Bola lagi? - podcast cover

Bola lagi?

Dari sidang redaksi podcast 'Bola Lagi?'podcasters.spotify.com
Bincang santai berkenaan topik yang bukan santai. Akan menjadi manusia lebih beguna kepada masyarakat setelah menyertai perbincangan kami. "Kalah itu biasa, menang itu luar biasa!" Boleh dengar pendapat kami di; YouTube: https://bit.ly/3QndSTV Spotify: https://spoti.fi/3Xaldbs Apple Podcast: https://apple.co/3IouDw2 TikTok: https://www.tiktok.com/@bolalagi22
Last refreshed:
Follow this podcast in the Metacast mobile app to refresh it and see new episodes.
Download Metacast podcast app
Podcasts are better in Metacast mobile app
Don't just listen to podcasts. Learn from them with transcripts, summaries, and chapters for every episode. Skim, search, and bookmark insights. Learn more

Episodes

M04E07 - ACQ MD2: Malaysia belasah Vietnam

Malam penuh gemilang 10 Jun yang lepas bakal kita simpan dalam lipatan sejarah bola sepak kebangsaan. Badi yang kita terpaksa tanggung selama hampir 11 tahun, dibuang terus jauh dari sanubari rakyat Malaysia. Harimau Malaya (Padang Rumput Pampas) mudah menumbangkan Vietnam dengan jaringan 4-0. Ikuti reviu kami, 4 anak muda yang yakin Bola Sepak kita sedang menyaksikan kebangkitan baru. Dengarkanlah!

Jun 20, 202547 min

M04E06 - ACQ MD1: Malaysia vs Nepal

Harimau Malaya berwajah baru.(?)Penyertaaan ketua jurulatih baru kita Peter Cklamovski disambut sendu oleh peminat bola sepak tempatan. Adakah kerana perasan putus asa akibat kegagalan demi kegagalan pasukan kebangsaan, selepas merasai euphoria Pra Piala Asia 2023?Kurang perhatian buat skuad kali ini, mungkin menjadi keadaan terbaik buat Coach Peter dalam fasa beliau masih cuba mengenali pemain - pemain pasukan kebangsaan. Walaupun rata - rata pemain yang dipilh bukan lah nama baru, malah mengun...

Mar 24, 202543 minSeason 4Ep. 6

M04E05 - Harimau Malaya ke Asia Tenggara!

Kali ini Zul ditemani Affan, Azim dan Saru untuk membincangkan peluang Harimau Malaya di kejohanan AME kali ini. Seperti edisi yang sebelum ini, kita turun dengan barisan pemain “B” kerana bijak pandai AFF masih lagi berdegil dengan meletak kejohanan ini di luar jendela FIFA. Bahagian pertama membincangkan barisan pemain yang diturunkan Pau Marti. Notable inclusion dan pemain yang dikira akan menjadi tonggak untuk merencana kejayaan pasukan kebangsaan. Bahagian kedua pula kami memberi fokus kepa...

Dec 07, 202450 minSeason 4Ep. 5

M04E03 - Annyeonghi gaseyo KPG!

Selamat jalan dan terima kasih coach! Begitulah tema episod kali ini. Kesemua ahli panel ini membincangkan secara khusus berkenaan coach Kim Pan Gon. Pemergian beliau yang tidak lah kita kira sebagai mengejut, membawa kami untuk mengimbau pencapaian beliau selaku ketua jurulatih pasukan Harimau Malaya Kami sambung pula dengan cerita Piala FA melalui aksi - aksi separuh akhir minggu lepas. Terakhir kami tutup bicara dengan bercerita berkenaan penyertaan pasukan kebangsaan ke temasya Olimpik Paris...

Jul 24, 20241 hr 8 minSeason 4Ep. 3

M04E02 - Reviu Oman vs Malaysia

Walaupun kami semua meramal kan kekalahan di Stadium Sultan Qaboos awal pagi Jumaat lepas, tetapi untuk menyaksikan kekalahan tersebut terungkai di depan mata, masih satu pengalaman yang memedihkan. Zul ditemani Fir, Azim, Saru dan Sivan bagi membedah apa yang berlaku di Muscat tempoh hari. Cuba memberi makna kepada kekalahn itu. What went wrong pada perlawanan tersebut. Pada bahagian kedua pula kami cuba menyuntik idea kami apa yang KPG boleh buat untuk memastikan kemenangan di gelangan keramat...

Mar 24, 202452 minSeason 4Ep. 2

M04E01 - Previu Oman vs Malaysia

Semenjak kita merajai kumpulan D bagi pertandingan peringkat ke 2 Kelayakan Piala Dunia 2026, siri 2 perlawanan melawan Oman ini lah yang kita letakkan selaku penanda aras bagi mengukur keupayaan sebenar kita di peringat tertinggi bola sepak Asia. Bagaimana persediaan anak buah KPG? Apa peluang kita di Muscat nanti? Segmen seterusnya kami mengupas perihal terkini "Malaysia Funny League". Walaupun liga hanya akan bermula Mei nanti, tetapi ini tidak menghentikan beberapa kelab untuk bergiat aktif ...

Mar 20, 202450 minSeason 4Ep. 1

Piala Asia 2023 - Reviu Malaysia vs Korea Selatan

Perlawanan epik bakal menjadi kenangan sepanjang zaman. Perlawanan epik yang menjadi titik tolak kepada soalan "Di mana anda berada semasa Morales menjaringkan gol itu?" Dengarkan perbincangan kami berkenaan oerlawanan itu dan apa seterusnya buat Harimau Malaya. Siapa pemain paling form sepanjang Piala Asia ini dan apa sumbangan kita sebagai peminat di kejohanan ini? Dengarkanlah rakaman ulasan perlawanan epik ini.

Feb 06, 20241 hr 15 minSeason 3Ep. 6

Piala Asia 2023 - Reviu Malaysia vs Bahrain

Tumpas kali ke dua. Setelah berlaku nya groundswell semangat dan hype di kalangan ekor harimau Malaya, baik di tanah air mahupun di bumi Qatar, aksi separuh masa pertama seolah memberi sedikti sinar yang kita bakal berdansa tamat 90 minit perlawanan. Tetapi seperti biasa, tiada gerenti pun yang meyokong pasukan bola sepak kesayangan anda akan memberi kegembiraan. Maka kali ini, Zul, Afan, Sivan, Azim, dan Fir sekali lagi duduk bersuma cuba try to make sense kenapa kita tumpas lagi. Adakah kita t...

Jan 23, 20241 hr 2 minSeason 3Ep. 5

Piala Asia 2023 - Reviu Malaysia vs Jordan

Kalah itu biasa, menang itu luar biasa. Ia kata - kata yang kami sudah lama pegang. Cumanya selepas keterujaan yang dibina sejak kita menumpaskan Bangladesh dan mengesahkan tempat ke peringkat akhir Piala Asia 2023 ini, hanya untuk dibantai Jordan sebegitu rupa meninggalkan kesan yang dalam kepada ramai antara kami. Ya kami dengan bangga mengakui yang kami adalah "battle hardened man", pendukung Harimau Malaya yang membawa parut - patut lama kesan dilukai dengan keputusan - keputusan lampau Hari...

Jan 18, 202453 minSeason 3Ep. 4

Piala Asia 2023 - Preview MD1: Malaysia vs Jordan

Maka hari yang kita tunggu semenjak wisel penamat melawan Bangladesh, pada tahun 2022, telah tiba. Hari yang ditunggu kita semua, satu generasi lamanya. Maka kami persembahkan episode podcast yang satu generasi dalam pembikinan. Zul bersama Fil, Affan, Saru, dan Azim cuba menyemarakkan lagi api semangat kita menuju Matchday 1 melawan Jordan. Apa kelebihan kita, apa yang KPG ada up his sleeves dan apa yang Jordan boleh susahkan kita. Semua kita bincangkan di sini. Kita juga menyentuh berita – ber...

Jan 14, 20241 hr 3 minSeason 3Ep. 3

Previu Piala Asia Qatar 2023 - Bahagian 2

Sambungan bahagian kedua Previu Piala Asia 2023 kami bersambung dengan perbincangan sekitar lawan Matchday 2 kita iaitu Bahrain dan Matchday 3, Korea Selatan. Bagaimanakah congak ahli panel kami untuk Harimau Malaya layak ke pusingan ke 2. Saru dan Sivan juga akan berkongsi rancangan mereka berdua untuk ke Qatar bagi menyaksikan aksi Harimau Malaya nanti. Terakhir sekali kami akhiri previu kali ini dengan harapan kami semua untuk aksi Harimau Malaya di Piala Asia edisi kali ini.

Jan 09, 20241 hr 2 minSeason 3Ep. 2

Previu Piala Asia Qatar 2023 - Bahagian 1

Kejohanan Bola Speak Paling Penting Generasi Kita. Titik! Seperti biasa, Zul ditemani Affan, Saru, Fil, dan Azim. Tetapi kali ini ada panelist celebrity iaitu Sivan John. Previu kali ini akan membincangkan secara khusus dan teliti pasukan yang bertanding bersama Harimau Malaya di Kumpulan E. Kita bahagikan kepada dua bahagian, dan bahagian pertama ini focus kepada Harimau Malaya dan lawan kita pada Matchday 1, iaitu Jordan. Apa peluang Malaysia kali ini di Piala Asia? Mampukah pasukan lain di Ku...

Jan 04, 202443 minSeason 3Ep. 1

M02E14 - What Can You Do?

Untuk episod kali ini, ahli panel Bola Lagi?; Affan, Fir, dan Saru menyertai Zul bagi membincangkan pertama sekali berkenaan Perlawanan Akhir Piala Malaysia yang menyaksikan JDT melengkakan quadruple untuk kali ke – 2. Selepas perlawanan akhir di SNBJ ada beberapa lagi perlawanan liga yang bakal melabuh tirai bola speak musim ini. Setiap ahli panel memberi sedikit rangkuman bagi aksi liga super untuk tahun ini. Pada bahagian terakhir pula ahli – ahli panel memberi focus kepada senarai KPG bagi m...

Dec 28, 20231 hr 4 minSeason 2Ep. 16

M02E14 - Kami datang lagi!

Untuk episod kali ini, Zul disertai Fir, Azim dan Saru sama – sama mengucapkan tahniah kepada skuad Selangor FC yang mengesahkan penyertaan ke ACL 2 selaku naib juara Liga Super 2023 selepas menumpaskan KDA FC di Alor Setar malam tadi. Juga dibincangkan peluang Sommerville untuk beraksi Bersama skuad Harimau Malaya di Qatar Januari nanti dan cerita nakal yang menyebut Mano Polking ditawarkan ke Selangor FC. Untuk bahagian kedua pula kami menyentuh perihal bunyi – bunyi menarik menyebut pemain se...

Dec 03, 20231 hr 6 minSeason 2Ep. 15

M02E14 - Malaysia raja ranking

Untuk episod kali ini Zul disertai oleh panelis baru; Hazrul fondly known as Saru, the usual suspects adalah Azim dan Affan. Di sebalik euphoria kemenangan back to back Harimau Malaya, pasukan Bola Lagi membincangkan berkenaan perlawanan melawan Taiwan, peluang ke Piala Dunia Amerika Utara 2026, dan kejohanan Piala Asia Bawah 23 tahun. Berikut merupakan serba sedikit topik yang digarap oleh Bola Lagi? a) Inclusion Junior, Afiq, dan Paulo dalam kesebelasan melawan Taiwan. b) Kebolehupayaan KPG un...

Nov 26, 20231 hr 5 minSeason 2Ep. 14

M02E13: Malaysia 4 - Kyrgyzstan 3: PERTAHANKAN KEPIMPINAN KIM PAN-GON

Malam magis 16 November 2023 memang kita akan ingat untuk satu jangkamasa yang lama. Melawan Kyrgyzstan, pasukan 97 dunia kita pada satu masa ketinggalan 1-3. Tapi berkat usaha dan semangat Malaysia Boleh yang menebal kita berjaya membenamkan lawan dari Asia Tengah tersebut dan mencatata 3 mata pertama untuk Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2026. Seperti biasa Zul ditemani Afan, Fir dan juga Azim untuk memberi pandangan dan komen berkenaan aski penuh bertenaga anak – anak buah KPG. SELAMANYA...

Nov 19, 20231 hr 3 minSeason 2Ep. 13

M02E12 - Bersekutu bertambah mutu

Bersempena dengan sambutan Hari Malaysia, kita teruskan perbincangan berkenaan pasukan Malaysia.

Sep 16, 202351 minSeason 2Ep. 12

M02E11 - JDT Double Quadruple?

Setelah menghilang lama, Zul kali ini sekali lagi bersama Azaim, Affan dan istimewa bersama Tn Haji Firdaus. Borak santai berkenaan Liga Super; Sabah membelasah Pahang dan Matchday pelik Selangor melawan Sabah. Cerita juga berkenaan langkah ke 2 untuk double quadruple JDT dan paling utama topik kegemaran kami, Harimau Malaya! Kali ini cerita kita ke Piala Dunia Amerika Utara 2026! #JDT #PialaFA2023 #FH7 #SelangorFC #SabahFC #PialaFA2023 #NorthAmerica2026FIFAWorldCup...

Jul 30, 202346 minSeason 2Ep. 11

M02E10 - Harimau Malaya tunjuk taring!

Zul, Affan dan Azim kali ini membincangkan perlawanan persahabatan melibatkan pasukan Harimau Malaya; 4 - 1 melawan Kepulauan Solomon, 10 - 0 melawan Papua New Guinea. Bukan selalu kita dapat lihat agreget 14-1 di jendela persahabatan FIFA ini. selepas berbincang kencang berkenaan jendela ini, kami teruskan pula dengan perancangan KPG untuk jendela persahabatan FIFA yang seterusnya; September dan Oktober. Apa yang patut kita harap pada waktu itu dari pasukan Harimau Malaya. Selesai bercerita ber...

Jun 25, 202352 minSeason 2Ep. 10

M02E09 - ASIA KAMI DATANG!

Zul minggu ini ditemani Affan dan ahli anel baru, Saudara Edysuzaili. Tiada aksi Liga Super bermaksud fokus kita kepada Harimau Malaya. Kegagalan membawa pulang “Ibu Segala Pingat” dari Kemboja memerlukan sesi hati ke hati, maka ini lah sesi tersebut. Kita semakin hamper ke “Kejohanan Bola Sepak Paling Penting Generasi Ini” setelah undian kumpulan berlansung beberapa hari lepas. Kita semua sedia maklum pasukan yang akan cuba menghalang kita untuk mara ke pusingan ke dua kejohanan ini; Bahrain, J...

May 13, 202353 minSeason 2Ep. 9

M02E08 - Selangor FC, the best of the rest?

Selamat Hari Raya Aidilftir, Eid Mubarak! Fokus kita kembali ke Liga Super; MD9 dan MD10. Pertarungan untuk menjadi “best of the rest” terus hangat berlansung. Selangor, Sabah dan surprise package Sri Pahang terus kekal memberi aksi yang menarik pada aksi liga super. Perlawanan Selangor melawan Sri Pahang juga melengkapkansenarai pasukan ke suku akhir Piala FA. Harimau Muda kita juga baraksi untuk merebut “ibu segalapingat” di aksi Sukan SEA 2023, bagaimankah peluang anak buah Coach Ela? Mampuka...

May 07, 202354 minSeason 2Ep. 8

M02E07 - Hanya JDT yang mampu tumpaskan JDT!

Kita ke 10 malam terakhir Ramadhan, kali ini membincangkan perihal Liga Super; penguasaan berterusan JDT, yang mana dilihat kini seolah hanya JDT sendiri yang mampu memberi cabaran kepada JDT, kebangkitan berterusan Sri Pahang FC dan Terengganu FC, masalah yang melanda Kuching City FC. Perlawanan pusingan ke-2 Piala FA juga bakal menjenguk sebelum bersambungnya aksi Liga Super. Harimau Watch pula akan member fokus kepada Khuzaimie “Jimmy” Piee. Apa peluang beliau untuk dislodge gandingan Cools-S...

Apr 12, 20231 hr 4 minSeason 2Ep. 7

M02E06 - Reviu MLS MD 7, Previu MLS MD8, Harimau Malaya Ranking 138!, Harimau Watch: Last line of defend

Seperti biasa ahli – ahli panel tetap podcast Bola Lagi? disertai Zul membincangkan topik hangat bola sepak tempatan. Episod kali ini kita membincangkan reviu Match Day 7 Liga Super, previu Match day 8 Liga Super, berita terkini perkembangan Harimau Malaya dan Harimu Watch kali ini memberi fokus kepada the man between the sticks; senario penjaga gol Harimau Malaya Bahagian 1 – Reviu Match day 7 Liga Super Terengganu FC v Kelantan FC – Akhirnya peminat Terengganu FC mungkin sudah boleh bernafas l...

Apr 09, 202359 minSeason 2Ep. 6

M02E05 - Reviu Tier 1 Harimau Malaya, Merlion Cup, Previu MLS MD6, dan Harimau Watch: FH7

Episod pertama Ramadhan 2023 ini Zul ditemani Fil, Affan, dan Azim untuk episod kali ini. Episod ini membincangkan berkenaan perlawanan – perlawanan persahabatan Tier 1 buat pasukan Harimau Malaya, kejayaan pasukan bawah 22 tahun kita merangkul kejuaraan Piala Merlion, previu perlawanan Liga Super Match Day 6. Sementara segmen Harimau Watch pula member fokus kepada man of the moment; Faisal Halim. Bahagian 1 - Reviu Perlawanan Persahabatan Harimau Malaya Malaysia v Turkmenistan – Perlawanan pert...

Mar 31, 20231 hr 1 minSeason 2Ep. 5

M02E04 - Reviu MD 3, Piala FA Pusingan 1 dan Previu MD 4

Zul sekali lagi ditemani Fil, Affan, dan Azim untuk episod kali ini. Episod kali ini membincangkan berkenaan perlawanan - perlawanan Liga Super Match Day 3, perlawnan pusingan pertama Piala FA, previu perlawanan Liga Super Matchday 4 dan terbaru segemen Harimau Watch untuk memberi fokus kepada pemain Harimau Malaya yang bakal beraksi di Piala Asia 2024 di Qatar. Bahagian 1 - Reviu MLS MD3 Selangor FC v Sri Pahang - Pengalaman penuh iklim tropika di Stadium MBPJ menyaksikan anak buah Fandhi Ahmad...

Mar 10, 202358 min

M02E03 - Review Matchday 1 & Matchday 2 dan Previu Matchday 3

Bhgn 1 - Review MSL MD2 KCFC v SFC (3:20) KDAFC v TFC (8:40) SFC v KUFC (11:40) Bhgn 2 - Review MSL MD1 JDT v TFC (18:40) KFC v KCFC (23:30) Bhgn 3 - Previu MSL MD3 SFC v SPFC (28:34) N9FC v JDT (33:00) KCFC v SFC (36:00)

Mar 03, 202350 minSeason 2Ep. 3

M02E02 - Previu MLS Matchday 1

Episod kali ini merupakan previu kepada perlawanan MatchDay 1 untuk MLS. Fokus previu kami adalah untuk 4 perlawanan ini; 1. JDT vs Terengganu FC (6:00) 2. Perak FC vs KDA FC (12:50) 3. Selangor FC vs Kelantan United FC (21:50) 4. Kelantan FC vs Kuching City FC (28:20) Kami juga merakam tribut khas untuk lagenda kita Safee Sali (35:00) Kami menyeru agar semua pendengar kami untuk terus menyumbang bantuan kepada mangsa gempa bumi di Turki dan Syria. Sumbangan boleh dibuat melalui NGO MyCARE di pa...

Feb 23, 202351 minSeason 2Ep. 2

M02E01 - Cerita Liga Super 2023

Episod pertama dari kami untuk musim kedua. Kali ini disertai dengan ahli panel baru. Topik perbualan berkisar tentang Liga Super Musim 2023.

Feb 10, 20231 hr 1 minSeason 2Ep. 1
For the best experience, listen in Metacast app for iOS or Android