Audio Siar Keluar Sekejap Episod 78 antaranya membincangkan AI untuk Rakyat yang dilancarkan oleh PMX pada 16 Januari yang lepas dan keputusan kerajaan tentang pengecualian cukai keuntungan modal (CGT) & Cukai Pendapatan Sumber Asing (FSI) terhadap unit amanah. Selain itu, kami turut membicarakan tentang isu pekerja asing di Malaysia serta Dual Language Programme (DLP) di sekolah-sekolah. Keluar Sekejap juga berkesempatan mengulas tentang kemenangan Donald Trump di Kaukus Iowa. Temui dan ton...
Jan 19, 2024•1 hr 29 min
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 77 antaranya membincangkan tentang kenyataan Tun Mahathir dan Ngeh Koo Ham serta dokumentari Netflix: Man On The Run yang hangat diulas masyarakat sejak beberapa minggu lalu. Selain itu, kami turut membicarakan tentang Zon Ekonomi Khas (SEZ) Johor-Singapura yang baru dimeterai memorandum persefahamannya, serta kepututusan firma Jepun yang menarik diri daripada projek HSR. Keluar Sekejap juga berkesempatan mengulas tentang Akta Penggal Tetap Parlimen dan isu antar...
Jan 15, 2024•1 hr 45 min
Siri pertama Keluar Sekejap bagi tahun ini iaitu Episod 76 antaranya membincangkan tentang naratif politik Langkah Dubai yang hangat dibincangkan masyarakat sejak beberapa minggu lalu. Selain itu, kami turut membicarakan isu Pangkalan Data Utama (PADU) yang dilancarkan kerajaan baru-baru ini serta isu-isu antarabangsa 2024 tahun pilihan raya dan Gaza. Dikesempatan ini, Keluar Sekejap ingin mengucapkan terima kasih kepada VIDA Malaysia kerana telah menaja episod kali ini. Jenama minuman VIDA Zero...
Jan 09, 2024•1 hr 32 min
Audio siar Keluar Sekejap Episod 75 merupakan episod secara langsung di Georgetown Literary Festival, ‘Pulau Pinang’ pada 25 November 2023. Antaranya telah membincangkan tentang ‘World View’ KJ dan Shahril, buku, sastera, dunia bacaan, penulisan, dan idea. Georgetown Literary Festival adalah festival yang bermatlamat untuk menggalak wacana intelektual berkenaan isu tempatan, serantau dan antarabangsa. Ini merupakan Episod Terakhir Keluar Sekejap untuk tahun ini.Kita jumpa lagi pada 2024! Bagi ya...
Dec 27, 2023•1 hr 5 min
Audio siar Keluar Sekejap Episod 74 antaranya telah membincangkan Pemilihan Umum Presiden Indonesia yang bakal berlangsung pada 14 Februari 2024. Keluar Sekejap yang diwakili Shahril Hamdan juga telah turun ke Jakarta bagi membuat tinjauan terhadap situasi kempen terkini di sana. Kami teruja kerana turut berkesempatan untuk menemubual Calon Wakil Presiden untuk Ganjar Pranowo iaitu Mahdud MD. Bagi yang ingin menaja Keluar Sekejap untuk 2024, mohon hubungi +601119191783 atau email ke tajaan.ks@gm...
Dec 19, 2023•1 hr 18 min
Audio siar Keluar Sekejap Episod 73 antaranya telah membincangkan Rombakan Kabinet Madani yang telah berlaku pada 12 December 2023 yang lepas dan Titah DYMM Sultan Johor Dalam Wawancara Bersama The Straits Times Singapura. Keluar Sekejap juga telah membincangkan Konsensus yang telah dicapai pada United Nations Climate Change Conference (COP 28) dan Resolusi UNGA menuntut gencatan senjata di Gaza. Keluar Sekejap mengambil kesempatan ini juga membincangkan refleksi perjalanan kami sepanjang 2023 d...
Dec 15, 2023•2 hr 3 min
Audio siar Keluar Sekejap Episod 72 antaranya telah membincangkan Keputusan PRK Kemaman yang telah dimenangi oleh Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, pemecatan Isham Jalil daripada UMNO dan kenyataan Lim Kit Siang tentang Impian Malaysia. Keluar Sekejap juga berkesempatan membincangkan United Nations Climate Change Conference (COP 28), Laporan Programme for International Student Assessment (PISA) 2022 dan keadaan terkini di Gaza. Disertakan pembentangan Laporan PIS...
Dec 09, 2023•1 hr 21 min
Audio siar Keluar Sekejap Episod 71 yang menampilkan Ustaz Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Mantan Menteri Agama dan Mantan Mufti Wilayah Persekutuan antaranya telah membincangkan tentang perjalanan beliau dari Mufti kepada Menteri, Politik Islam secara keseluruhannya dan Kemajmukan Masyarakat Malaysia.Episod ini juga membincangkan tentang penganjuran Konsert Coldplay pada bulan lepas yang telah menjadi perbualan ramai, Perwarisan Harta Orang Islam serta Kesepaduan Negara Arab tentang Isu Pa...
Dec 06, 2023•2 hr 5 min
Audio siar Keluar Sekejap Episod 70 yang menampilkan Peguam Terkenal, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah antaranya telah membincangkan Kes Pembunuhan Altantuya yang kembali hangat dibincangkan selepas tular video temubual Koperal Sirul bersama Al-Jazeera dan proses pengampunan Dato’ Seri Najib Razak. Keluar Sekejap juga berkesempatan membincangkan RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 yang telah diluluskab petang tadi, kenyataan PMX tentang projek ‘Land Bridge’ Thailand serta kempen ...
Dec 01, 2023•1 hr 41 min
Audio siar Keluar Sekejap Episod 69 antaranya telah membincangkan tentang prestasi setahun pentadbiran YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Kerajaan Madani. Episod ini juga mengupas sedikit perjalanan Kongres Nasional PKR 2023 dan Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu 2023 yang telah berlangsung pada hujung minggu lepas. Kami turut mengambil kesempatan membicarakan tentang kes Nik Elin dan pembekuan akaun Aman Palestin. Turut disertakan : Penulisan Rencana daripada Khairy Jamaluddin tentang prestasi...
Nov 28, 2023•1 hr 29 min
Ketua Ahli Ekonomi Bank Dunia di Malaysia, Apurva Sanghi, menjadi tetamu Keluar Sekejap bagi Episod Ke-68 yang antaranya menjelaskan latar belakang, fungsi dan kedudukan Bank Dunia. Keluar Sekejap kali ini mengambil kesempatan bertanyakan soalan panas berkenaan konotasi dikaitkan dengan Bank Dunia seperti ia dikuasai oleh Amerika Syarikat serta bersifat menindas negara-negara membangun. Apurva Sanghi juga berkongsi pandangan beliau tentang Prestasi Ekonomi Negara dan Kerangka Ekonomi Madani yang...
Nov 23, 2023•1 hr 33 min
Audio siar Keluar Sekejap Episod 67 yang menampilkan kolaborator, Dr. Ong Kian Ming antaranya telah membicarakan tentang prestasi Malaysia di APEC 2023 baru-baru ini. Perbincangan tiga hos kali ini turut terarah kepada desas-desus serta keperluan rombakan Kabinet oleh Perdana Menteri. Sedikit panas, kenyataan Peguam Negara yang baharu mengatakan Rang Undang-Undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok, lebih dikenali sebagai undang-undang untuk generasi penamat merokok atau GEG sebagai tidak berpe...
Nov 20, 2023•1 hr 13 min
Episod 66 Keluar Sekejap telah membincangkan refleksi terhadap Episod bersama YABhg Tun Mahathir Mohamad dan Sidang Kemuncak Tergempar OIC yang berlangsung di Riyadh pada Sabtu lepas. Keluar Sekejap juga berkesempatan membincangkan tentang idea PM Thailand tentang Projek “Land Bridge” melalui Selat Melaka. Disertakan link podcast dan khutbah yang dinyatakan oleh KJ dan SH dalam episod ini : - https://youtu.be/xE0UAP8EGEc?si=PkxNKUyfOp3kY3MB- https://www.youtube.com/live/hJNqWcPWhws?si=oLFe-sgJ2w...
Nov 16, 2023•1 hr 23 min
Episod 65 Keluar Sekejap bersama YABhg Tun Mahathir Mohamad telah membincangkan isu-isu seperti pertembungan Tun M dan KJ pada suatu ketika dulu, dilema Melayu & Malaysia serta isu-isu Tun M dengan mantan-mantan Perdana Menteri Malaysia. Keluar Sekejap juga membincangkan tentang pertembungan Tun Mahathir dan Anwar pada 1999, kewajaran bagi pengampunan Najib serta isu yang mengegarkan dunia, Palestin. Di kesempatan ini, Keluar Sekejap ingin mengucapkan terima kasih kepada Pak Mat Western yang...
Nov 13, 2023•2 hr 21 min
Episod 64 Keluar Sekejap telah membincangkan isu-isu semasa seperti Keputusan Mahkamah terhadap Syed Saddiq dan Kenyataan daripada Ahli Parlimen Kepala Batas. Keluar Sekejap juga berkesempatan membincangkan tentang keputusan empat Ahli Parlimen Bersatu yang telah menyatakan sokongan terhadap kepimpinan PMX.
Nov 10, 2023•1 hr 4 min
Episod 63 Keluar Sekejap telah membincangkan isu-isu semasa seperti keanggotaan PKR dalam Liberal International, idea kepada tambatan ringgit dan keputusan kerajaan menolak kenaikan elaun tugas atas panggilan (ETAP) atau “On Call” Pegawai Perubatan. Keluar Sekejap juga berkesempatan membincangkan tentang keputusan Malaysia untuk mengeksport tenaga boleh baharu ke Singapura, Ekonomi Digital dan Tiktop Shop. Penulisan Artikel daripada Shahril berkenaan isu Palestin :https://amp.scmp.com/week-asia/...
Nov 06, 2023•1 hr 32 min
Episod 62 Keluar Sekejap telah membincangkan isu-isu semasa seperti Laporan PAC bagi Pengurusan Wabak COVID-19 serta International Health Regulations. Keluar Sekejap juga berkesempatan membincangkan isu Minggu Solidariti Palestin yang dianjurkan oleh KPM di semua institusi pendidikan dan Statut Rom-Palestin.
Nov 01, 2023•1 hr 23 min
Episod 61 Keluar Sekejap menampilkan tetamu istimewa, DYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang telah berkenan mencemar duli menyertai perbincangan kami. Pelbagai perkara telah dibincangkan seperti perisytiharan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17, kerelevanan institusi diraja, bangsa Johor dalam konteks Malaysia, masa depan JDT serta keadaan semasa politik negara.
Oct 29, 2023•1 hr 35 min
Episode 60 Keluar Sekejap telah membincangkan isu-isu semasa seperti Lawatan PMX ke Timur Tengah, Muktamar PAS 2023 dan Perhimpunan Agung MCA 2023. Keluar Sekejap juga berkesempatan membincangkan tentang isu penggantungan operasi syarikat MYAirline secara tiba-tiba. Segala urusan atau pertanyaan untuk pembelian Merchandise Keluar Sekejap boleh hubungi talian +6019-3293554. Laman web kami sedang dalam penyelenggaraan.
Oct 24, 2023•1 hr 13 min
Episod 59 Keluar Sekejap telah tertumpu kepada perbincangan tentang analisa Belanjawan Malaysia Madani 2024 yang telah dibentangkan oleh PMX pada Jumaat yang lepas.Segala urusan atau pertanyaan untuk pembelian Merchandise Keluar Sekejap boleh hubungi talian +6019-3293554. Laman web kami sedang dalam penyelenggaraan.
Oct 18, 2023•1 hr 34 min
Episod 58 Keluar Sekejap menampilkan tetamu khas iaitu Dr. Muslim Imran, Founding Director, Asia Middle East Center (AMEC) For Research & Dialogue yang juga Ahli Biro Antarabangsa Hamas di Asia, bagi membincangkan sejarah dan isu-isu tentang konflik Palestin-Israel. Keluar Sekejap juga berkesempatan membincangkan secara umum tentang Belanjawan 2024 yang telah dibentangkan oleh PMX pada Jumaat lalu. Keluar Sekejap akan membincangkan dengan lebih mendalam tentang Belanjawan 2024 pada episod ak...
Oct 16, 2023•1 hr 40 min
Episode 57 Keluar Sekejap telah membincangkan isu-isu semasa seperti Analisa PRK Dun Pelangai, Pra Belanjawan 2024, Kapal LCS yang dijangka siap pasa tahun 2029 serta keputusan laksana semula PLKN 3.0. Keluar Sekejap juga membincangkan isu penjualan tanah milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dilakukan secara rundingan terus serta 43 Rakyat Malaysia yang menjadi mangsa Macau Scam di Peru. Untuk isu antarabangsa, Keluar Sekejap berkesempatan membincangkan tentang konflik Palestin-Israel. Sepert...
Oct 12, 2023•1 hr 37 min
Episod 56 Keluar Sekejap telah membicarakan isu-isu semasa seperti diskaun PTPTN yang tidak diteruskan; jangkaan Bank Dunia tentang kemerosotan GDP Malaysia pada akhir 2023 dan pemilihan Huawei sebagai Penyedia 5G. Keluar Sekejap juga berkesempatan membincangkan isu antarabangsa iaitu “Generational End Game” yang dicadang untuk digubal di UK.
Oct 07, 2023•1 hr 28 min
Episod 55 #KeluarSekejap di Kay’s Steak & Lobster telah membincangkan isu-isu semasa seperti Rombakan Kabinet, Muktamar PAS 2023, DuitNow QR dan Aset Tabung Haji. Keluar Sekejap juga berkesempatan untuk membincangkan tentang Jerebu Rentas Sempadan yang telah melanda negara kita. Disertakan pautan laman web yang telah dinyatakan oleh Shahril pada tajuk Jerebu Rentas Sempadan : http://www.siiaonline.org/first-ever-red-alert-for-transboundary-haze-in-2023/ Kepada mana-mana syarikat, restaurant ...
Oct 04, 2023•1 hr 13 min
Episode 54 Keluar Sekejap telah membincangkan isu-isu semasa seperti Pencen Penjawat Awam, Penghijrahan Bakat (Brain-Drain) dan Industri e-Sport. Keluar Sekejap juga berkesempatan membincangkan isu antarabangsa iaitu Pemilihan Presiden Indonesia 2024. Berikut juga disertakan pautan laman web/dokumen yang dinyatakan oleh KJ dan Shahril di dalam episod kali ini : PENCEN PENJAWAT AWAM : ANGGARAN PERBELANJAAN MENGURUS 2023 - https://budget.mof.gov.my/pdf/belanjawan2023/perbelanjaan/Anggaran-Perbelan...
Sep 29, 2023•1 hr 31 min
Tiber-KS sembang macam-macam termasuk cabaran & masa depan industri podcast di Malaysia, kontroversi MP bukan Islam tafsir Al-Quran, performance PM di UNGA, krisis beras, dan masa depan KS lepas KJ dan Shahril kembali ke politik.
Sep 26, 2023•1 hr 14 min
Episode 52 Keluar Sekejap telah membincangkan isu-isu semasa seperti Persidangan UNGA dan Ucapan Negara oleh PMX.Keluar Sekejap juga berkesempatan membincangkan tentang kekecohan yang berlaku di Parlimen Malaysia dan Persiapan Malaysia ke Sukan Asia.
Sep 24, 2023•1 hr 29 min
Episod 51 Keluar Sekejap telah membincangkan isu-isu semasa seperti Penjelasan PMX di Parlimen tentang Isu DNAA, Pengasingan Kuasa AG & Pendakwa Raya, Kenyataan Menteri Ekonomi tentang Ketagihan Makan Luar. Keluar Sekejap juga berkesempatan membincangkan tentang isu Kekurangan Beras Tempatan di Pasaran dan Kenaikan Harga Barangan Asas serta Penjualan Saham LTAT.
Sep 20, 2023•1 hr 9 min
Episod 50 #keluarsekejap edisi khas bersempena Hari Malaysia menampilkan seorang tetamu istimewa iaitu Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri @tswanjunaidi untuk membincangkan sejarah penubuhan Persekutuan Malaysia, MA63 dan isu berbangkit.
Sep 16, 2023•1 hr 42 min
Episod 49 Keluar Sekejap telah membincangkan isu-isu semasa seperti penarikan sokongan Syed Saddiq terhadap Kerajaan Perpaduan, Pergelutan Dalaman UMNO dan Kehadiran Zahid Hamidi ke Kongres DAP yang mendapat sambutan hangat. Keluar Sekejap juga berkesempatan membincangkan tentang Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12) 2021-2025 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat serta isu antarabangsa seperti Persidangan G20.
Sep 13, 2023•58 min