Episod kali ni kita ucapkan Selamat Tinggal kepada Liga Malaysia. Banyak memori baik dan buruk berlaku musim yang panjang ni. Seperti biasa, habis season kita akan ada Hari Anugerah Bola Sepak Ultras Kuaci (HABUK) dan Kuaci pun ucap selamat tinggal?
May 01, 2025•41 min•Season 3Ep. 60
Pahang turun tanpa Hidalgo & Kpah, tapi adakah itu bermakna peluang mereka terus pudar? JDT pula terus konsisten macam biasa lagi lagi dengan 11 award dimenangi secara keseluruhan buat kem JDT. Dalam episod kali ni, Yob & Azmi bincang expectation menjelang Final Piala Malaysia. Kita juga sentuh pasal jualan tiket yang agak mengecewakan, apa sebenarnya yang tak kena?
Apr 24, 2025•24 min•Season 4Ep. 59
Minggu ni Nizam dan Yob borak tentang perlawanan terakhir untuk Liga Super dan sudah tentu pasal pilihan pemain untuk perlawanan Asean All Stars menentang Manchester United tak lama lagi!
Apr 17, 2025•26 min•Season 3Ep. 58
Episod minggu ni kita borak pasal game liga di Hari Raya dengan hanya beberapa game sahaja lagi yang tinggal. Juga luahan rasa dengki tengok jiran beraya ke Piala Dunia selepas menang 2 perlawanan pertama dalam Asian Cup u-17.
Apr 10, 2025•27 min•Season 3Ep. 54
Sempena raya ni, kita santai sikit dengan main kuiz untuk test teknologi AI punya pengetahuan tentang 'scene' bola sepak negara kita. Kita tengok siapa antara Yob dan Azmi yang menang.
Apr 03, 2025•23 min•Season 3Ep. 56
Malaysia mula dengan bergaya lawan Nepal. Dengan performance player-player kita yang kelihatan banyak improvement, dengan debut game Hector Hevel Nizam dan Yob bincangkan apa hasil lawan Nepal dan apa cerita Piala MFL batal musim depan ni?
Mar 27, 2025•31 min•Season 3Ep. 55
Senarai call up dah keluar untuk lawan Nepal. Biarpun takda friendly disediakan untuk kita test power, kita tetap akan bincang pasal senarai ni dan apa sasaran sepatutnya untuk lawan Nepal di bulan puasa ni.
Mar 20, 2025•22 min•Season 3Ep. 54
Episod minggu ni kita borak pasal pengumuman dua pasukan gergasi Liga Malaysia, Sri Pahang dan Kedah akan bubar musim depan. Selain tu, kita jugak borak pasal game JDT Buriram yang bukan berpihak kepada JDT hari tu.
Mar 13, 2025•20 min
Episod minggu ni, kami bincang keputusan seri 2 gergasi Asia Tenggara, JDT dan Buriram dalam ACL Elite, kemerosotan prestasi Pahang yang dah 5 perlawanan tanpa menang, isu gaji tertunggak walaupun dah dijanjikan Presiden, serta cabaran pemain beraksi di bulan puasa.
Mar 06, 2025•21 min•Season 3Ep. 52
Dua Piala Liga Malaysia settle sebelum masuk bulan puasa. So kita bincangkan pasal beza sambutan dua kejuaraan ini. Agak agak bila puasa?
Feb 27, 2025•28 min•Season 3Ep. 51
Episod minggu ni kita borak pasal apa tugas pertama Presiden FAM baru kena buat setelah memegang jawatan, juga kehebatan JDT serta yang membawa nama Malaysia secara solo.
Feb 20, 2025•34 min•Season 3Ep. 50
Episod kali ni kita borak pasal pencapaian kelab Malaysia di peringkat ASEAN dan Asia, kolaborasi streetwear dan bola sepak yang nampak mendapat sambutan yang hangat. Juga kami tak pinggirkan Piala Cabaran!
Feb 13, 2025•29 min•Season 3Ep. 49
Episod kali ni kita borak pasal separuh akhir Piala Malaysia dan Piala Cabaran. Dengan kekurangan jumlah penyokong yang hadir ke stadium, betul ke Liga Malaysia nak mati? Apa pendapat korang semua?
Feb 06, 2025•27 min•Season 3Ep. 48
Episod istimewa sempena Tahun Baru Cina. Kita bincangkan pasal pemain berbangsa Cina di Liga Malaysia dulu dan sekarang.
Jan 30, 2025•25 min•Season 3Ep. 47
Minggu ni kita borak pasal semi final Piala Malaysia dan Piala Cabaran. Rupa-rupanya sengit juga Piala Cabaran ni. Juga pasal isu jadual Liga Malaysia yang pening.
Jan 23, 2025•27 min•Season 3Ep. 46
Minggu ni kita fokus Piala Malaysia yang sekarangxa semakin mendebarkan dengan peringkat separuh akhir yang dijadualkan berlangsung pada 17-18 Januari 2025 dan 1-2 Februari 2025. Semua ada sebab tersendiri untuk cuba layak ke final.
Jan 16, 2025•31 min•Season 3Ep. 45
Skuad bola sepak negara kita sedang meniti fasa revolusi untuk meningkatkan kualiti pasukan kebangsaan kesayangan kita, Harimau Malaya dengan sasaran utama sudah tentu untuk menguasai ASEAN, Asia dan ke Piala Dunia. Adakah kita di landasan yang tepat?
Jan 09, 2025•30 min•Season 3Ep. 44
Untuk mulakan 2025, sebab tak ada game langsung, kita imbas kembali apa memori best dan tak best tahun 2024 dalam bolasepak Malaysia. Dari Piala Asia, hingga ke Piala AMEC kita bincangkan. Macam banyak tak best je dari yang best? Apa pandangan korang, boleh bagitahu kami!
Jan 02, 2025•23 min•Season 3Ep. 43
Dengan keputusan seri tanpa jaringan menentang Singapura di Bukit Jalil, kita tutup 2024 dengan kesuraman apabila Malaysia gagal layak ke separuh akhir Piala AMEC. Kita borak juga pasal suku akhir Piala Malaysia dan Piala Cabaran.
Dec 26, 2024•26 min•Season 3Ep. 42
Skuad Harimau Malaya kita bakal berdepan aksi 'hidup mati' menetang seteru kita, Singapura untuk aksi terakhir Kumpulan A dengan harapan untuk mara ke separuh akhir Piala ASEAN 2024 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Jumaat ini. Dalam episod ni, kita borak pasal Piala Malaysia dan menyebarkan seruan untuk rakyat Malaysia penuhkan Bukit Jalil untuk game lawan Singapura Jumaat ni.
Dec 19, 2024•31 min•Season 3Ep. 41
Malaysia mulakan kempen Piala ASEAN Mitsubishi Eletric (AMEC) 2024 dengan keputusan seri bertemu Kemboja, Pau Marti umum ini tugasan terakhir dan pemain boleh balik main dengan kelab. Adakah ini kempen Piala AFF paling aneh untuk Malaysia?
Dec 12, 2024•35 min•Season 3Ep. 40
Dalam episod kali ini, kita kupas pasal skuad Harimau Malaya yang bakal beraksi dalam Piala AFF 2024. Dari senarai pemain, analisis formasi, hingga ramalan perlawanan sengit yang menanti. Siapa bakal kesebelasan utama? Adakah ini skuad ‘asal ada’? Boleh ke kita ulang kejayaan 2010?
Dec 06, 2024•45 min•Season 3Ep. 39
Minggu ni kita cuba ramal second leg RO16 Piala Malaysia. Macam mana nasib Kedah tanpa Nafuzi dan Sabah hilang Datuk Ong Kim Swee ke Solo. Bolehkeh Datuk OKS dan Nafuzi menyumbang dalam apa cari sekalipun untuk pasukan negara kita? Juga apa cerita design poster FAM?
Nov 28, 2024•33 min•Season 3Ep. 38
Minggu ni kita borak pasal Malaysia. Khabarnya akan ada revolusi berlaku? Kita pasti ramai yang excited dengan berita ni kan. Bolehkah kita atasi pencapaian negara jiran kita? Sama-sama kita nantikan. Juga kita borak pasal Datuk Ong Kim Swee yang tinggalkan Sabah.
Nov 21, 2024•31 min•Season 3Ep. 37
Perlawanan antarabangsa bakal datang lagi dengan beberapa muka baru dipanggil Pau Marti bagi perlawanan menentang Laos dan India. Kuaci cuba letakkan KPI untuk dua perlawanan ni dan bagi panas pasal isu pengadil.
Nov 14, 2024•32 min•Season 3Ep. 36
Episod minggu ni, banyak juga topik nak kena bincang. Bermula dengan cerita perpisahan Nidzam Jamil dengan Selangor kepada isu visa, Malaysia perlukan sosok seperti Erick Thohir dan Perak ada ‘home baru’.
Nov 07, 2024•34 min•Season 3Ep. 35
Episod kali ni, Yob is back bersama Nizam untuk kembali borak pasal Liga Malaysia. Kita borak pasal kekalahan Selangor vs JDT tempoh hari dengan pandangan berkaitan Nidzam Jamil. Tetamu khas Jack akhirnya tolong bercakap pasal Negeri Sembilan.
Oct 31, 2024•40 min•Season 3Ep. 32
Liga Malaysia dah berlangsung separuh musim. Ada benda best, ada yang tak best. Episod ni kita tengok pilihan Nizam dan Azmi untuk pemain dan pasukan terbaik juga terburuk.
Oct 24, 2024•40 min•Season 3Ep. 31
Harimau Malaya kita tewas kepada pasukan New Zealand dengan jaringan 4-0 sekaligus menepikan hasrat kita untuk berada di Pot 1 bagi Kelayakan Piala Asia. Punya perit kalah lawan New Zealand, episod ni Nizam dan Azmi ambik peluang rant habis habisan. Malaysia memang tak nak ke Piala Asia ke?
Oct 17, 2024•36 min•Season 3Ep. 32
Minggu ni Nizam ditemani Azmi untuk borak pasal perlawanan Malaysia menentang negara tangga ke-95 dunia, New Zealand. Mampukah pemain pertahanan Malaysia menyekat pemain Nottingham Forest, Chris Wood dari menjaringkan goal? Oh ya, apa cerita game Perak vs JDT tunda lagi?
Oct 10, 2024•40 min•Season 3Ep. 31