MJ12 Gerun Malam - podcast cover

MJ12 Gerun Malam

Mediacorpwww.melisten.sg

Ria’s most popular radio program is now on podcast! Listen to the most terrifying and spooky catch-up and original stories right here with MJ12 Gerun Malam!

The views and opinions shared during this podcast series are those of the hosts and guests and do not necessarily reflect the views of Mediacorp Pte. Ltd. or its group of companies.

Last refreshed:
Follow this podcast in the Metacast mobile app to refresh it and see new episodes.
Download Metacast podcast app
Podcasts are better in Metacast mobile app
Don't just listen to podcasts. Learn from them with transcripts, summaries, and chapters for every episode. Skim, search, and bookmark insights. Learn more

Episodes

MJ12 ORIGINAL EP47: LOOPING

Seorang remaja berusia 16 tahun bekerja part-time di sebuah kompleks membeli-belah lama. Satu petang, dia memilih untuk turun menggunakan tangga—dan sejak itu hidupnya berubah. Tangga yang sepatutnya membawa ke tingkat bawah, membawanya berulang kali ke tingkat “4”. Di sanalah dia bertembung dengan sosok wanita berkebaya kuning sehingga dia pengsan dan ditemui di basement dengan keadaan mencurigakan. Kisah penuh misteri dan trauma ini membuka rahsia tragis di sebalik tangga berhantu kompleks ter...

Sep 29, 202513 minSeason 4Ep. 47

MJ12 ORIGINAL EP46: SIPUT GONDANG

Seorang pemuda dari Selangor pernah menuntut di sebuah sekolah pondok di Kelantan pada tahun 90-an. Di sana, dia bersama sahabatnya mula mengalami gangguan aneh selepas seorang rakan memakan siput gondang dari sungai berhampiran — tempat yang dikatakan menjadi “istana jin”. See omnystudio.com/listener for privacy information.

Sep 24, 202514 minSeason 4Ep. 46

MJ12 ORIGINAL EP45: WANITA DI SEKOLAH

Aidil membawa kita kembali ke zaman persekolahannya, ketika satu perkhemahan bertukar jadi pengalaman yang tidak akan dilupakannya. Di blok lama sekolah itu… dia dan adiknya berdepan dengan sosok misteri wanita yang masih menghantui ingatan mereka. See omnystudio.com/listener for privacy information.

Sep 22, 202512 minSeason 4Ep. 45

MJ12 ORIGINAL EP44: VILLA

Sebuah keluarga bercuti ke Cameron Highlands dan menginap di sebuah villa mewah atas bukit. Namun, percutian indah itu bertukar ngeri apabila anak sulung mereka berdepan penampakan “ibunya” yang bukan manusia. Gangguan semakin menjadi-jadi hingga si ayah sendiri melihat satu susuk menyeramkan berkelubung di atas katil. Kisah ini akan buat anda berfikir dua kali sebelum meninggalkan ahli keluarga bersendirian di tempat asing. See omnystudio.com/listener for privacy information....

Sep 17, 202512 minSeason 4Ep. 44

MJ12 ORIGINAL EP43: 9 KUNTUM BUNGA

Sebuah mimpi aneh membawa seorang insan ke sebuah kampung asing yang tidak pernah mengenal malam. Di sana, penduduknya berhubung hanya dengan fikiran, tanpa suara. Seorang lelaki misteri mahu dia tinggal selamanya, namun hasrat untuk pulang makin menebal. Kemunculan seorang wanita berusia 30-an dengan syarat pelik – mencari 9 kuntum bunga – menjadi penentu sama ada dia mampu kembali ke dunia nyata… atau terus terperangkap di alam itu. See omnystudio.com/listener for privacy information....

Sep 15, 202515 minSeason 4Ep. 43

MJ12 ORIGINAL EP42: KORBAN BUNIAN

Satu perjalanan malam yang bermula dengan seketul donut bertukar menjadi tragedi ngeri di jalan sunyi sebuah kampung. Insiden kemalangan itu bukan sekadar meninggalkan parut fizikal… tetapi juga membuka ruang gangguan makhluk halus yang menuntut “korban”. See omnystudio.com/listener for privacy information.

Sep 10, 202512 minSeason 4Ep. 42

MJ12 ORIGINAL EP41: MIMPI ATAU REALITI

Nur berkongsi pengalaman luar biasa yang membuatnya mempersoalkan antara mimpi dan realiti. Dari gangguan simbol mata satu, gangguan sihir wafaq, hingga pertemuan dengan makhluk menyerupai tentera dajjal, kisah ini membawa kita menelusuri perjalanan seorang wanita yang mencari ilmu akhir zaman, menghadapi ketakutan, dan akhirnya menemui ketenangan melalui petunjuk agama. Sebuah cerita yang membuka mata tentang bahaya terdedah pada sihir dan pentingnya iman dalam kehidupan seharian. See omnystudi...

Sep 08, 202512 minSeason 4Ep. 41

MJ12 ORIGINAL EP40: ANUGERAH ANAK JIRAN

Malam ini, Kiki berkongsi pengalaman luar biasa tentang jiran dan anaknya, Aman, yang lahir dengan kelebihan luar biasa—mampu melihat makhluk ghaib yang tidak kelihatan oleh orang biasa. Dari gangguan makhluk halus hingga perlindungan oleh jin Islam, kisah ini membawa pendengar menyelami dunia yang jarang disedari manusia. Satu pengajaran bahawa di bumi Allah ini, bukan kita sahaja yang hidup, dan anak-anak tertentu menanggung beban yang luar biasa. Kisah penuh misteri dan pengajaran ini menging...

Sep 03, 202512 minSeason 4Ep. 40

MJ12 ORIGINAL EP39: DENDAM CIK TIPAH

Di sebuah kampung terpencil di Sarawak, seorang gadis cantik bernama Tipah mengalami tragedi yang mengubah hidupnya—dikhianati, dizalimi, dan kehilangan keadilan. Dari gadis manis menjadi wanita dendam, Tipah menuntut pembalasan dengan cara yang menyeramkan. Kisahnya penuh misteri, darah, mantera, dan entiti ghaib, meninggalkan penduduk kampung dalam ketakutan. Apakah Tipah hanya mangsa, atau kekejamannya adalah balasan yang menakutkan? Dengarkan kisah penuh seram dan dendam ini malam ini di Mis...

Sep 01, 202513 minSeason 4Ep. 39
Hosted on Omny Studio
For the best experience, listen in Metacast app for iOS or Android