Episod 48 Keluar Sekejap telah membincangkan isu semasa tentang Analisa PRK Pulai dan Simpang Jeram serta berkenaan kenaikan harga beras import. Keluar Sekejap juga berkesempatan membincangkan isu antarabangsa seperti Singapura dan Isu Pengubahan Wang serta Permainan Geopolitik China.
Sep 10, 2023•1 hr 21 min
Episod 47 Keluar Sekejap telah membincangkan isu panas iaitu keputusan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada semua 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah, dan pengubahan wang haram yang berkaitan dengan dana Yayasan Akalbudi. KS turut membincangkan tentang “New Industrial Master Plan” (NIMP 2030) yang baru dilancarkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. KS juga berkesempatan untuk membincangkan tentang isu luar negara seperti...
Sep 06, 2023•1 hr 13 min
Episod kali ini dibawakan khas sempena Hari Kebangsaan dengan membincangkan beberapa topik seperti National Energy Transition Roadmap (NETR) Phase 2 dan SKMM ‘Abang Besar’.KS juga membincangkan tentang Jalan Ke Arah Kemerdekaan bagi mengimbau kembali sejarah Kemerdekaan Tanah Melayu. Untuk sebarang pertanyaan, sila email keluarsekejap@gmail.com Subtitles by Hazwan
Aug 31, 2023•1 hr 16 min
Walaupun kini di luar negara, Khairy dan Shahril tetap merakamkan episod baharu secara virtual untuk membincangkan beberapa topik menarik dalam dan luar negara seperti Pilihan Raya Kecil Simpang Jeram dan Parlimen Pulai, logo DAP di mock cheque kerajaan dan kod pemakaian yang lebih mesra dengan iklim di Malaysia. KS turut menyentuh tentang beberapa isu luar negara seperti Pilihan Raya Presiden Singapura, pembentukan kerajaan Thailand dan lain-lain lagi. Links https://www.rsis.edu.sg/rsis-publica...
Aug 27, 2023•1 hr 22 min
Dalam episod kali ini KS menyentuh tentang Keluaran Dalam Negara Kasar bagi Suku Tahun Kedua, Foreign Direct Investment yang merudum, isu ambalat, pengislaman yang dibuat oleh PMX dan isu tema dan logo Hari Kebangsaan yang dipolitikkan.
Aug 21, 2023•1 hr 14 min
Episod kali ini KS menyentuh tentang Dilema Perdana Menteri DS Anwar Ibrahim, isu komunikasi kerajaan, peluang PN dan banyak lagi isu semasa. https://fulcrum.sg/on-the-horns-of-anwars-twin-dilemmas/
Aug 18, 2023•1 hr 13 min
Adakah pengundi memilih calon atau parti? Apa yang tersirat dalam kemenangan PH/BN di Negeri Sembilan? Dalam analisa PRN 2023, KS bersama tetamu khas Ong Kian Ming menyentuh tentang pelbagai topik menarik berkenaan PRN yang berlansung baru-baru ini. Antaranya adalah peratus keluar mengundi, kejutan dalam PRN, trend pengundi Melayu dan bukan Melayu dan lain-lain lagi. Untuk sebarang pertanyaan, sila email keluarsekejap@gmail.com
Aug 14, 2023•2 hr 1 min
KS menerima kehadiran Datuk Seri Azmin Ali kali ini untuk menbincangkan tentang beberapa topik menarik seperti langkah Sheraton, antara Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim, calon MB PN Selangor dan manifesto PN. KS boleh didengar atau ditonton di Spotify, Apple dan YouTube. Untuk sebarang pertanyaan sila email ke keluarsekejap@gmail.com
Aug 08, 2023•1 hr 55 min
Episod khas KS menjelang PRN menampilkan Menteri Besar Selangor, YAB Dato' Seri Amirudin Shari. Beliau menyentuh tentang isu PJD Link, perancangan untuk Selangor, langkah Sheraton, Azmin Ali dan juga Sanusi. KS boleh didengar atau ditonton di Spotify, Apple dan YouTube. Untuk sebarang pertanyaan sila email ke keluarsekejap@gmail.com
Aug 07, 2023•1 hr 32 min
Khairy dan Shahril mengupas tentang calon-calon Pilihanraya Negeri yang diumumkan baru-baru ini. Selain itu, KS turut menyentuh sedikit sebanyak tentang naratif ekonomi Madani dan pelan hala tuju peralihan negara.
Jul 29, 2023•1 hr 28 min
Episod KS kali ini menampilkan tetamu istimewa, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad dengan perbincangan yang padat dan penuh informasi tentang Gabungan PH-BN dalam PRN akan datang, cabaran di Pantai Timur dan Selangor, hubungan Rafizi dan PMX dan pelbagai is semasa yang lain.
Jul 25, 2023•1 hr 45 min
Episod kali ini menampilkan dua tetamu istimewa dari parti MUDA - YB Syed Saddiq dan YB Amira Aisya yang membincangkan tentang MUDA sebagai third force dalam PRN akan datang. KS turut menyentuh tentang pelaburan Geely di Perak, isu melanda Good Vibes Festival dan situasi Tengku Zafrul dalam BN.
Jul 23, 2023•1 hr 43 min
Sedikit kelainan dalam episod kali ini, KS menambah satu segmen “kecemasan” bagi membincangkan isu pendakwaan YAB Sanusi. Selain itu, KS turut mengupas isu-isu berkaitan dasar seperti: Hutang peneroka FELDA, Pengumuman PMX tentang kuota bumiputera di IPT, Progressive Wage Model dan keputusan kerajaan meneruskan projek HSR.
Jul 19, 2023•1 hr 16 min
Apakah komen KJ dan SH tentang ucapan MB Kedah, Sanusi baru-baru ini? Adakah ia keterlaluan? KS turut menyentuh tentang ucapan Lim Guan Eng, komunikasi JKOM, mesyuarat PMX dengan Elon Musk dan isu serantau yang lain. Keluar Sekejap juga boleh ditonton di YouTube: https://youtube.com/@keluarsekejap
Jul 15, 2023•1 hr 30 min
Bersama tetamu khas kali ini, KS membincangkan halatuju dan ideologi parti berasaskan agama di Malaysia.
Jul 11, 2023•1 hr 32 min
KS membincangkan tentang PRN yang akan datang tanpa calon dari MCA atau MIC, perjumpaan antara TS Muhyiddin Yassin dan Tun Mahathir baru-baru ini dan kenyataan Tun Mahathir tentang orang Melayu. Selain itu KS turut menyentuh tentang app terbaharu dari Meta, Threads iaitu pesaing Twitter. Rujukan : https://www.iseas.edu.sg/articles-commentaries/iseas-perspective/2023-50-why-perikatan-nasional-may-win-in-selangor-by-marzuki-mohamad-and-khairul-syakirin-zulkifli/ https://www.bloomberg.com/news/arti...
Jul 07, 2023•1 hr 6 min
Adakah wajar apa yang dilakukan Menteri Pelancongan Tiong King Sing di KLIA baru-baru ini? KS membincangkan isu ini dalam episod ini serta isu rusuhan di Perancis dan Artificial Intelligence ataupun AI.
Jul 04, 2023•1 hr 4 min
Dalam episod kali ini Khairy dan Shahril mengupas tentang PRN yang akan berlangsung tidak lama lagi, referendum rakyat, subsidi pukal kepada bersasar yang disebut Menteri Ekonomi, kenyataan Tony Pua dan banyak lagi isu tempatan serta luar negara.
Jun 28, 2023•1 hr 13 min
Dalam episod kali ini KS menyentuh tentang Coldplay dan daya tarikan dari segi industri pelancongan negara, kes Hakim Nazlan, Bossku dan UMNO serta elaun pelajar pelatih (intern) yang hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini.
Jun 23, 2023•42 min
KS menyentuh tentang Gelombang Hijau atau Green Wave yang melanda negara, Gabenor Bank Negara baharu. Apa yang dibincangkan KJ semasa bertemu Tan Sri Muhiyiddin Yassin? Apakah pula peranan KJ dalam mesyuarat halatuju ekonomi bersama PMX baru-baru ini?
Jun 21, 2023•1 hr 5 min
KS membincangkan naratif Ekonomi kerajaan Madani, keputusan dasar yang berubah-ubah, Kertas Putih Kesihatan, lawatan Jokowi dan juga turut menyentuh tentang pelawak Singapura Jocelyn Chia yang diburu PDRM.
Jun 16, 2023•1 hr 9 min
KS mengulas tentang PAU 2023 yang berlangsung baru-baru ini dengan kehadiran PMX, Kertas Putih Vaksin COVID-19 yang menekankan tentang perolehan vaksin semasa pandemik, isu pertikaian Pulau Pinang, parti baharu yang boleh memecahkan undi orang Melayu, RUU produk merokok oleh Kementerian Kesihatan serta halatuju teknologi dan ekonomo hidrogen
Jun 13, 2023•1 hr 17 min
Episod 26 KS yang dirakam di UIAM membincangkan tentang situasi politik di Malaysia dan laporan ketua audit negara 2021.
Jun 09, 2023•1 hr 32 min
Perlukah parti-parti lain dijemput ke Perhimpunan Agong UMNO? Apakah disebalik kritikan UMNO terhadap Menteri Ekonomi?
Jun 05, 2023•1 hr 14 min•Season 1Ep. 25
KS menyentuh tentang kritikan pemimpin UMNO terhadap Rafizi, Menteri Pertahanan di Shangri-La Dialogue
Jun 05, 2023•1 hr 14 min•Season 1Ep. 25
Episod kali ini menampilkan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal untuk membincangkan hala tuju politik di Malaysia. KS turut menyentuh tentang situasi nilai Ringgit yang jatuh berbanding US Dollar serta krisis hutang Amerika Syarikat. Tonton Keluar Sekejap di YouTube .
Jun 01, 2023•1 hr 36 min•Season 1Ep. 24
Mengapa pelajar lepasan SPM sekarang kurang berminat untuk sambung belajar? Undi DAP dalam PRN - apa komen ahli UMNO?
May 29, 2023•1 hr 13 min•Season 1Ep. 23
Apakah dream job KJ? Adakah terdapat persamaan antara pilihan raya di Thailand baru-baru ini dengan pilihan raya di Malaysia? Layari http://keluarsekejap.com !
May 25, 2023•56 min
Khairy dan Shahril membincangkan tawaran TSMY kepada Khairy, penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan berkaitan agama Kristian serta prestasi Malaysia dalam Sukan SEA tahun ini. Layari http://keluarsekejap.com !
May 22, 2023•1 hr 5 min
Episod kali ini KS membincangkan isu Dasar Perdagangan Tenaga Boleh Baharu (TBB), Laporan EMIR Research: Kerugian RM4.5 trillion akibat rasuah? Layari http://keluarsekejap.com !
May 17, 2023•48 min