Keluar Sekejap - podcast cover

Keluar Sekejap

Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdanwww.keluarsekejap.com
Podcast Keluar Sekejap (KS) bersama Khairy Jamaluddin (KJ) dan Shahril Hamdan. Merapatkan jurang dalam perbincangan isu politik dan semasa dengan gaya lebih santai serta bahasa yang mudah difahami. For collaboration and sponsorship, contact commercial@ksmedia.my
Last refreshed:
Follow this podcast in the Metacast mobile app to refresh it and see new episodes.
Download Metacast podcast app
Podcasts are better in Metacast mobile app
Don't just listen to podcasts. Learn from them with transcripts, summaries, and chapters for every episode. Skim, search, and bookmark insights. Learn more

Episodes

EP160 | Mengapa Politik? Cabaran Pembangkang, Dominasi PAP, Hubungan Serantau, Masa Depan Tanpa PAP

Audio Siar Keluar Sekejap Episod 160 menampilkan satu wawancara eksklusif bersama Pritam Singh, Ketua Pembangkang Singapura dan tokoh utama Parti Pekerja (Workers’ Party). Dalam episod ini KS menyelami perjalanan peribadi dan politik Pritam Singh daripada latar belakang pendidikan, karier awal, sehinggalah keputusan menyertai dunia politik yang dikawal rapi di bawah pemerintahan People’s Action Party (PAP).Perbincangan dibuka dengan sorotan terhadap struktur dan dinamika politik Singapura termas...

Jun 24, 20251 hr 49 min

EP4 #KenaSoal | Konflik Iran-Israel, Reformasi Parlimen, Masa Depan AI

Dalam Episod 4 Kena Soal, perbincangan hangat menyentuh beberapa isu-isu serantau dan tempatan yang menjadi tumpuan. Antara soalan-soalan yang dijawab termasuklah persoalan sama ada Parlimen perlu mengadakan pendengaran awam, ancaman perangkap pendapatan sederhana, kuasa penjawat awam, pengaruh Kelab Remaja PAS terhadap naratif politik belia, keperluan undang-undang AI, dan juga ketegangan Iran-Israel kebelakangan ini. 00:00 INTRO 00:50 REFORMASI PARLIMEN @wan.ali.imran: Should parliament hold h...

Jun 20, 20251 hr 12 minEp. 4

Nahas Pelajar UPSI, Reformasi Sistem Pengangkutan, SST vs GST

Audio Siar Keluar Sekejap Episod 159 menyentuh sebuah tragedi menyayat hati yang mengorbankan 15 mahasiswa UPSI dalam kemalangan bas di lebuhraya Jeli-Gerik. KeluarSekejap membuka ruang kepada Abdul Wafi Kamarudin, salah seorang mangsa yang terselamat untuk berkongsi pengalaman ngeri yang dilaluinya, kesan trauma serta luahan hati terhadap kegagalan sistem keselamatan jalan raya negara. Episod ini turut membedah kegagalan struktur dan penguatkuasaan yang telah lama membelenggu isu keselamatan pe...

Jun 17, 20251 hr 37 min

EP158 | Petronas Kurangkan 10% Pekerja, Fahmi Reza Disekat, Subsidi LPG, Peluasan SST

Audio Siar Keluar Sekejap Episod 158 kali ini menyaksikan kembalinya Shahril Hamdan sebagai hos bersama KJ, dalam sebuah episod yang membedah pelbagai isu semasa dari sudut politik, dasar awam dan cabaran kerajaan Madani memasuki separuh penggal pemerintahan. Episod dibuka dengan perbincangan tentang fenomena “half-term blues” apabila kerajaan mula hilang momentum reformasi, komunikasi dasar menjadi lemah, dan kecekapan pentadbiran dipersoalkan. KJ dan Shahril membincangkan kesan kepada modal po...

Jun 10, 20251 hr 40 min

EP157 | Zafrul Sertai PKR, 2 Menteri Letak Jawatan, Prestasi Pelaburan KWSP, Pemaparan Harga Ubat

Audio Siar Keluar Sekejap Episod 157 kali ini menampilkan hos jemputan, Zaidel Baharuddin, yang bergandingan bersama KJ dalam sebuah episod yang sarat dengan perbincangan isu semasa merangkumi politik, dasar kesihatan dan landskap ekonomi negara. Episod dibuka dengan analisis mengenai keputusan mengejut Tengku Zafrul meninggalkan UMNO dan menyertai PKR, termasuk implikasinya terhadap kestabilan Kerajaan Perpaduan, keberkesanan Akta Anti Lompat Parti serta ramalan masa depan politik beliau selepa...

Jun 06, 20251 hr 24 min

EP156 | Krisis Liga M, Revolusi Harimau Malaya, Pemilihan PKR, ASEAN 2025

Audio Siar Keluar Sekejap Episod 156 menampilkan wartawan sukan dan pengulas bola sepak Keeshaanan Sundaresan (Keesh) sebagai tetamu jemputan bagi membincangkan krisis Liga Malaysia yang menyaksikan pasukan tempatan gagal mendapatkan lesen bersaing, kegagalan tadbir urus bola, serta cadangan seperti salary cap dan ASEAN Super League. Episod ini juga menyentuh realiti budaya bola sepak tempatan, kelesuan sistem pembangunan pemain, dan cadangan masa depan buat program NFDP serta pasukan kebangsaan...

May 28, 20251 hr 27 minEp. 156

EP155 | LIMA ‘25, Pencen 65 Tahun, Pengharaman Vape, Sidang Kemuncak ASEAN, Petronas-Petros

Terima kasih MYDATASSM – Sumber Maklumat Korporat Malaysia yang Dipercayai kerana sudi menaja episod ini! Dengan akses pantas dan mesra pengguna kepada data rasmi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), MYDATASSM membantu anda membuat keputusan yang lebih tepat dan yakin - sama ada untuk urusan bisnes, membuka akaun bank perniagaan, semakan latar belakang, atau keperluan rasmi. Mantra kami, "Segalanya Mudah dengan MYDATA", mencerminkan komitmen kami untuk memudahkan proses anda, dari semakan maklum...

May 23, 20251 hr 33 min

EP154 | Kemalangan FRU, Damai VS Hiruk, PMX ke Rusia, PRN Sabah, Trump-Saudi

Audio Siar Keluar Sekejap Episod 154 antaranya membincangkan kemalangan di Teluk Intan yang melibatkan anggota FRU serta perbincangan mengenai isu keselamatan jalan raya di Malaysia termasuk kelemahan dalam penguatkuasaan undang-undang terhadap kenderaan berat. Episod ini juga membincangkan PRN Sabah 2025 yang bakal diadakan tahun ini dengan spekulasi mengenai kerjasama antara PH, BN, dan GRS serta konflik politik yang mungkin timbul dalam pengagihan kerusi dan calon Ketua Menteri. Turut dikupas...

May 16, 20251 hr 44 min

EP3#KenaSoal | PILIHAN RAYA SINGAPURA, ISU GAJI BERMARUAH, RAFIZI VS IZZAH

Dalam Episod 3 Kena Soal, perbincangan hangat melibatkan beberapa isu besar serantau dan tempatan. Antara soalan-soalan yang dijawab termasuklah perkembangan terkini Pilihan Raya Singapura, kemungkinan pertembungan Timbalan Presiden PKR antara Rafizi dan Nurul Izzah, isu Gaji Bermaruah yang diutarakan oleh Bekas Gabenor Bank Negara serta ketegangan yang berterusan dalam krisis India-Pakistan.*00:00 INTRO**01:59 PILIHAN RAYA SINGAPURA*@aqmarjewelson: Mohon KS beri penerangan tentang keputusan Pil...

May 08, 20251 hr 18 minEp. 3

EP153 | Lawatan Xi Jinping, Zafrul ke Washington DC, PRK Ayer Kuning, Pemilihan PKR, Perluasan SST

Keluar Sekejap dikesempatan ini ingin mengucapkan terima kasih Alomaid, Wolf & Turtle, Putera Puteri London & Mofaz Supreme X 7Tujuh Travel atas tajaan untuk KS UK Tour.Khas untuk pendengar Keluar Sekejap, Alomaid bagi RM500 diskaun untuk pakej Alomaid Connect. Guna je kod KSALOMAID500 di laman web alomaid.com atau ketika berunding bersama Alomaid. Jom buat keputusan bijak dan beretika, ambil pekerja domestik secara sah dengan Alomaid!Audio Siar Keluar Sekejap Episod 153 antaranya membin...

May 02, 20251 hr 23 minEp. 153

EP152 | Tun Abdullah Ahmad Badawi Dalam Kenangan

Audio Siar Keluar Sekejap Episod 152 merupakan episod khas bagi memperingati Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri ke-5 Malaysia yang telah kembali ke rahmatullah pada 14 April 2025. Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2025, boleh hubungi +601119191783 ataun pengalaman dan kenangan masing-masing bersama Tun Abdullah semasa hayat beliau. Dalam episod ini, tetamu-tetamu jemputan mengupas sisi peribadi dan kepimpinan Tun Abdullah yang jarang didedahkan kepada umum...

Apr 23, 20252 hr 47 minEp. 152

EP151 | Reformasi v Reforbasi, Team AI v RR, Parti Derita ke Kuasa, Madani: Pengumuman & Pelaksanaan

Audio Siar Keluar Sekejap Episod 151 menampilkan YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, dalam satu perbincangan menyeluruh yang merangkumi pelbagai isu besar dari perubahan iklim hingga ke perubahan dalam parti. Antara yang dibincangkan termasuk perkembangan kementerian beliau seperti Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Kebangsaan, pelaksanaan RUU CCUS, serta kontroversi seputar eksplorasi nadir bumi (REE) yang melibatkan pertembungan antara kerajaan pusat dan negeri. E...

Apr 14, 20251 hr 47 min

EP150 | Tarif Timbal Balik A.S, Abang Belon, Letupan Putra Heights, Kemalangan Musim Perayaan

Audio Siar Keluar Sekejap episod 150 membincangkan secara mendalam mengenai keputusan Presiden Amerika Syarikat untuk mengenakan tarif timbal balik ke atas negara-negara lain dan kesan langsung keputusan ini kepada ekonomi dunia.Episod ini turut menyentuh mengenai tindakan penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ke atas peniaga jalanan terkait insiden pergelutan penguatkuasa DBKL dengan ‘Abang Belon’ serta tragedi letupan paip gas di Putrajaya Heights. Selain itu, kedua-dua hos turut ...

Apr 08, 202549 min

EP149 | PN Pembangkang Lemah, Prestasi Kerajaan Madani, Bersatu Tunggang PAS, Dalang Sheraton, Azmin

Audio Siar Keluar Sekejap Episod 149 menampilkan Dato’ Seri Hamzah Zainuddin, Ketua Pembangkang dan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) antaranya membincangkan perjalanan politik beliau daripada sebagai ‘political operator’ sehingga Ketua Pembangkang. Keluar Sekejap juga membincangkan peranan Perikatan Nasional (PN) sebagai pembangkang, serta prestasi Kerajaan Madani. Keluar Sekejap turut mengulas tentang hubungan Bersatu dan PAS serta masalah dalaman Bersatu antara kem Ha...

Mar 21, 20251 hr 52 min

EP147 | -Hina Hindu, Akta Perkhidmatan Parlimen, Warisan Tanding Solo, Tarif Trump

Audio Siar Keluar Sekejap Episod 147 dibawakan khas oleh Joey Sofa membincangkan isu utama minggu ini. Antaranya, Akta Perkhidmatan Parlimen dan sejauh mana ia benar-benar memperkukuh kebebasan legislatif. Kami juga mengulas pemilihan DAP serta hala tuju baru parti, selain membedah strategi Parti Warisan yang akan bertanding solo dalam PRN Sabah. Turut disentuh, kontroversi penyampai Era FM dan reaksi masyarakat terhadap isu ini, serta caruman wajib KWSP untuk pekerja asing. Di peringkat global,...

Mar 12, 20251 hr 45 min

EP146 | Visi Silikon Malaysia | Hospital Swasta dan Inflasi Kos Perubatan

Audio Siar Keluar Sekejap episod 146 membincangkan secara mendalam mengenai inflasi kos perubatan di hospital swasta serta kesannya kepada sistem kesihatan negara bersama dua orang tetamu khas iaitu Presiden dan Setiausaha Kehormat Persatuan Hospital Swasta Malaysia, (Association of Private Hospitals of Malaysia, APHM) Datuk Dr Kuljit Singh dan TuanAnwar Anis.Episod ini juga membincangkan mengenai Visi Silikon Malaysia yang baru sahaja dilancarkan. Kedua-dua hos turut memberikan respon terhadap ...

Mar 07, 20251 hr 36 min

EP145 | SPRM Jumpa 150 juta?, Beras, Majlis Media Malaysia, Insurans Tak Bayar Hospital Swasta?

Audio Siar Keluar Sekejap episod 145 membincangkan beberapa isu utama termasuk kontroversi penarikan saman 1MDB terhadap Riza Aziz serta berkenaan kenaikkan kos rawatan hospital swasta dan peranan insurans dalam menentukan harga rawatan. Episod ini turut menyentuh isu kartel beras dan ketidaktelusan dalam industri padi, termasuk persoalan mengapa laporan MyCC mengenai kartel beras masih belum diumumkan oleh PMX. Selain itu, kami turut membincangkan RUU Pekerja Gig yang sedang dirangka, termasuk ...

Mar 02, 20251 hr 14 min

EP144| ‘Right-sizing’ Petronas | Urban Renewal Act (URA) | Tarif Semikonduktor | Pemilihan DAP & PBB

Audio Siar Keluar Sekejap episod 144 membincangkan berkenaan cadangan ‘right-sizing’ kakitangan Petronas serta cadangan Akta Pembaharuan Semula Bandar (URA)Episod ini turut menyentuh berkenaan tarif 25% yanb akan dikenakan oleh Amerika Syarikat ke atas industri semikonduktor dan kesan implikasinya kepada Malaysia. Selain itu, episod kali ini juga secara sepintas lalu menyentuh mengenai keputusan pemilihan PBB pada minggu lalu serta pemilihan parti DAP yang akan berlangsung pada bulan Mac depan.B...

Feb 24, 20251 hr 9 min

Garis Panduan Umat Islam, Kenaikan Tarif Elektrik, Pajakan 28 Helikopter, Rancangan Trump-Gaza

Audio Siar Keluar Sekejap Episod 143 antaranya membincangkan isu garis panduan bagi umat Islam menghadiri majlis di rumah ibadat atau majlis perayaan penganut agama lain. Keluar Sekejap juga mengulas 28 helikopter yang disewa kerajaan menerusi kontrak bernilai RM16 bilion bagi tempoh 15 tahun serta kenaikan tarif elektrik untuk industri dan mahakaya mulai Julai ini. Bagi isu antarabangsa, Keluar Sekejap turut menyentuh rancangan Presiden Trump untuk mengambil alih Gaza. Bagi yang berminat menaja...

Feb 14, 20251 hr 29 min

EP1 #KenaSoal | Petronas, DOGE, Tenaga Nuklear, Prestasi MYR, Pendanaan Politik, Satelit Malaysia

00:00 INTRO 01:30 PETRONAS 1. syfqar: How’s PETRONAS’ right sizing affecting the nation’s economy? 2. paktam_nizama: If no more PETRONAS in another 10 years, what will happen to Malaysia? 7:51 DOGE 1. notdevpatel: Will the government look to implement DOGE like entity to streamline operations? 18:01 KEPERLUAN PERSEDIAAN KERJA 1. rish_arm: Should people pursue their studies at a higher level with current difficulties in getting jobs afterward? 2. bintu_talib: Can you share one thing you learned f...

Feb 11, 20251 hr 15 min

EP142 | Pemilihan PKR & UMNO, Bandar Wakaf Malaysia, Krisis Beras, Tarif A.S., Perang Teknologi A.I

Audio Siar Keluar Sekejap episod 142 membincangkan berkenaan rancangan pembinaan Bandar Wakaf Malaysia di Gaza, krisis beras dan padi serta keputusan Mahkamah Persekutuan berkenaan pelarasan pencen pesara. Episod ini turut menyentuh berkenaan pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta cadangan pindaan kepada kaedah pemilihan UMNO. Bagi isu antarabangsa pula, episod ini menyentuh berkenaan tarif Amerika Syarikat (A.S.) ke atas negara-negara lain serta perang teknologi AI antara A.S dan negara Ch...

Feb 04, 20251 hr 14 min

EP141 | 3 U-Turn: Tol Diskaun/ Himpunan Benci Rasuah/ Batal WBB, Dasar Ekonomi Baru, Implikasi Trump

Audio Siar Keluar Sekejap Episod 141 membincangkan berkenaan tiga u-turn yang dibuat oleh kerajaan Madani berkenaan diskaun tol sempena musim perayaan, kebenaran untuk himpunan benci rasuah serta dasar waktu bekerja berlainan bagi petugas kesihatan. Episod ini turut mengulas kenyataan Tun Mahathir menyatakan bahawa tindakan afirmatif untuk Bumiputera di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB) tidak boleh kekal selamanya dan perlu dihentikan suatu hari nanti. Selain itu, Keluar Sekejap turut menyentuh men...

Jan 28, 20251 hr 25 min

EP 140 | Siri Lawatan PMX | WEF2025 | Ham dan Sijil Halal | Presiden Trump | Gencatan Senjata Gaza

Audio Siar Keluar Sekejap Episod 140 membincangkan berkenaan siri lawatan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim ke beberapa buah negara termasuk ke World Economic Forum 2025 di Davos, Switzerland. Episod ini turut menyentuh isu ham sandwich dan penggunaan sijil halal secara tidak sah serta turut menyentuh berkenaan pengumuman kerajaan yang menghentikan pemberian tol percuma semasa musim perayaan. Selain itu, Keluar Sekejap turut membincangkan mengenai tindakan Presiden Amerika Syarikat, Dona...

Jan 22, 20251 hr 23 min

EP139 | Visit Malaysia 2026, Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura, HSR, Tarif TNB, ASEAN 2025

Audio Siar Keluar Sekejap episod 139 antaranya membincangkan tentang Visit Malaysia 2026 yang telah dilancarkan oleh PMX pada minggu lepas. Episod ini juga membincangkan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura yang telah dimeterai serta keputusan kerajaan menangguh projek HSR. Keluar Sekejap turut mengulas tentang tarif TNB, tahun penting Malaysia sebagai Kepengerusian ASEAN 2025 dan keputusan AS menghadkan eksport cip. Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2025, boleh hubungi +60111919...

Jan 15, 20251 hr 17 min

EP 138 | Titah Addendum Wujud, Sambutan Krismas KPKT | Nahas Kenderaan Berat

Audio Siar Keluar Sekejap episod 138 bersiaran buat kali pertama untuk tahun baru 2025 antara lain membincangkan tentang keputusan Mahkamah Rayuan berhubung rayuan Datuk Seri Najib Razak berkenaan Titah Addendum. Episod ini juga menyentuh mengenai sambutan perayaan Krismas yang diadakan di salah sebuah kementerian yang telah tular dan menjadi isu hangat media sosial serta kejadian kemalangan melibatkan kenderaan besar yang semakin kerap berlaku akhir-akhir ini sehingga menimbulkan kerisauan oran...

Jan 09, 20251 hr 9 min

Wawancara Bersama Anies Baswedan (Calon Pilpres Indonesia 2024) : Ramalan Pentas Dunia 2025

Episod ini dibawakan khas kepada penonton dan pendengar Keluar Sekejap sempena cuti tahun baru. Episod ini akan membincangkan ramalan pentas dunia untuk tahun 2025 serta wawancara Shahril Hamdan bersama Anies Baswedan, Bekas Calon Presiden Indonesia 2024 dan Bekas Gabenor Jakarta. Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2025, boleh hubungi +601119191783 atau emel kami di commercial@ksmedia.my

Dec 30, 20241 hr 29 min

Langkah Zafrul | Musa Aman TYT Sabah | Pejabat A.I Kebangsaan (NAIO) | Refleksi 2024

Audio Siar Keluar Sekejap episod 137 yang merupakan episod terahir bagi tahun 2024 antara lain membincangkan mengenai ura-ura kemasukan Tengku Zafrul Aziz ke dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan pelantikan Tun Musa Aman sebagai TYT Yang di-Pertua Negeri Sabah. Episod ini turut membincangkan mengenai penubuhan Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) dan pelancaran Panduan Belanjawanku 2024/2025 oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Dalam segmen terakhir, kedua-dua hos membuat refleksi ...

Dec 20, 20241 hr 53 min

Tun M vs RCI Batu Puteh, Akta Sakit Hati, Skandal Rasuah Sabah, Rejim Asad Tumbang

Audio Siar Keluar Sekejap Episod 136 antaranya membincangkan jawapan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat semalam serta sidang media Tun Mahathir tentang dapatan RCI Pulau Batu Puteh. Keluar Sekejap turut mengulas tentang pindaan RUU Komunikasi dan Multimedia 2024 yang telah diluluskan, cukai taksiran PBT Selangor yang telah dinaikkan dan skandal rasuah Sabah yang hangat dibincangkan oleh orang ramai. Dalam segment antarabangsa, Keluar Sekejap me...

Dec 11, 20241 hr 15 min
For the best experience, listen in Metacast app for iOS or Android