Sempena tahun baru Hijrah ini, Usrah membawakan perbincangan yang padat dan reflektif, daripada doa akhir dan awal tahun, sembahyang sunat selepas nikah, hinggalah persoalan sama ada azan di liang lahad itu benar-benar sunnah atau tidak. Kami juga menyentuh tentang erti sebenar hijrah dalam konteks moden, membincangkan perang Iran-Israel serta keperluan menyaring kesahihan berita, dan mengulas isu hangat seperti penjualan “pahala” di Shopee – adakah ia sah di sisi agama?
Jun 26, 2025•43 min•Season 1Ep. 28
Dalam episod Usrah kali ini, kami kupas makna di sebalik lagu tema kami, lirik yang bukan sekadar sedap didengar, tapi juga mengangkat semangat dan jiwa. Kami juga ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang menyertai ibadah Qurban bersama Usrah tahun ini. Dalam sembang santai tapi bermakna ini, kita bincangkan juga tentang persepsi agama yang sering dianggap menakutkan, hakikatnya agama itu mendekat dan memeluk. Kita sentuh tentang taubat, bagaimana nak tahu jika ia diterima, serta isu mindse...
Jun 12, 2025•1 hr 6 min•Season 1Ep. 27
Dalam episod Usrah kali ini, kami kupas isu serius tentang trend TikTok yang mempermainkan neraka. Sekadar ikut trend, atau boleh membawa kepada murtad? Kami juga bincang tentang bagaimana wahyu qurban diturunkan kepada Nabi Ibrahim, dan beza antara mimpi seorang nabi dengan orang biasa. Selain itu, kami sentuh hakikat sebenar ibadah korban dan rahmat Allah yang tersembunyi di sebaliknya. Akhir sekali, kami kongsikan kenapa Hari Raya Aidiladha disambut lebih meriah di negeri Arab. Lakukan Qurban...
Jun 04, 2025•53 min•Season 1Ep. 26
Dalam episod Usrah kali ini, kami jawab pelbagai soalan menarik seperti isu pembantu rumah dan mahram, hukum melewatkan solat Isyak, cara bina keyakinan diri dan atasi cemas, serta konsep ukhuwah dalam Islam. Kami juga bincang isu khilaf insurans kesihatan, hukum forex trading, persoalan tentang kewujudan dinosaur, dan sama ada isteri berdosa jika menolak hubungan intim. Lakukan Qurban bersama Usrah: www.usrah.shop/qurban...
May 29, 2025•44 min•Season 1Ep. 25
Dalam episod Usrah kali ini, kami sambung sesi soal jawab daripada Slido dengan membincangkan soalan-soalan menarik seperti tips menjadi hafiz dan ahli Al-Quran, perbezaan menuntut ilmu di Yaman berorientasi tasawuf berbanding Madinah/Makkah, cara meraikan khilaf agar kekal sah dan harmoni, serta hukum isteri melaksanakan ibadah qurban bagi suami dan anak-anak termasuk persoalan qurban untuk orang lain. Lakukan Qurban bersama Usrah: www.usrah.shop/qurban...
May 22, 2025•51 min•Season 1Ep. 24
Dalam episod kali ini, kami buka ruang soalan melalui Slido dan jawab pelbagai persoalan agama yang dekat dengan realiti masyarakat hari ini. Antara yang dibincangkan termasuk hukum vasectomy untuk family planning, pernikahan demi umah, taubat selepas zina, serta isu riba dan ganjaran kad kredit dalam Islam. Kami juga sentuh topik seperti ibadah qurban untuk arwah, badal haji, ketagihan pornografi, dan persoalan melibatkan muallaf yang perlu hadiri upacara pengebumian bukan Islam. Lakukan Qurban...
May 15, 2025•1 hr 51 min•Season 1Ep. 23
Dalam episod Usrah kali ini, kami kupas keputusan pilihan raya terbaru di Singapura — termasuk rasa kehilangan terhadap Faisal Manap dan persoalan mengapa ramai kurang senang dengan menteri Melayu/Islam yang dilihat tidak benar-benar mewakili suara masyarakat. Kami bincangkan juga kepentingan menggunakan bahasa atau dialek yang tepat untuk menyentuh hati rakyat, serta bagaimana pemimpin Islam seharusnya tampil dan berkomunikasi dengan hikmah. Selain itu, kami sentuh isu viral pergaduhan antara ‘...
May 08, 2025•52 min
Dalam episod ini, kami kongsikan doa untuk membuat pilihan semasa mengundi, pandangan tentang pilihan raya Singapura, serta isu yang perlu diperbaiki dalam masyarakat Melayu-Muslim. Kami juga recap lawatan ke Surabaya untuk persiapan Qurban, doa-doa yang diterima termasuk dari Murshid, dan lawatan ke pusat tahfiz di sana. Akhir sekali, kami bincang cara menyampaikan takziah kepada yang bukan beragama Islam. Lakukan Qurban bersama Usrah: www.usrah.shop/qurban...
Apr 30, 2025•1 hr 18 min•Season 1Ep. 21
Dalam episod yang penuh emosi kali ini, Dzar dan Father Ismail berkongsi pengalaman menyentuh hati sepanjang lawatan mereka ke Bangladesh. Lawatan ini bertujuan untuk bertemu dengan pasukan tempatan serta penerima manfaat bagi ibadah qurban tahunan yang dijalankan. Sepanjang perjalanan, mereka menyaksikan sendiri keadaan hidup masyarakat di kawasan setinggan yang serba kekurangan, sekaligus membuka mata tentang nikmat dan rezeki yang sering kita terlepas pandang. Episod ini juga menegaskan betap...
Apr 24, 2025•1 hr 14 min•Season 1Ep. 20
Dalam episod kali ini, kami mengupas fenomena dan kontroversi di sebalik drama viral “Bidaah” yang hangat diperkatakan baru-baru ini. Apa sebenarnya maksud bidaah dalam konteks agama? Apakah itu aib guru, dan sejauh mana kita boleh atau tidak boleh mempersoalkan seorang guru? Kami juga menyentuh persoalan tentang batas hormat terhadap guru, serta peranan dan tanggungjawab seorang Muslim dalam menghadapi pilihan raya – apakah erti undi sebagai amanah, dan bolehkah seseorang itu “buang undi” secar...
Apr 17, 2025•1 hr 6 min•Season 1Ep. 19
Dalam episod kali ini di Usrah Podcast, kami membincangkan pelbagai topik penting dan relevan. Antaranya ialah hubungan antara adat dan budaya Melayu dalam Islam, sejauh mana ia selari atau bercanggah dengan ajaran agama. Kami juga kupas persoalan sama ada menyerupai kaum lain boleh menjejaskan akidah seorang Muslim. Selain itu, kami kongsikan cara sambutan Hari Raya di negeri-negeri lain serta sunnah-sunnah yang digalakkan semasa Eid. Topik penyakit ain turut disentuh. Apakah ia, bagaimana ia b...
Apr 10, 2025•1 hr 18 min•Season 1Ep. 18
Dalam episod kali ini, sempena kehadiran bulan Syawal, kami berbincang tentang pelbagai topik menarik termasuk bagaimana untuk kekal istiqomah selepas Ramadan, adab-adab ketika beraya, serta isu hangat seperti trend TikTok Hari Raya — haram ke tidak bila buat? Kami juga sentuh tentang penggunaan telefon bimbit dalam kalangan kanak-kanak dan kupas pro dan kontra penggunaan ChatGPT.
Apr 06, 2025•58 min•Season 1Ep. 17
Dalam episod kali ini, kami membincangkan segala-galanya tentang Eidulfitri—dari cara menentukan tarikh Hari Raya sehinggalah ke darjat solat sunat Aidilfitri. Bagaimana sebenarnya tarikh Hari Raya ditetapkan, dan apa itu konsep Imkanur Rukyah yang digunakan dalam penentuan hilal? Kami juga mengupas tentang takbir raya, bilakah waktu yang tepat untuk membacanya dan apakah maksud tersirat di sebalik takbir panjang yang sering kita dengar menjelang Syawal. Selain itu, kami turut membimbing anda me...
Mar 28, 2025•1 hr 14 min•Season 1Ep. 16
Di penghujung Ramadhan, kami menyelami keistimewaan Malam Lailatul Qadar—malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Mengapa malam ini dirahsiakan? Apakah tanda-tandanya, dan bagaimana kita boleh mempersiapkan diri untuk Qiyam dengan sebaiknya? Selain itu, kami juga membincangkan tentang Malam Tujuh Likur, asal-usulnya, serta tradisi yang masih diamalkan hingga ke hari ini. 💙 Sumbangkan kepada MTFA: https://visit.mtfa.org/usrah
Mar 23, 2025•1 hr 12 min•Season 1Ep. 15
Dalam episod kali ini, kami mengupas isu-isu hangat yang sering timbul ketika berniaga di bulan Ramadhan. Adakah penggunaan gimik dalam pemasaran dianggap sebagai satu bentuk penipuan? Apa hukum tadlis dalam perniagaan, dan sejauh mana kita boleh menaikkan harga tanpa melampaui batas? Selain itu, kami juga membincangkan tentang adab memberikan ulasan makanan—bagaimana cara yang betul untuk memberi maklum balas tanpa menjatuhkan perniagaan orang lain.
Mar 20, 2025•1 hr 3 min
Dalam episod kali ini, kami menjawab pelbagai soalan daripada pendengar yang dihantar melalui Instagram. Antara persoalan yang dibincangkan: Bagaimana jika kita bekerja dan tidak dapat beribadah sepenuhnya di bulan Ramadan? Sejauh mana kemampuan ibadah setiap individu diambil kira? Adakah penganut Kristian dan Yahudi akan dibangkitkan sebagai Muslim kelak, dan mengapa mereka tidak menerima Nabi Muhammad? Selain itu, kami juga menyentuh isu gentle parenting vs traditional parenting, serta bagaima...
Mar 16, 2025•1 hr 56 min•Season 1Ep. 13
Dalam episod Usrah kali ini, kami kembali menjawab pelbagai soalan daripada pendengar yang dihantar melalui Instagram. Antara persoalan yang dibincangkan ialah sahkah solat Terawih jika dilakukan dengan tergesa-gesa, kelebihan solat berjemaah, hukum menghisap vape dalam Islam, serta bolehkah solat sunat lain menggantikan solat Terawih. Selain itu, kami juga membincangkan persoalan tentang kewajipan menanggung anak tiri.
Mar 13, 2025•1 hr 9 min•Season 1Ep. 12
Dalam episod kali ini, kami membincangkan tentang hak dan kehidupan seorang asatizah. Adakah gaji mereka mencukupi? Patutkah seorang asatizah memiliki kereta mewah atau bercuti ke luar negara? Dan sejauh mana kemewahan di dunia seharusnya menjadi pertimbangan bagi mereka? Selain itu, kami juga menjawab beberapa soalan yang dihantar ke DM Instagram, termasuk kepentingan menjaga aib keluarga atau pasangan, signifikan sahur, serta niat puasa yang sebenar. 💙 Sumbangkan kepada MTFA: https://visit.mt...
Mar 09, 2025•51 min
Dalam episod kali ini, kami menjawab beberapa soalan daripada pendengar yang dihantar melalui Instagram, termasuk persoalan tentang adakah doa iftitah wajib dibaca dalam setiap solat Terawih dan Witir, serta kesahihan puasa bagi seseorang yang tidak menunaikan solat. Kami juga membincangkan cara untuk berhusnuzon dengan Allah dan bagaiman untuk sentiasa tenang, serta sejauh mana kebenaran bahawa syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu.
Mar 06, 2025•1 hr 12 min•Season 1Ep. 10
Dalam episod kali ini, kami mengupas tentang erti sebenar akhlak dan bagaimana cara menghindari sifat riak dan bangga diri dalam kehidupan seorang Muslim. Kami juga membincangkan persoalan, betul ke Jumaat penghulu segala hari? Adakah ini sekadar kata-kata orang Melayu, atau ada sandaran daripada hadis? Selain itu, kami menyentuh isu media sosial & dakwah—bolehkah kita mencontohi influencers yang berdakwah, dan adakah setiap perkongsian mereka benar serta berlandaskan ilmu yang sahih?
Feb 27, 2025•1 hr 21 min•Season 1Ep. 9
“Saya Nak Puasa & Haji, Tapi Tak Nak Solat” Bolehkah seseorang berpuasa dan menunaikan haji tanpa solat? Bagaimana solat sebenarnya mempengaruhi jiwa dan minda kita? Dalam episod ini, kami membedah psikologi solat—bermula dari wudhu, niat, makna bacaan dalam solat, hingga kepentingan memahami setiap pergerakan dan lafaz. www.usrah.shop
Feb 20, 2025•1 hr 5 min•Season 1Ep. 8
Dalam episod ini, Miss Chat kembali menjawab pelbagai persoalan pendengar tentang puasa! Kami bincangkan hukum berpuasa ketika bermusafir, cara mengatasi cabaran berpuasa, serta isu puasa sunat bagi yang belum qada. Turut dibahas, dilema ibu hamil dan menyusukan anak, serta panduan pembayaran fidyah. Dapatkan Kurma Ajwa sekarang di www.usrah.shop
Feb 13, 2025•1 hr 13 min•Season 1Ep. 7
Dalam episod kali ini, kami menjemput tetamu istimewa, ChatGPT (atau Miss Chat), untuk berbincang tentang peranan AI dalam memberi fatwa. Kami akan menguji kemampuan AI menjawab soalan-soalan Islam seperti mengapa babi itu haram, bagaimana pembahagian faraid dilakukan, dan sama ada AI boleh memahami emosi manusia. Kami juga menyentuh tentang penggunaan AI dalam dakwah oleh pendakwah Islam. Ikuti perbincangan yang menarik ini mengenai hubungan antara teknologi, agama, dan manusia!
Feb 06, 2025•1 hr 4 min•Season 1Ep. 6
Kami bersama Puan Murni Abbas, bekas Pengurus Kanan di Mahkamah Syariah dan kaunselor perkahwinan, untuk menjawab soalan-soalan perkahwinan dan keluarga dari pendengar di Slido. Isu yang dibincangkan termasuk peranan suami sebagai ketua keluarga, mawaddah dan warahmah, hak suami isteri, bila perlu pergi kaunseling, dan suami yang berhak ditaati dalam Islam. 📞 Divorce Support and Family Counselling - 63240024 📞 Agensi bagi pasangan muda di bawah 25 - 65611049 / 64163960 📞 Centre for remarriage...
Jan 30, 2025•1 hr 8 min•Season 1Ep. 5
Dalam episod kali ini, kami teruskan menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh pendengar di Slido, membincangkan pelbagai isu penting dalam perkahwinan dan hubungan dalam Islam. Antara topik yang dibicarakan termasuk tanggung jawab suami dan isteri, keperluan untuk menghadiri kursus kahwin, adakah suami menanggung semua dosa isteri, serta apa itu aib pasangan dalam Islam. Kami juga menyentuh tentang isu kontroversi "ipar adalah maut". Dengar perbincangan penuh dalam episod ini!
Jan 23, 2025•1 hr 20 min•Season 1Ep. 4
Dalam episod kali ini, kami membincangkan isu kekeluargaan seperti hak dalam perkahwinan, amalan sekeluarga untuk keberkatan, dan adab menegur ahli keluarga. Kami juga menjawab persoalan tentang mahram, anak autistik, dan kesan jika ada ahli keluarga yang tidak solat fardhu. Dengar perbincangan ini untuk memperkukuh ikatan keluarga Muslim.
Jan 16, 2025•1 hr 19 min•Season 1Ep. 3
Dalam episod kali ini, kami menjawab pelbagai soalan menarik yang diterima melalui Instagram @usrahsg. Perbincangan merangkumi hiburan yang dibenarkan dalam Islam, cara memulakan langkah mendalami agama bagi mereka yang merasa jauh dari Islam, adab serta doa terbaik apabila menerima pujian, perbezaan antara rezeki yang diberkati dengan istidraj, serta isu peningkatan perkahwinan civil dan implikasinya terhadap syariat.
Jan 09, 2025•1 hr 27 min•Season 1Ep. 2
Dalam episod pertama, Ustaz Nuzhan dan Dzar memperkenalkan podcast Usrah, membincangkan pemilihan nama, kerjasama mereka, dan program menarik yang bakal disajikan. Selamat datang ke Usrah musim 2025. Bismillah! 🤲🏻✨
Jan 02, 2025•1 hr 23 min•Season 1Ep. 1