Borak Psikologi - podcast cover

Borak Psikologi

Borak Psikologi sebuah podcast yang akan membawa anda memahami dan mendalami psikologi manusia secara santai dan saintifik bersama Aiman Amri.
Last refreshed:
Follow this podcast in the Metacast mobile app to refresh it and see new episodes.
Download Metacast podcast app
Podcasts are better in Metacast mobile app
Don't just listen to podcasts. Learn from them with transcripts, summaries, and chapters for every episode. Skim, search, and bookmark insights. Learn more

Episodes

EP 10 - Borak-borak Kesihatan Mental | Borak Psikologi

Kita tahu kesihatan mental ini topik umum tapi tahukah anda sebenarnya cabang kepada kesihatan mental iaitu psikologi dan kaunseling adalah dua perkara yang berbeza? Aiman Amri membedah maksud psikologi dan kaunseling bersama Aiman Azlan. Duo Aiman ini akan berkongsi berdasarkan ilmu, pengalaman mengikut spektrum ilmu masing-masing dalam Borak Psikologi kali ini.

Aug 23, 202436 min

EP 9 - Depresi – Perjuangan Dalam Senyap | Borak Psikologi

Jangan sangka senyuman orang keliling anda itu senyuman genuine, bukan topeng yang hanya untuk menutup masalah sendiri, untuk terlihat bahagia. Kita tahu sekarang banyak kesedaran tentang depresi atau tekanan. Kita hidup dalam komuniti, perhatikanlah keadaan fizikal dan mental, kerana ada di antara kita yang sedang berjuang dengan diri sendiri untuk meneruskan atau meletakkan noktah untuk hidup ini.

Aug 16, 202429 minEp. 9

EP 8 - Loneliness & Emptiness – Hati & Hidup Rasa Kosong | Borak Psikologi

Pernah tak anda rasa 'keseorangan' walaupun anda di kelilingi orang ramai? Rasa kosong yang susah nak diungkapkan kerana hanya kita yang merasainya. Takut juga kalau orang lain anggap itu hanya sebuah alasan sebab rasa kosong ini boleh menggugat prestasi ekrja dan cara kita menghadapi kehidupan seharian kita. Aiman Amri menyelam lagi jiwa anda yang 'kosong' itu dalam Borak Psikologi kali ini supaya yang kosong itu boleh terisi dengan jiwa yang lebih mantap.

Aug 09, 202427 min

EP7 - Bagaimana Childhood Membentuk Kita Sekarang? | Borak Psikologi

Zaman kanak-kanak salah satu timelime hidup yang selalunya kita nak kembali ke zaman itu sebab banyak memori suka duka menjadi kanak-kanak tetapi tanpa kita sedar sebenarnya apa yang kita hadapi ketika kecil itu memberi kesan kepada kehidupan dewasa? Bagaimana zaman kecil kita yang penuh warna-warni itu boleh membentuk personaliti kita apabila sudah dewasa? Dengarkan perkongsian Borak Psikologi episod kali ini dengan tajuk Bagaimana Childhood Membentuk Kita Sekarang, sekarang!

Aug 02, 202436 min

EP 6 - ADHD di Malaysia bersama Izzat Zaid | Borak Psikologi

Keseorangan tanpa peneman di sekeliling untuk orang yang menghadapi ADHD ini ibarat kakinya lumpuh berjalan, mudah dibuat tetapi tidak mampu dilakukan. Selalunya simptom ADHD ini ternampak jelas kepada kanak-kanak lelaki tetapi Izzat Zaid ini baru didiagnos pada umurnya sudah dewasa. Ketahui simptom, situasi ADHD dewasa di Malaysia dan langkah yang boleh dilakukan apabila berhadapan dengan orang yang mengalami ADHD di podcast Borak Psikologi.

Jun 11, 202432 minSeason 1Ep. 6

EP 5 - Mengenali Personaliti Diri Bersama Aqilah Izzaty | Borak Psikologi

Menjadi seorang Introvert, bukan perkara yang negatif. Menjadi seorang introvert bukan bermakna seseorang itu tak boleh ceria, periang dan hanya memasamkan muka. Tidak. Itu tanggapan yang salah. Bersama seorang yang mempunyai personaliti Introvert, Aqilah Izzaty dalam Borak Psikologi bersama Aiman Amri.

May 17, 202429 minSeason 1Ep. 5

EP 4 - Memahami Sebelum Menghakimi bersama Dr Izzat Akmal | Borak Psikologi

Penting untuk kita faham kenapa sesebuah perkara tu terjadi sebelum kita menghakimi. Sebab tu penting juga kita kena faham kenapa sesetengah manusia berperangai seperti itu ini. Kenapa? Dengar jawapan dan padangan daripada Dr Izzat Akmal dalam podcast Borak Psikologi bersama Aiman Amri sekarang.

Apr 18, 202428 minSeason 1Ep. 4

EP 1 - Psikologi Untuk Pemula bersama Dr. Izzat Akmal | Borak Psikologi

Sebelum ini, apabila sebut mengenai "psikologi", banyak persepsi dan stigma yang muncul. Ada dari kalangan kita yang menganggap ianya adalah salah satu permainan dan gangguan yang berada dalam minda manusia. Walaupun mudah disebut perkataannya, namun penerangannya memerlukan tempoh masa yang lama. Pada episod pertama Borak Psikologi yang dihoskan oleh Aiman Amri bersama tetamu istimewa Dr. Izzat Akmal yang akan mengupas mengenai apakah itu psikologi? Serta kepelbagaian dalam bidang dan kerjaya p...

Mar 08, 202428 minEp. 1
For the best experience, listen in Metacast app for iOS or Android