatus tidak boleh membebaskan Yesus walaupun dia mahu dan tahu Yesus tidak bersalah? Kenapa para guru agama dan orang ramai memilih Barabas dan bukannya Yesus? Adakah Yesus tewas? 🤔 Untuk mendengar jawapan/ respon kepada soalan-soalan ini dan banyak lagi, dengar episod ini 👍 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
Jun 18, 2025•41 min•Season 7Ep. 157
Para musuh Yesus Mesias tahu Dia sebenarnya TIDAK BERSALAH ❌ mereka yang bukan musuh Yesus juga tahu Dia sebenarnya TIDAK BERSALAH ❌ kita - orang yang percaya dan yang belum percaya - yang membaca Kitab Injil Lukas pun tahu Yesus sebenarnya TIDAK BERSALAH ❌ Jadi, kalau TIDAK BERSALAH ❌ kenapa Yesus akhirnya dijatuhkan hukuman mati di kayu salib? 🤔 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
Jun 12, 2025•32 min
"Apabila Herodes melihat Yesus, dia sangat gembira. Sudah lama dia hendak bertemu dengan Yesus kerana dia telah mendengar banyak hal tentang Yesus. Lagipun, dia berharap dapat menyaksikan Yesus melakukan mukjizat" (Lukas 23:8). Kenapa Pontius Pilatus mengutus Yesus Mesias kepada Herodes Antipas? Kenapa Herodes "sangat gembira" melihat Yesus? Kenapa perbicaraan terhadap Yesus ini boleh menjadikan Pilatus dan Herodes bersahabat semula? Dan apa dua (2) hal kritikal yang kita harus elak untuk mengik...
Jun 04, 2025•40 min•Season 7Ep. 155
Alkitab menyatakan bahawa SEMUA anggota Majlis Agama bangun lalu membawa Yesus Mesias menghadap Pontius Pilatus. Mereka mula menuduh-Nya, “Kami telah mendapati orang ini menyesatkan bangsa kami, menghasut orang supaya tidak membayar cukai kepada Kaisar dan mengaku diri-Nya Kristus, seorang raja!” (Lukas 23:1-2) Menurut perspektif Majlis Agama atau Sanhedrin, kenapa mereka ingin membunuh Yesus? Kenapa pula mereka harus membawa Yesus menghadap Pilatus? Apakah tuduhan-tuduhan mereka terhadap-Nya? K...
May 29, 2025•37 min
Ada dua soalan yang para pemimpin Majlis Agama mahu Yesus jawab. Pertama, "Jika Engkau Kristus [atau Mesias], katakanlah kepada kami" (Lukas 22:67); dan kedua, "Kalau begitu, Engkaulah Anak Allah?" (v.70a). Oleh kerana Yesus tidak boleh berbohong, jadi Dia berterus-terang, "Benarlah katamu" (v.70b). Apa bukti bahawa Yesus ialah benar-benar Kristus dan Anak Allah? Apakah maksudnya Yesus menggelar diri-Nya Anak Manusia? Akhirnya, apa respon kamu kepada siapa Yesus itu? 🤔 #ServeToLead #PreachTheWo...
May 26, 2025•47 min•Season 7Ep. 153
Alkitab menyatakan bahawa orang yang mengawal Yesus Mesias mengejek dan memukul Dia. Mereka menutupi mata Yesus dan bertanya, " Siapakah yang memukul Engkau? Buatlah nubuat! " Mereka mengatakan banyak lagi perkara yang menghina kepada-Nya (Lukas 22:63-65). Tidak cukup dengan itu, Matius 26:67 menambah malah mereka dan para pemimpin agama juga " meludahi muka-Nya dan memukul-Nya. Ada yang menampar-Nya " 😭 Jadi, Yesus bukan hanya diejek, dipukul, ditutupi mata dan dihina tetapi juga ditampar dan ...
May 24, 2025•31 min
Buat kali ketiga, Petrus menyangkal Tuhan Yesus Mesias dengan berkata, “Aku tidak memahami apa yang kaukatakan.” Pada ketika itu juga, sedang Petrus berkata-kata, ayam berkokok. Tuhan berpaling dan memandang kepada Petrus lalu Petrus pun teringat akan apa yang dikatakan Tuhan kepadanya bahawa, “Sebelum ayam berkokok pada hari ini, engkau akan menyangkal Aku sebanyak tiga kali" (rujuk Lukas 22:60-61) ❌❌❌ Kenapa Petrus menyangkal Yesus? Ada apa dengan pandangan Yesus kepada Petrus? Apa tiga pengaj...
May 20, 2025•37 min•Season 7Ep. 151
Tahukah kamu lebih daripada 600 orang dengan bersenjatakan pedang serta belantan pergi ke Taman Getsemani untuk menangkap Yesus Mesias seorang? Tahukah kamu Yesus bukan mangsa keadaan tetapi tetap berdaulat walaupun Dia ditangkap? Tahukah kamu Yesus boleh sahaja melepaskan diri tetapi membiarkan masa kuasa kegelapan bertindak? Ini dan banyak lagi! 💪 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
May 11, 2025•51 min•Season 7Ep. 150
Yesus Mesias pergi jauh sedikit daripada para murid-Nya, iaitu sepelempar batu jauhnya lalu berlutut untuk berdoa, “Ya Bapa, jika berkenan kepada-Mu, jauhkanlah kiranya cawan penderitaan ini daripada-Ku. Tetapi bukannya kehendak-Ku melainkan kehendak-Mu yang dilaksanakan" (Lukas 22:41-42) 🙏 Mari saya ajak kita untuk mendalami petikan ini dengan bertanya dan menjawab tujuh (7) soalan-soalan utama 📖 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
May 05, 2025•50 min
Yesus Mesias berkata kepada para murid-Nya: “Tetapi sekarang, orang yang mempunyai dompet atau beg hendaklah membawa barang-barang tersebut. Orang yang tidak berpedang hendaklah menjual bajunya untuk membeli sebilah..." Murid-murid itu berkata, “Tengoklah Tuhan, di sini ada dua bilah pedang!” Yesus berkata, “Cukuplah!” (Lukas 22:36, 38)Apabila Yesus menyuruh mereka "membeli sebilah [pedang]," ada yang mengatakan bahawa ini ialah hanya secara simbolik atau bahasa kiasan. Bagi saya, Yesus sebenarn...
Apr 27, 2025•42 min
Yesus Mesias berfirman: "Simon, Simon, dengarlah! Iblis telah mengemukakan tuntutan untuk menampi kamu seperti gandum. Tetapi Aku telah berdoa untukmu supaya imanmu tidak goyah. Apabila kamu kembali kepada-Ku, kuatkanlah saudara-saudaramu.” Petrus berkata kepada Yesus, “Tuhan, hamba sedia ke penjara dengan-Mu dan mati bersama-sama.” Yesus menjawab, “Aku berkata kepadamu, Petrus, sebelum ayam berkokok pada hari ini, kamu akan menyangkal bahawa kamu mengenal Aku sebanyak tiga kali.” Melalui petika...
Apr 24, 2025•33 min•Season 7Ep. 147
Selepas Yesus Mesias menyatakan tentang penderitaan-Nya, selepas Dia menginstitusikan Perjamuan Kudus yang mengingatkan tentang kematian-Nya, dan selepas Dia berkata bahawa salah seorang daripada mereka akan mengkhianati-Nya - selepas semua itu - apa yang para rasul lakukan? Mereka bergaduh dan bertengkar tentang siapa antara mereka yang dianggap terbesar! Come on, dudes! 🤷🏻♂️ Kenapa mereka bersikap seperti itu? Siapa sebenarnya yang terbesar? Apa (sepatutnya) perbezaan diantara orang percaya...
Apr 19, 2025•37 min•Season 7Ep. 146
Apa perasaan Yesus Mesias apabila Dia tahu semasa Perjamuan Paskah yang terakhir bahawa Yudas Iskariot, rasul dan sahabat, akan mengkhianati-Nya? Tentu Yesus amat sedih dan berdukacita... 😔 Kalau Yesus tahu, kenapa Dia tidak menghalang Yudas? Kenapa Yudas mengkhianati Yesus? Ketetapan Allah atau pilihannya sendiri? 🤔 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
Apr 10, 2025•39 min•Season 7Ep. 145
Dalam Lukas 22, sebagai orang Yahudi, Yesus Mesias dan para rasul-Nya menyambut Perjamuan Paskah bersama. Semuanya seperti biasa: duduk bertelekan di meja, memecah-mecahkan roti tidak beragi, minum air anggur, makan sayur herba pahit, dan sebagainya. Namun begitu, hal luar biasa (atau luar kebiasaan) dalam Perjamuan Paskah juga terjadi... Yesus mengambil roti [biasa] dan berkata: "Inilah tubuh-Ku" [luar biasa] 🍞 dan mengangkat cawan [biasa] dan berkata: "Inilah darah-Ku" [luar biasa] 🍷 Kenapa ...
Apr 05, 2025•48 min•Season 7Ep. 144
Pada minggu Perayaan Roti Tidak Beragi, Yesus Mesias menyuruh Petrus dan Yohanes pergi menyediakan jamuan Paskah untuk Dia, mereka, dan para murid-Nya yang lain. Apabila mereka bertanya di mana Yesus hendak mereka menyediakan jamuan itu, Dia memberi perintah rahsia yang sangat spesifik dan luar biasa (rujuk Lukas 22:10-12).Alkitab menyatakan bahawa "mereka pergi ke kota [Yerusalem] dan mendapati SEMUA [EVERYTHING] seperti yang dikatakan Yesus kepada mereka" (Lukas 22:13) 🙌 Kenapa Yesus harus ma...
Mar 22, 2025•36 min•Season 7Ep. 143