Audio Siar Keluar Sekejap Episod 106 antaranya membincangkan tentang serangan kejam dan tidak berperikemanusiaan rejim zionis ke atas kem di zon selamat Rafah yang telah mengorbankan puluhan nyawa rakyat Palestin serta cadangan respon yang boleh diambil oleh Kerajaan Malaysia terhadap serangan terbaharu ini. Episod ini turut mengulas mengenai Strategi Semikonduktor Nasional (NSS), Dana Pemacu KWAP, Program Budi MADANI serta pelaksanaan kaedah kod QR dalam menangani kesesakan di sempadan Malaysia...
May 30, 2024•1 hr 39 min
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 105 antaranya membincangkan Perutusan Negara oleh PMX malam tadi.Episod ini turut membincangkan tentang pembukaan UiTM kepada bukan Bumiputera untuk program kardiotoraks.Keluar Sekejap turut mengulas tentang penswastaan MAHB yang berkai dengan Blackrock.Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2024, boleh hubungi+601119191783 atau emel kami di taja.keluarsekejap@gmail.com.
May 22, 2024•1 hr 20 min
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 104 antaranya membincangkan jawapan PMX dalam interview bersama Bloomberg di Qatar tentang rasionalisasi subsidi dan tahanan rumah Bossku. Episod ini turut membincangkan penstrukturan semula Akaun KWSP. Keluar Sekejap turut mengulas tentang Perdana Menteri Singapura yang baru mengangkat sumpah pada rabu yang lepas. Bacaan Pilihan Minggu Ini (Read of The Week) KJ : The Edge May 13 - Chipping in to move the ENE value chain SH : Talking to my daughter by Yanis Varou...
May 17, 2024•1 hr 42 min
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 103 antaranya membincangkan keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bahru yang telah dimenangi oleh Calon Kerajaan Perpaduan, Pang Sock Tao pada Sabtu yang lepas. Episod ini turut membincangkan tentang solusi untuk UMNO bangkit sebagai parti terbesar melayu sempena ulang tahun ke-78. Keluar Sekejap turut mengulas tentang kajian UNICEF yang bertajuk Ranjau Sepanjang Jalan serta PBB lulus resolusi iktiraf Palestin sebagai anggota penuh. Bagi yang berminat men...
May 14, 2024•1 hr 10 min
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 102 yang bersiaran secara langsung di UCSI University antaranya membincangkan kedudukan Malaysia yang jatuh 34 anak tangga ke tempat 107 dalam World Press Freedom Index yang disiarkan Reporters Without Borders (RSF). Episod ini turut membincangkan tentang Pempamer di DSA dan NATSEC Asia 2024 yang terlibat secara langsung membekal senjata ke Israel. Keluar Sekejap turut mengulas tentang Pengajian Tinggi di Malaysia yang juga menampilkan Professor Datuk Ir Ts Dr Si...
May 09, 2024•1 hr 58 min
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 101 yang menampilkan tetamu khas, YB Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong antaranya membincangkan tentang dakwaan MCA adalah parti tauke dan dakwaan MCA memboikot PRK KKB. Episod ini turut mengulas tentang hala tuju MCA jika UMNO dan Zahid Hamidi mengambil keputusan untuk bersama PH pada PRU 16 serta keberangkalian MCA bakal menjadi DAP 2.0 dengan imej baharu yang cuba dibawa oleh YB Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong. Keluar Sekejap turut menyentuh prestasi Kerajaan Madani. Dik...
May 07, 2024•2 hr 8 min
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 100 yang bersiaran secara langsung di platform media sosial antaranya membincangkan kenaikan gaji penjawat awam yang diumumkan telah oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri pada sambutan hari pekerja.Episod ini turut membincangkan tentang komitmen pelaburan terbaharu berjumlah AS$2.2 bilion (RM10.5 bilion) diumumkan Microsoft.Keluar Sekejap juga mengambil kesempatan sempena Episod 100 untuk menemuramah 6 pendengar dan penonton setia kami.Sempena Hari Ibu &...
May 04, 2024•2 hr 4 min
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 99 mengulas berkenaan penganjuran Sidang Kemuncak KL20 dalam usaha mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi syarikat dan pemodal teroka serta penubuhan Energy Exchange Malaysia (ENEGEM) bagi perdagangan bekalan elektrik hijau rentas sempadan. Episod ini turut membincangkan tentang kenyataan kontroversi pensyarah warga asing pro-Israel dalam program di Universiti Malaya, protes mahasiswa di Amerika Syarikat serta perkembangan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu ...
Apr 30, 2024•1 hr 40 min
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 98 bersama tetamu khas YB Datuk Wira Mas Ermieyati, Ahli Parlimen Masjid Tanah dan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) membincangkan tentang peranan PAC di Dewan Rakyat serta perkembangan terkini Projek Pembangunan Kapal Peronda Generasi Kedua (LCS) TLDM. YB Datuk Wira Mas Ermieyati yang juga Naib Ketua Srikandi BERSATU turut berkongsikan bersama Keluar Sekejap perihal parti BERSATU termasuk berkenaan pemilihan parti, peranan PN sebagai pembangkang...
Apr 25, 2024•1 hr 47 min
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 97 antaranya membincangkan tentang kewujudan Titah Adendum bagi Dato’ Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman penjara kepada tahanan di rumah dan habuan dari Kerajaan Madani menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu. Keluar Sekejap turut mengulas tentang anggaran ekonomi Malaysia suku pertama 2024, program kepakaran perubatan parallel pathway serta keputusan Kerajaan Madani membatalkan projek PJD Link. Keluar Sekejap juga menyentuh tentang konflik b...
Apr 22, 2024•1 hr 26 min
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 96 menampilkan tetamu khas iaitu Dr. Yuko Nakajima dan Paul McPhun dari Doctors Without Borders/Médecins Sans Frontières (MSF) yang merupakan kumpulan petugas bantuan perubatan yang melaksanakan misi kemanusiaan di negara-negara yang mengalami konflik, wabak penyakit serta bencana alam dan manusia. Episod ini membincangkan tentang misi bantuan perubatan MSF di Palestin yang telah bermula semenjak tahun 1989 selain kedua-dua tetamu berkongsi pengalaman dan gambara...
Apr 19, 2024•1 hr 9 min
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 95 antaranya membincangkan tentang kebarangkalian 7 pilihan raya kecil susulan pindaan perlembagaan parti Bersatu yang telah diluluskan oleh ROS dan perpaduan negara yang semakin rapuh akibat isu kalimah Allah yang belum reda. Keluar Sekejap turut mengulas tentang perjalanan reformasi PKR sempena ulang tahun ke-25 penubuhannya dan keadaan dalaman UMNO Selangor termasuklah berkaitan peletakan jawatan Tengku Zafrul sebagai Bendahari UMNO Selangor. Keluar Sekejap ju...
Apr 16, 2024•1 hr 28 min
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 94 Edisi Khas Raya antaranya telah membincangkan refleksi episod bersama YB Anthony Loke dan isu yang berbangkit tentang sistem PADU yang baru sahaja tamat tempoh pendaftarannya. Keluar Sekejap juga mengulas tentang suasana sambutan Aidilfitri di negara luar disertakan video disediakan khas oleh rakan-rakan yang berada di Luar Negara. Keluar Sekejap turut mengumumkan Jugador TV sebagai Ahli Baharu KS. Dikesempatan ini Keluar Sekejap ingin mengucapkan Selamat Hari...
Apr 08, 2024•1 hr 36 min
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 93 yang telah menampilkan tetamu khas, YB Anthony Loke, Menteri Pengangkutan antaranya telah menelusuri perjalanan hidup beliau Keluar Sekejap juga mengulas tentang cabaran di Kementerian Pengangkutan serta transformasi pengangkutan di Malaysia. Keluar Sekejap turut menyentuh tentang ideologi DAP, hubungan PH-BN, PM daripada DAP, serta pengaruh Dinasti Lim dalam DAP. Dikesempatan ini Keluar Sekejap ingin mengucapkan terima kasih kepada AirAsia MOVE kerana telah m...
Apr 05, 2024•2 hr 10 min
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 92 antaranya membincangkan isu panas iaitu stoking yang tercetak kalimah Allah yang dijumpai di KK Mart pada minggu lepas.Keluar Sekejap juga menyentuh tentang keputusan Malaysia tolak penganjuran Sukan Komanwel 2026, perkembangan terkini di Gaza dan serangan pengganas di Moscow.Keluar Sekejap turut berkongsi tentang statistik, bacaan dan tontonan pilihan mereka bagi minggu ini.Statistik Pilihan Minggu Ini :KJ : https://www.economist.com/science-and-technology/20...
Mar 26, 2024•1 hr 29 min
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 91 yang telah menampilkan tetamu khas, YB Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Dalam Negeri antaranya telah membincangkan Pindaan Perlembagaan Persekutuan Berhubung Perkara Kewarganegaraan yang bakal dibentangkan pada hari esok, 25 Mac 2024. Keluar Sekejap juga mengulas tentang Reformasi, Prestasi serta Keserasian Kerajaan Madani. Keluar Sekejap turut menyentuh tentang Pengecualian Usul Perhimpunan Agung UMNO, Akta Kesalahan Keselamatan (SOSMA) 2...
Mar 24, 2024•2 hr 8 min
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 90 antaranya membincangkan refleksi episod lalu yang menampilkan tetamu khas, YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri, Menteri Besar Terengganu. Keluar Sekejap juga menyentuh tentang kelantangan dan ketegasan PMX mempertahankan Palestin di Jerman serta pendedahan Timbalan Menteri Kesihatan tentang pengaruh para pemain industri rokok serta produk merokok atau “Big Tobacco” ke atas pengguguran GEG. Keluar Sekejap turut berkongsi tentang statistik, bacaan dan tontonan pilih...
Mar 18, 2024•1 hr 29 min
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 89 yang telah menampilkan tetamu khas, YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri, Menteri Besar Terengganu antaranya telah menelusuri perjalanan hidup beliau. Keluar Sekejap juga membincangkan tentang hala tuju kerajaan negeri Terengganu serta prestasi kerajaan Madani. Keluar Sekejap turut menyentuh tentang masa depan PAS dan Perikatan Nasional menuju PRU16. Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2024, boleh hubungi +601119191783 atau emel kami di tajaan.ks@...
Mar 13, 2024•1 hr 40 min
Audio siar Keluar Sekejap Episod 88 antaranya telah membicarakan pindaan peruntukan kewarganegaraan di dalam perlembagaan persekutuan yang dijangka dibentangkan pada sesi parlimen kali ini.Keluar Sekejap juga membincangkan tentang perbandingan pulangan mencarum KWSP atau pulangan pencen serta kadar dividen KWSP.Keluar Sekejap turut berkesempatan menyentuh konsert Taylor Swift di Singapura yang berlangsung selama 6 hari. Keluar Sekejap ingin mengucapkan terima kasih kepada RASAKU kerana telah men...
Mar 07, 2024•1 hr 30 min
Welcome to Kindred Stories, a sister podcast Keluar Sekejap, where seeking knowledge and sowing kindness intersect. Join hosts Khairy and Shahril on a journey to explore the multifaceted experiences of Muslims around the globe. From personal anecdotes to thought-provoking discussions with influential Muslim figures, each episode delves deep into the narratives shaping our understanding of faith, culture, and humanity. Whether you seek inspiration, enlightenment, or simply a sense of connection, ...
Mar 05, 2024•9 min
Audio siar Keluar Sekejap Episod 87 antaranya telah membicarakan Resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera yang telah berlangsung pada 29 Februari hingga 2 Mac serta Kenaikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). Keluar Sekejap juga membincangkan tentang khutbah jumaat minggu lepas yang bertajuk Waspada Pemikiran Khawarij dan Pelepasan Banduan Secara Berlesen (PBSL). Keluar Sekejap turut berkesempatan menyentuh peraturan terhadap kawal selia rokok dan vape. Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekej...
Mar 04, 2024•1 hr 28 min
Audio siar Keluar Sekejap Episod 86 antaranya telah membicarakan Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Majlis Parlimen Ke-15 yang dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada 26 Februari 2024. Keluar Sekejap juga membincangkan tentang reaksi PMX terhadap kejatuhan nilai ringgit, Kod Etika Wartawan Malaysia, dan pembinaan lebuh raya PJD-Link. Keluar Sekejap turut berkesempatan menyentuh tentang isu discaj penjawat awam serta pesara kerajaan dari IJN. Bagi yang berminat menaja episod Kel...
Feb 29, 2024•1 hr 19 min
Audio siar Keluar Sekejap Episod 85 antaranya telah membicarakan Post-Match Analysis PILPRES & PEMILU Indonesia 2024 yang telah berlangsung pada 14 Februari 2024. Keluar Sekejap juga membincangkan tentang kejatuhan nilai ringgit yang menghampiri paras terendah sejak 1998. Keluar Sekejap dikesempatan ini ingin mengucapkan terima kasih kepada Mahajak Trio (MTE) yang telah menaja mikrofon SHURE untuk kami. Kepada pendengar dan penonton Keluar Sekejap yang ingin mendapatkan mikrofon SHURE, boleh...
Feb 22, 2024•1 hr 8 min
Ikuti sedutan episod khas Keluar Sekejap sempena Pesta Audio Siar Kuala Lumpur 2024 (KL Pod Fest 2024) yang dibawa khas oleh Mamee Chef berlangsung pada 4 Februari lalu. Antara kelainan yang kami tampilkan pada persembahan itu termasuklah membawa penonton menelusuri sejarah Malaysia pada dekad-dekad yang signifikan, kuiz dan pemberian barangan KS kepada penonton. Topik-topik yang dibincangkan pula merangkumi peluang PAS meletakkan calon Perdana Menteri; kepentingan Sabah dan Sarawak dalam senari...
Feb 19, 2024•15 min
Audio siar Keluar Sekejap Episod 84 antaranya telah membicarakan tentang KDNK Malaysia yang telah gagal mencapai sasaran, Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 yang bakal berlangsung pada 29 Februari hingga 2 Mac depan serta Pencen VS KWSP. Keluar Sekejap juga membincangkan tentang isu penetapan harga Beras Putih Malaysia Madani dan pendakwaan terhadap NGO Aman Palestin. Bagi isu antarabangsa, Keluar Sekejap terus mengulas tentang genosid Israel dengan rancangan serangan besar-besaran rejim Zionis itu...
Feb 17, 2024•1 hr 21 min
Audio siar Keluar Sekejap Episod 83 antaranya telah membicarakan isu hangat yang kini menjadi perbualan rakyat Malaysia, iaitu keputusan petisyen kes Nik Elin. Keluar Sekejap juga membincangkan tentang isu Kampung Baru Cina yang ingin dijadikan Tapak UNESCO oleh YB Nga Kor Ming, Menteri KPKT. Keluar Sekejap berkesempatan mengulas tentang kemerosotan ekonomi China yang mampu menjejaskan negara. Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2024, boleh hubungi +601119191783 atau emel kami ...
Feb 12, 2024•1 hr 15 min
Audio siar Keluar Sekejap Episod 82 antaranya telah membicarakan isu hangat yang kini menjadi perbualan rakyat Malaysia, iaitu Pengampunan 50% Dato’ Seri Najib Razak. Keluar Sekejap juga membincangkan tentang legasi Tun Abdul Taib Mahmud di Sarawak. Keluar Sekejap berkesempatan mengulas tentang isu graduan asing bekerja di Malaysia dan kuota 30% wanita sebagai pembuat keputusan. Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2024, boleh hubungi +601119191783 atau emel kami di tajaan.ks@gm...
Feb 08, 2024•1 hr 25 min
Audio siar Keluar Sekejap Episod 81 yang bersiaran secara langsung pada program “Malaysia Market Outlook 2024: Propelling Malaysia Forward” dianjurkan oleh Affin Bank, antaranya telah membicarakan tentang keberangkatan balik Al-Sultan Abdullah dan pemasyhuran Sultan Ibrahim sebagai Sultan Ibrahim sebagai YDPA ke XVII. Keluar Sekejap juga membincangkan tentang gambaran ekonomi Malaysia bagi tahun 2024 serta pertukaran beberapa kepimpinan GLC baru-baru ini. Bagi isu antarabangsa, Keluar Sekejap me...
Feb 01, 2024•1 hr 37 min
Audio siar Keluar Sekejap Episod 80 antaranya telah membicarakan tentang pencen penjawat awam pengambilan baharu dan ahli politik, kes Tun Daim Zainuddin dan Isterinya, serta drama politik negara terkini. Shahril Hamdan juga berkesempatan membuat laporan dari lapangan di Surabaya untuk Keluar Sekejap : Indonesia bagi siri 2. Dikesempatan ini, Keluar Sekejap ingin mengucapkan terima kasih kepada Joey Mattress kerana telah menaja episod kali ini. Bagi Joey Mattress, membeli tilam tak sepatutnya me...
Jan 27, 2024•1 hr 29 min
Audio siar Keluar Sekejap Episod 79 yang menampilkan tetamu khas ‘The Iron Lady of Malaysia’, Tan Sri Rafidah Aziz, antaranya telah membicarakan tentang ‘world view’ beliau dengan lebih dekat serta pengalaman beliau sebagai Menteri MITI paling lama berkhidmat. Keluar Sekejap bersama Tan Sri Rafidah Aziz juga dapat membincangkan tentang konsep ketuanan melayu, 30% kuota wanita serta politik UMNO kini. Temui dan tonton sendiri program audio siar (podcast) kegemaran anda secara langsung di Pesta Au...
Jan 23, 2024•1 hr 16 min